misi: curi

1.6K 111 0
                                    

" G-General! "

Ejen Geetha masuk ke bilik kawalan dengan tercungap-cungap kerana penat berlari tadi. Selepas dia memberikan tabik hormat, General Rama mengangkat sebelah keningnya.

" kenapa ni, Ejen Geetha? "

" t-tahanan kita, Nikki- " Ejen Leon menepuk belakang Ejen Geetha dengan perlahan supaya untuk bertenang, ambil nafas dahulu.

Ejen Geetha melepaskan nafas berat. " d-dia- terlepas! "

Semua mentor dan General Rama berasa begitu terkejut dengan berita itu.

" b-bagaimana ini boleh terjadi? Kenapa tiada bunyi penggera kecemasan atau apa? " suara general bermisai lentik itu naik dua oktaf secara mendadak.

Ejen Geetha menekan sesuatu pada papan kekunci paparan hologram pada meja bulat tersebut. " seseorang telah menggodam penggera kecemasan supaya kita tidak perasan dengan kehilangan tahanan."

Mentor-mentor teras mula berasa runsing dengan masalah begini. General Rama sudah mengurut bahagian bawah dagunya, memikirkan perkara yang perlu dilakukan.

" pelik. Sistem penggera kecemasan menggunakan peranti lain dan tidak mudah untuk di godam. Mustahil ianya berjaya digodam dengan begitu mudah..." Ejen Karya mula membuat spekulasi sendiri.

Semua mata tertumpu pada Ejen Karya.

" melainkan yang lakukan ini adalah orang yang pernah bekerja dengan MATA.  "




" ini, alat canggih untuk sokong kaki kau yang sakit ni. "

Cinco tersenyum puas apabila melihat hasil kerjanya sudah siap. Sepasang boot separas lutut yang mempunyai kuasa kelajuan tinggi maksima hingga ketinggian 50 meter.

Nikki yang pada mulanya ragu dengan boot ini, dia mula berdiri. Mula-mula terasa agak janggal namun beberapa ketika dia boleh berlari dan melompat.

" woah, ini sangat hebat setanding kaki besi aku yang dulu! " Nikki ketawa sinis sebelum dia mengawal kuasa boot besi yang mampu menyepak barang apa sekalipun hatta besi berat sehingga kekuatan maksima 250kg.

Cinco tersenyum nipis.

" itu baru boot, Nikki. Ada teknologi yang lain lagi yang kau perlukan untuk musnahkan MATA." Cinco menekan sesuatu pada tablet nya sebelum dia tersenyum sinis. " salah satunya, IRIS."

" IRIS..? Tapi kenapa?"

" kau tak ingat bilamana kau boleh kawal override mode dan mengawal semua pemakai IRIS Neo melawan Ali yang seorang itu? "

Serentak Cinco dan Nikki menoleh ke belakang apabila suara garau mencelah perbualan mereka.

Uno.

" uh, ye? " Nikki menelan liur.

" mesti kau hairan, kenapa Ali yang hanya memakai IRIS yang merupakan prototaip itu boleh kawal semua IRIS Neo, lepas dia dah kawal override mode nya?"

Soalan Uno itu buatkan Nikki mula mengimbas kembali peristiwa di mana Ali berjaya mengawal override mode dan mengalahkan dia.

Uno tersenyum sinis.

" sebab walaupun itu hanyalah prototaip, tapi ianya merupakan alat teknologi yang berbahaya berbanding IRIS Neo. Neo itu hanyalah ciptaan pembaharuan yang lebih moden tetapi dikurangkan risiko ancaman nyawa semasa override mode!"

Cinco tersenyum dan mengangguk manakala Nikki pula terkejut dengan kenyataan Uno itu.

" j-jadi-" Nikki tak sempat menghabiskan ayatnya, Uno memotong laju.

" ya. Kita kena rampas balik IRIS tu dan musnahkan semua benda di Cyberaya ini! " Uno ketawa jahat dengan kuat sebelum lama-lama reda.

" tapi- " Uno menjeling Cinco memberi satu isyarat mata. Cinco tersenyum lalu menangguk sebelum dia menekan satu butang merah pada alat kawalan.

Satu meja kecil keluar dari bulatan itu sebelum sesuatu benda muncul dalam kotak hitam yang berada di atas meja itu.

Cinco mengeluarkan botol kecil yang mengandungi cecair jernih berwarna merah.

Uno ketawa sinis.

Nikki pula terkebil-kebil, cuba memahami situasi sekarang.

" Nikki." dia menoleh ke arah Uno.

" malam ni, ini kerja kau. Sekali dengan Dos."







guys, sorry kalau lepasni aku dah tak boleh update macam selalu. Phone aku rosak wEH!

Nah, lepasni jarang on... kot.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now