misi: alterego

1.3K 97 8
                                    

❛ aku tak bersalah! ❜

badan kau kini sepenuhnya milik aku!


" AAAARRRKKKHHHHHH! "

" Ali! Kau kuat Ali! Lawan alter ego kau tu, Ali!" Alicia tercungap - cungap menahan nafas yang memberat. Perasaan bercampur baur, risau, takut dan marah pada masa yang sama.

" t-tak boleh! HAHAHAHAHAHAHA! D-dia-- s-sakit- biarkan aku ambil badan budak ni!" Ali mencengkam sisi kepala, dengan suaranya bercampur dengan suara garau yang menggerunkan.

" ini tak boleh jㅡ ARGH!" Ejen Karya terbaring lemah bila dia jatuh pengsan kerana tusukan menyengat dari belakang lehernya. Dia langsung tak menyedari dengan kehadiran penyerang hendap itu.

" Karya!" Ejen Bakar mula goyah, meninggalkan Trez yang baru nak menyerang dan mendekati Ejen Karya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Langkahnya terhenti bila melihat figura yang amat dikenali dari belakang Ejen Karya. Baju kasualnya, dengan gaya memeluk tubuh dan senyuman sinis itu langsung tak berubah.

Lollipop diambil dari belakang poket lalu dibuka plastiknya sebelum disumbatkan ke dalam mulut.

" R-Rizwan!" Ejen Bakar menggenggam penumbuknya. Sedar akan Trez yang makin mendekatinya lantas dia mengelak dan menghalang serangan Trez.

Rizwan masih tersenyum sinis.

" berani kau tunjuk muka depan kami lagi? Apa yang kau nak kali ni?!" Ejen Bakar menyoal dengan suaranya ditahan kerana menahan penumbuk Trez yang bertubi-tubi.

Alicia cuba menyerang dari jauh tetapi serangannya sudah dapat dibaca oleh Rizwan. Lelaki itu mengelak dengan mudah.

" ini je yang kau mampu? " sinis soalan Rizwan itu menyebabkan Alicia meradang. Sesekali anak matanya menjeling Ali itu.

Tangan Ali mula timbul urat-urat hijau, begitu juga dengan bahagian dahinya. Rasa risau makin meninggi.

Serangan Uno kali ini nampaknya mampu menggoyahkan mereka semua. Ejen Karya kini dah tumbang, Ali pula makin terseksa. Ejen Bakar kini nampaknya semakin penat untuk bertahan lebih lama dengan Trez itu.

" tak boleh jadi!" Alicia menggenggam batang lastiknya dengan erat.

Alicia kini perlu bergerak sendiri dan menyerang mereka semua. Semua langkah pergerakan lawannya sudah lama dapat dibaca, tetapi Rizwan.

Itu paling sukar, jadi dia perlu menyerang pada akhir sekali.

Alicia kini berlari di balik rumah dikejar Seis dan Siete dari belakang. Sambil berlari, dia cuba menyerang mereka berdua dengan melastik dari pelbagai sudut dan arah, tetapi nampaknya berjaya elak serangannya memandangkan mereka ada bola itu.

" Ejen Bakar, cuba bertahan sikit lagi! Serang weak spot Trez, mungkin kaki atau leher! Saya akan cuba lengahkan masa mereka ni!" arahan Alicia dari alat komunikasi di telinganya terus bersambung dengan Ejen Bakar.

" baik!"

" oi, nak lari mana? Pengecut! " Seis menyepak bola dengan kuat, terus menuju ke arah Alicia.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now