misi: latih

1.5K 100 4
                                    

" hei, macam mana dengan latihan kau dengan sut satria ini? " 

Ali terus menoleh apabila Alicia yang bersama-sama Ejen Bakar baru memasuki bilik latihan itu menegurnya. Terus terhenti aksi latihan asasnya menggunakan sut satria pada pertama kali. 

" bagus! Sut ni cun giler! " Ali tersengih lalu menunjukkan sedikit skill tumbukannya. Sebelah keningnya diangkat seperti ingin menunjuk hebat. Alicia mengeluh dan mengjelingkan matanya  ke atas tanda menyampah.

" cun tu, memang cun. Tapi skill kamu masih belum kukuh lagi Ali. Nampak sangat selama ini kamu hanya bergantung pada penggunaan IRIS sahaja. " Ejen Karya mendekati Ali lalu mengusap kepala ejen muda teras tekno itu. Ali hanya tersengih seperti kerang busuk lalu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu. 

Alicia yang mendengar penjelasan Ejen Karya itu tersenyum senget dan memeluk tubuhnya. " nampak sangat kau ni lembik. Selama ni nasib je sebab kau ada IRIS. " dia berdiri di hadapan Ali dan memberikan pandangan penuh pandang rendah.

Ali mengetap giginya dan menayangkan penumbuk di hadapan Alicia. " apa masalah kau hah? Kau jeles lah tu selama ni aku pakai IRIS dan kau tak dapat kan? Kan? " dia cuba untuk mengapikan Alicia kembali tetapi gadis berambut pendek di hadapannya hanya tersenyum sinis.

" aku? cemburu? Lawak apa kau ni? Aku lagi hebat dari IRIS kaulah budak. " 

" eee! Kau ni-- "

" Ali! Alicia! Cukup! " Ejen Leon menghentikan perbalahan mereka berdua yang nampaknya bakal meletus jikalau tidak dibanteras dengan segera. " kamu ke sini untuk jalani latihan asas meningkatkan skill berlawan kamu! Bukannya berbalah macam budak kecik! " 

" h-habistu, apa yang Alicia buat kat sini, Ejen Leon? Kan Ejen Leon pun nampak yang dia mula dulu! " 

Alicia tersenyum sinis lalu meletakkan tangan pada pinggangnya.

" dia ke sini, kami arahkan untuk dia berlawan dengan kamu, untuk tengok setakat ini sejauh mana ketangkasan dan skill kamu selama ini. Selepas beberapa lama kamu mengendalikan IRIS, pasti kamu dapat menganalisa pergerakan mereka hanya dengan sekali imbasan. " Ejen Leon memandang Ali dan Alicia bersilih ganti. 

" a-apakah? " Ali tercengang. Sungguh tak sangka yang dia akan berlawam dengan- Alicia? " t-tapi Ejen Leon, itu cuma masa saya pakai IRIS je! Sekarang ni-- "

" saya yakin, kamu boleh, Ali Ghazali. Cuma jangan terlalu gelabah. Gunakan skill yang pernah kamu dilatih semasa misi dan bersama Ejen Rizwan dulu. " Ejen Leon berjalan mendekati barisan mentor-mentor yang lain. 

Ali mati kata, terus terdiam. Dia teringat akan hal semasa dia dilatih bersama Ejen Rizwan semasa dia perlu menjalani latihan simulasi meningkatkan kecekapan menggunakan gajet dan ketangkasan dirinya. 

" t-tapi perlu ke dengan Alicia-- "

" aih, habistu kau nak dengan Rudy ke? " Alicia ketawa sinis. Mengumpan Ali dengan nama Rudy sebagai serangan psikologi memang kegemarannya. 

Mendengar sahaja nama Rudy, Ali terus menggeleng laju. Mengenangkan teknik dan skill Rudy boleh buat dia menelan liur. Tak sanggup oi!

" ergh, yelah! Kita mulakan sekarang! " Ali menggulingkan matanya tetapi tetap berjalan masuk ke dalam lingkungan arena itu. Begitu juga dengan Alicia. 

Ejen Geetha menekan butang merah lalu bulatan arena itu perlahan-lahan berubah persekitarannya. Semuanya biru, dan kosong.

Arena perlawanan antara Ali dan Alicia pada pertama kali.






" kau, bagi dia minum cecair ni. Pastikan dia tidak mengesyaki kau dan menyedari tentang cecair ini. Kau buatlah apa-apa sahaja cara untuk dia bawah pengaruh cecair ini. " 

" cecair ni... takkan bunuh dia, kan? Ini bukan racun, kan? "

" bukan. Cinco terangkan pada aku yang benda ni akan buatkan dia akan halusinasi je, lebih kurang bawah pengaruh dadah tapi tak bahaya pun. Cuma mungkin akan bahayakan diri sendiri je. Kalau teruk keadaan, boleh bawak kepada mati, " Dos tersenyum sinis. 

Bekas cecair merah akhirnya bertukar tangan. 

Nikki yang berdiri belakangh Dos, hanya memerhatikan cecair itu berada di tangan perisik rahsia mereka. 

" Neonimus, jalankan tugas kau. " Dos ketawa sinis. 





Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now