misi : musnah

1.4K 87 21
                                    

Rizwan dan General Rama saling berpandangan dengan pandangan yang sukar di tafsir sebelum mereka berdua mendengar ketawa sinis Neonimus.

Rizwan mengertap giginya dan menggenggam penumbuk. Sudah dia agak, semua ini adalah satu perangkap untuk melengahkan mereka semua; sebenarnya tenaga Ali dikumpul demi tujuan pemusnahan lain!

" General pergi ke bilik rawatan MATA dulu. Saya akan menyusul kemudian."

General Rama mengangguk sebelum berlari keluar meninggalkan bilik tahanan bawah tanah itu. Dia perlu cepat memandangkan kesemua ejen di sana pasti berada dalam bahaya sekarang.

Sejurus General Rama meninggalkan mereka berdua, Rizwan menggenggam penumbuk sebelum dengan laju dia mengayunkan buku limanya, tepat mengenai pipi kiri Neonimus.

Tumbukan itu kuat, dan padu hingga darah memercik keluar dari mulut Neonimus sehingga terteleng. Kedengaran Neonimus berdesis sakit kerana pipinya terasa pedih dan bisa tumbukan lelaki tegap di hadapannya ini.

Dia tahu, Rizwan bukan calang-calang ejen yang dia pernah kenal sebelum ni.

Kolar sut Neonimus dicekak kuat lalu wajahnya begitu dekat dengan Rizwan.

" bagi tahu aku, apa lagi rancangan bodoh kau dan Uno tu?!"

Neonimus meludah darah ke tepi sebelum tersenyum sinis. Deruan nafasnya memberat, masih menahan sakit kerana ditumbuk.

" rancangan Uno... hanya nak musnahkan Dato Othman!"

" kenapa?! Apa salah dia pada korang?! "

Neonimus berdecit meluat dan menunduk. Dia benci bila sesiapa yang persoalkan perbuatan mereka untuk membela lelaki tua ke rapat itu.

" apa salah dia kau kata? Salah dia, banyak! Dia banyak menindas nasib Pinggiran dan hanya terlalu fokuskan pada kemajuan! Apa jasa dia sangat pada Cyberaya? Tak pernah ke kau fikir, keselamatan Cyberaya bukan dia yang usaha, tetapi korang kan?!"

Rizwan diam.

" tapi setelah berapa lama korang berkhidmat bawah dia, berapa banyak bayaran gaji yang korang dapat?! Pernah ke dia mention MATA pada media massa?! "

" MATA ini adalah satu agensi rahsia sedangkan polis sendiri tak tahu kewujudan MATA! Kenapa perlu mention pada media?! " Rizwan menarik cekak kolar Neonimus dengan kuat.

Neonimus ketawa." oh, betul. Rahsia. Tapi pernah ke kau terfikir, kenapa rahsia? " ayatnya sinis. " sebab nanti manusia akan sanjung dia, takkan sanjung dan bangga-banggakan korang! Kau takkan tahu bila dia pijak kepala pekerja atasan dia tu hanya kerana nakkan kemajuan! Kau pernah terfikir pasal masa depan kau selama bekerja di bawah MATA?! "

Sekali lagi, Rizwan terdiam.



General Rama berlari-lari ke arah Bilik Kawalan dengan fikirannya kusut memikirkan keadaan semua ejen yang terlibat di sana.

Sebaik saja dia membelok di lorong kaki lima,dia terpempan. Pintu kebal Bilik Kawalan itu pecah, hampir separuh daripadanya.

General Rama meneguk liur yang terasa payah pada kerongkongnya bila melihat keadaan dalamnya... huru-hara.

Kebanyakan bahagian dalam bilik itu rosak dan pecah, serpihan dinding dan pintu di merata-rata. Ada sebahagian palitan darah terlekat pada lantai dan dinding entah siapa punya.

Dan... kesemua ejen terbaring di atas lantai, tidak sedarkan diri.

Tangannya menggeletar bila melihat keadaan sebegitu. Terus, General Rama mendekati Ejen Geetha, dengan darah mengalir pada dahinya.

" e-ejen Geetha! M-mengapa begini?" soalnya sebaik sahaja mata ejen Geetha terbuka sedikit selepas digerakkan beberapa kali.

Ejen Geetha mendesis lemah.

" h-hentikan Ali... d-dia hilang kawalan..."

General Rama menelan liur, lalu memandang sekeliling nya. Menurut maklumat yang diterima beberapa jam yang lalu, kesemua ejen muda berkumpul di sini...

tapi..

" mana Rudy, Iman dan... Jet?"

Tiada jawapan.




" apa yang doktor fikirkan ni? Mesyuarat kita kali ini untuk menaikkan lagi taraf Cyberaya doktor! Kita ni sumber utama kemajuan Cyberaya! Bukannya masih lagi negara yang mundur!"

Dato Othman menghentam meja kayu jati dengan penuh amarah. Menikus langsung Dr Ghazali bila ideanya ditolak mentah-mentah oleh Dato Othman.

" apa doktor ingat Cyberaya ni tempat mengemis ihsan? Nak sumbang pada kejiranan kitaㅡ Pinggiran tu, apa yang kita dapat? Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi mereka tak dapat? Mereka pun manusia sempurna, boleh usaha sendiri untuk memajukan tempat mereka sendiri!"

Kesemua orang atasan pemangkin Cyberaya selama berpuluh tahun itu diam menikus. Mereka tahu, tekanan bekerja di bawah penangan Dato Othman bukan sedikit. Lelaki tua keparat ni terlalu mengejar duniawi, hingga hilang akan nilai kemanusiaan.

Dia tamak.

" tapi, Dato, apa salahnya kita lakukan ini demi kebaikㅡ" ayat Dr Mala terhenti bila dia menerima jelingan maut Dato Othman.

" kebaikan apanya? Balasan apa kita dapat selama ni bantu meㅡ"

BOOMMM!

Dinding bilik mesyuarat bangunan menara puncak milik Dato Othman musnah sekelip mata dan menyebabkan habuk bekas simen yang melindungi pandangan mata menyukarkan mereka melihat punca semua itu.

Dr Ghazali mula memandang kiri kanan, mencari kelibat tetapi dia hanya nampak cahaya neon biru dan bunyi berpusing itu makin mendekati dirinyaㅡ

Dia tak sedarkan diri.

" berhenti bongkak, si tua tak sedar diri!"

Dato Othman mengertap gigi bila merasakan ayat itu ditujukan padanya.

" siapa tu!"

" tak perlu tahu siapa aku, sebab utamanya ialah Cyberaya tak perlukan pemimpin gila macam kau!"

" hanya sebab pentingkan kemajuan, kau hilang nilai kemanusiaan! "

Dato Othman terbungkam bila dia mulai jelas dengan siapa dia berhadapan sekarang. Dr Ghazali, Dr Mala dan seorang lagi Dr entahlah aku tak ingat sorang lagi tu sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Ini... budak haritu.

Ya, budak hingusan dia jumpa sebulan lepas, di MATA.

yeah, hambar.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum