misi: dalang

1.3K 84 15
                                    

" apa rancangan kita nak hentikan Ali tu? Dia semakin tak terkawal!" Iman memandang Rudy yang memeluk tubuhnya dan menunduk, memikirkan sesuatu.

Mereka bertiga yang bersembunyi di balik tembok bangunan puncak menara Dato Othman, melihat huru-hara yang berada di atas sana.

Mereka bertiga adalah antara ejen yang terselamat dari kena serangan mengejut Ali di Bilik Kawalan tadi. Serangan Ali itu amat sukar untuk mengelak dan amat licik, hingga mereka hampir tewasㅡ walaupun cuma luka sedikit.

Tiba-tiba pancaran hologram pada jam Jet menyala. Ianya memancarkan gambar General Rama dengan riak wajahnya yang cemas.

" kami bertiga di mana?!"

" jangan risau, General! Kami bertiga selamat dari serangan tadi, dan sekarang kami ekori Ali." Jet menjawab laju, sambil kadang kala menoleh ke arah bangunan Dato Othman.

" d-di mana kamu semua sekarang?"

" puncak menara, General. Tempat Dato Othman."

General Rama meneguk liur.

" kita tak boleh lengahkan masa sekarang ni! Kemungkinan Dato Othman berada dalam keadaan bahaya!" Jet menggoncang baju Rudy dengan kuat sebelum tangannya ditampar kasar oleh Rudy.

" jangan gelojoh sangat. Kita masih tiada strategi macam mana nak kalahkan Ali, dan selamatkan Dato Othman. " Rudy memeluk tubuhnya.

" tapi.. tak rasa ke kalau kes macam ni, konco Uno pun akan turun sekali?" Iman menggenggam jari jemarinya. Dia berdiri dalam keadaan sedia, supaya kalau-kalau salah seorang daripada konco Uno mungkin melakukan serangan hendap terhadap mereka.

Rudy seperti memikirkan sesuatu setelah Iman berkata. Otaknya ligat mula menyusun strategi. Dia tersenyum sinis setelah dapat gambaran sepenuhnya strategi.

" Iman, Jet," panggil Rudy. " ikut rancangan aku. Aku pasti dengan rancangan ni kita dapat selamatkan Ali, sekaligus selamatkan keadaan sebelum ni."

Iman dan Jet berpandangan sesama sendiri sebelum menangguk serentak. Sebuah senyuman terukir pada bibir masing-masing.

DUSH!

Tumbukan terakhir sebelum Neonimus jatuh terduduk pada sudut bilik itu. Darah merah pekat banyak mengalir keluar dari mulut, hidung dan dahinya akibat di hentak pada meja dan dinding, kasar dikerjakan Rizwan.

Dengan keadaan tangannya digari kemas, Neonimus memang tiada peluang untuk menyerang kembali serangan Rizwan terhadapnya. Untuk mengelak pun, terasa agak sukar kerana Rizwan sangat pantas.

" hmph, sudah puas dibelasah?" Rizwan memasukkan lollipop ke dalam mulutnya seraya memeluk tubuh dengan pandangan tajam menikam.

Neonimus tercungap-cungap mencari nafas. Penat dibelasah. Mukanya terasa perit dan terasa panas kerana cecair darah yang mengalir.

Sekeliling terasa sunyi beberapa saat, sebelum diselangi ketawa sinis Neonimus. Perlahan, sebelum makin lama makin kuat.

" heheh, nampaknya kemarahan kau tak mampu nak kawal tu, kau rasa membuang masa kau tak?"

Rizwan mengertap gigi. Apa lagi si lelaki boroi tak sedar diri tu nak api-apikan dia lagi?

" dan kau rasa, masa kau yang terbuang tu, akan ada peluang musuh kau bersedia untuk menyerang? "

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now