misi: terperangkap

1.6K 100 7
                                    

"  Bath Salt, dengan kuantiti 0.1% tetapi membahayakan. Dengan campuran bahan kimia buatan, dan mempunyai cip nano pengaktif tersekat dalam salur darahnya menyebabkan minuman yang mengandungi racun itu memberi impak besar pada Ali."

Tiit... Tiit.. Tiit...

Bunyi terminator itu berselang seli sebelum lelaki berkaca mata itu menyambung.

" dalam cip nano pengaktif ini mempunyai serbuk magnesium yang menyebabkan ianya merebak ke seluruh salur darah dan secara tidak langsung, kemungkinan personaliti dalaman Ali telah diaktifkan dengan sistem teknologi berasaskan nano cip ni."

Ejen Leon menarik nafas panjang.

" bagaimana dengan keadaan ejen-ejen yang lain? " soal Mika sebelum dia berpaling melihat keadaan Ejen Karya, Ejen Bakar dan Alicia masih terbaring di atas katil bersebelahan Ali.

Mereka juga memakai topeng alat bantuan pernafasan tetapi berbezanya badan mereka hanya berbalut setelah di cuci luka kerana terkena renjatan elektrik dalam tempoh yang agak lama dan boleh membawa maut.

Sebahagian kecil tubuh mereka ada sudah terbakar seperti daging masak menyebabkan nampaknya isi daging yang memerah.

" mereka bertiga dalam keadaan stabil sekarang setelah tiga hari proses rawatan ini berlangsung. Tetapi... keadaan Ali agak..."

Ejen Loen mengeluh. Sekali sekala dia menjeling ke arah Ali yang penuh dengan wayar-wayar berselirat pada tubuh badannya. Mukanya ditekup dengan alat bantuan pernafasan.

Jelas pada wajah Ali yang tenang dalam pengsan itu, dahinya menampakkan urat-urat hijau yang timbul dan urat-urat putih di tepi mata, kesan sampingan menggunakan override secara berlebihan, di luar kemampuannya.

" kadar denyutan jantungnya rendah." Ejen Geethe memerhati skrin terminator dengan wajah yang risau.

Khai menekup wajahnya dan meraup kasar. Peluh renek di dahi dibiarkan tidak diseka. Anak matanya bergetar memandang lantai, risau dengan penerangan dua orang mentornya itu. Jet di sebelah Khai hanya mempu menepuk bahu rakannya itu dengan pandangan sayu.

" jadi, bagaimana sekarang? Kita tak boleh buat apa-apa untuk selamatkan Ali?" Mika berpaling ke arah Ejen Leon. Jelas pada riak wajahnya dia risau.

" buat masa ini, kami hanya mampu memikirkan untuk menjalani pembedahan pada Ali untuk mengeluarkan segala bahan beracun yang telah dimasuki dalam badannya. " Ejen Geetha menepuk lembut bahu Mika. " tetapi ini mempunyai risiko yang tinggi. Pembedahan itu melibatkan salur darah dan sebahagian organ dalaman. Dan kalau silap langkah, samada Ali akan lumpuh dan tidak dapat diselamatkan. "

" lumpuh selamanya? " celah Iman.

Ejen Geetha mengangguk.

Semua ejen muda berada di situ terkejut mendengar penjelasan Ejen Geetha itu.

" t-tapi tiada cara lain ke nak selamatkan Ali secepat mungkin? " Khai memandang dua orang mentornya dengan penuh mengharap.

Ejen Leon dan Ejen Geetha saling berpandangan.

" setakat ni... masih belum ada cara yang sesuai untuk selamatkan Ali, melainkan Ali sendiri yang selamatkan dirinya, " jelas Ejen Leon.

Semua mengangkat kening tanda tidak faham.

" selagi cip nano itu tidak dimatikan pengaktifannya, maka diri dalaman Ali masih aktif dan ini mampu memudaratkan diri semua orang. "

" lebih teruk dari... override? " Moon menggigit bibir bawah.

Ejen Leon mengangguk perlahan.


Kamera video ditekan punatnya seraya mematikan gajet itu. Rizwan berjalan perlahan mengelilingi Neonimus; atau Bobby yang masih terikat di atas sebuah kerusi besi.

General Rama berdiri di sudut meja itu memeluk tubuhnya. Riak wajahnya seperti selalu tetapi masa ini lebih bengis; barangkali dia rasa geram dan marah, atau sedih atau kecewa kerana telah dikhianati sekali lagi.

" terima kasih atas penceritaan kau yang menarik, tadi, Neonimus." Rizwan tersenyum sinis.

Neonimus merengus lemah dan menunduk.

" aku nak tahu, apa sebab kau masuk MATA dan lakukan semua ni? Tak cukup ke dengan IRIS Neo itu?"

Neonimus; Bobby menggeleng perlahan sebelum mengangkat wajahnya semula, memandang Rizwan dan General Rama bersilih ganti.

" ini semua rancangan Uno. Dia nakkan IRIS lebih pada IRIS Neo yang baru ni sebab dia tahu, IRIS pada Ali lebih bahaya dan mudah untuk mengubah sistem pentadbiran di Cyberaya; bandar metropolitan penuh dengan hipokrit dan penipuan"

Meja ditendang kasar hingga menyebabkan video kamera berada di atas meja hampir terjatuh. Jelingan tangan Rizwan sedikit pun tidak menggetar kan Neonimus.

" siapa kau nak label Cyberaya as bandar hipokrit dan penipu?!" suaranya naik satu oktaf.

Neonimus ketawa sinis.

" nampaknya korang semua memang dah kena brainwash dengan Dato Othman tu, rupanya." dia ketawa lagi. " heh, lembap. Lepas insiden Nikki untuk menuntut hak Pinggiran itu pun, korang masih tak boleh buka mata lagi? Kenapa perlu lindungi orang tua sungguh-sungguh, bagai nak rak tu tetapi dia sendiri tidak mampu lindungi Cyberaya dari bahaya?!"

" sebab tu dia tubuhkan MATA! "

" MATA? Kulit batak lelaki tua? Heh, korang memang takkan faham dengan kitorang sebagai orang Pinggiran ni. Selalu hidup susah dengan tidak berduit, tiada sumber air  dan elektrik yang cukup, dan orang-orang miskin dibiarkan mati perlahan-lahan kerana tak mampu nak beli ubat? Kenapa perlu selamatkan Cyberaya yang serba canggih dari Pinggiran yang lebih memerlukan bantuan? "

Rizwan diam. Dia menjeling ke arah General Rama yang mengurut bawah dagunya. Dalam diam, General Rama agak terkesan dengan kata-kata Neonimus yang semuanya betul belaka.

" sebab Cyberaya ialah tumpuan musuh! "

" ianya takkan ada musuh kalau semua orang di Pinggiran itu mendapat sumber hidup yang mewah macam orang lain!"

Ya, kebanyakan musuh Cyberaya adalah dari Pinggiran.

Rizwan mengeluh. Rambutnya perlahan di selak ke belakang sebelum berpusing menghadap General.

Serentak itu, pancaran hologram dari jam tangan General Rama secara tiba-tiba menyala sendiri. Terlihat Ejen Geetha sedang menyentuh pelipis kepalanya dengan seluruh wajahnya dalam keadaan berdarah.

" G-General! Tolong!"

General Rama dan Rizwan tersentak melihat keadaan Ejen Geetha itu.

" k-kenapa ni?!"

" Ali... dia hilang kawalan lagi!"

General Rama dan Rizwan terkedu, sedangkan Neonimus di belakang, hanya tersenyum sinis.

Rancangan Uno, berjaya.







Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now