misi: Aliya

1.7K 94 13
                                    

『 listen to the recommendation song while reading this part for the feeling hikhok 』




Ali membuka matanya, terasa sakit di bahagian kepalanya. Terasa berdenyut-denyut. Dia mengusap perlahan.

Dia tak tahu, di mana dia sekarang. Semuanya serba putih, dan kosong. Ini bukan dimensi IRIS. Ia seperti... dalam bilik kosong. Yang luas.

" Ali..."

Ali berpaling ke belakang apabila terdengar suara yang lembut, dan amat dirinduinya. Tetapi bezanya kali ini, dia tidak boleh bergerak dari setempat itu langsung. Hanya boleh gerakkan tangannya sahaja. Ia seolah-olah terperangkap dalam bulatan kecil yang halimunan.

" m-mama?"

Tiada kelibat sesiapa di situ. Hanya dia seorang.

" Ali..."

" mama? Mana mama?" Ali berpusing lagi, dan lagi untuk mencari wanita yang amat dirinduinya. Tetapi hampa, tiada sesiapa di situ.

Ali menangis. Hiba, pilu. Mana mamanya? Kenapa mamanya tidak muncul?

" Ali rindu mama!" Ali menjerit sambil menangis. Dia melutut.

" Ali... Ali kan kuat?" suara itu masih bergema.

" mana mama?!"

Ali mengepal penumbuknya dan memeluk lututnya dan menangis lagi, dan lagi. Menjerit mamanya walaupun tidak nampak sebarang kelibat di situ.

" jangan menangis, Ali.." suara mendayu itu bergema lagi.


Senyumlah, wahai sayangku...

" Ali dah berjaya.." suara Aliya lagi.

Ali mengangguk, mengesat air matanya yang laju mencurah ke pipi. Rindunya itu tidak mampu dibendung lagi.


Mama, ada di hatimu selalu...


" Ali berjaya jadi macam mama.. jadi super ejen.."

Ali dapat rasakan ada sesuatu seolah-olah memeluknya. Apabila dia mengangkat muka, wajah seorang ibu yang dia sangat rindui kini di hadapan matanya, sedang tersenyum manis.

Aliya menyentuh pipi Ali dan menarik hujung bibir Ali membentuk senyuman.


Pabila, mama pergi...

Ali menangis lebih teruk, sambil tersenyum yang dibuat oleh Aliya.

Kuatkan diri...

" Ali kena kuat," Aliya membelai lembut rambut Ali. "Ali kan kuat..."

Aliya melepaskan pelukan lalu dia mulai kabur. Cebisan-cebisan diri Aliya mula merungkai ke udara.

Ali seperti tidak mahu lepaskan mamanya, terus memeluk mamanya tetapi semakin lama, pelukan itu semakin terurai dan kosong.

Aliya dah hilang...


Mama ada di hatimu selalu...




Tiit... Tiit... Tiit...

Bunyi berfrekuensi itu mengejutkan Ali dari lena panjangnya. Dadanya berombak laju, bernafas dengan kadar tidak teratur dan dalam keadaan yang panik. Dia melihat sekeliling tempat itu.

Putih.

Seperti dalam mimpi.

Tetapi ianya dipenuhi dengan wajah-wajah yang amat dia kenali.

Mereka semua dalam keadaan... berbalut, dan luka-luka kecil.

" Ali dah bangun!" suara Khai mendahului sebelum ejen-ejen muda yang lain turut serta.

Ali dipeluk secara mengejut oleh Khai, diikuti oleh beberapa ejen muda lelaki yang lain, kecuali Rudy.

Yeah, he never changes.

Khai menarik alat bantuan pernafasan dan di sangkut pada leher Ali untuk memudahkan Ali bercakap.

" m-macam manaㅡ" lemah.

" kau tak ingat apa-apa? Epic giler time tu, memang naisu habis kena lawan dengan Uno masa tu!" Khai paling semangat nak bercerita. Mentang-mentang kat situ dia seorang je tak berbalut.

" uh... huh..?" Ali menyentuh pelipisnya yang terasa sakit. Dia tak ingat apa-apa. Semuanya bagaikan tiada dalam memori.

" bagi masa dia rehat. Dia kan baru lepas koma ni. Jangan bebankan fikiran dia sangat." Roza muncul di sebelah Khai dan memeluk tubuhnya.

Mereka mencebik sedih dan berundur dari situ.

" b-berapa... lama... k-koma?"

" nak dekat dua minggu jugak lah." Roza membalas ringkas.

Ali tidak bereaksi. Dia hanya memandang kosong pada siling. Badannya masih terasa sangat lemah sekarang dan kepalanya terasa berat. Nak bercakap pun tak larat. Matanya kuyu.

" oh, kau rehatlah puas-puas. Nanti nak tau cerita penuh nanti kitorang bawa kau jumpa ketua teras." Jet tersenyum.

Ali terus menutup matanya sebelum terlelap.




satu chapter lagi!

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now