misi: data

1.2K 103 16
                                    

Balik dari latihan simulasi  sut satria, terus Ali balik rumah. Tiada tempat lain yang ingin dituju dah. Sebenarnya, Ali tidak sabar nak  siapkan Atlas nya itu yang hampir siap. Punyalah dia tunda sehari dua sebab training tu, tapi hari ni dia tak boleh skip

Memandangkan kes penceroboh itu dan mereka semua ditugaskan untuk menangkap si pesalah itu, Ali tidak mahu ketinggalan. 

Kemahiran berlawannya agak memuaskan dan ada sedikit peningkatan setelah empat hari dia berlatih bersungguh-sungguh dengan sut satria itu. Tapi tanpa IRIS, dia masih tidak akan menjadi super agent

" Comot! Petang ni kau temankan aku siapkan Atlas ni okey! Dah nak siap ni! " Ali dengan semangat berkata pada Comot yang baru sahaja melompat keluar dari beg sekolah Ali dan menguap itu.

Kucing putih bertompok itu hanya terkebil-kebil. 

Ali terus ke meja belajarnya lalu mengeluarkan peralatan untuk membaiki Atlas. Tablet di sisi sebagai rujukan cara-cara mengubah suai reka bentuk coding tersebut. 

" hah, dulu Khai pernah ajar cara nak tukar sistem fungsi ni.. hm.. macam mana eh, " Ali menggaru belakang kepalanya dengan hujung pemutar skru. 

Hampir ke larut malam dia siapkan Atlas itu, akhirnya, " yeah! Siap pun! "

Dia menekan punat kecil pada hujung Atlas sebelum pancaran biru muda mula mengibas anak mata Ali sebagaimana fungsi mula-mula proses synchronize IRIS pada pemakainya. Pancaran hologram biru itu mula menyelaraskan pada setiap inci tubuh Ali. 

" okey! Mari kita test! " Ali tersenyum bangga lalu mula mengaplikasikan Atlas itu pada sekelilingnya. 

Setiap objek yang dia fokuskan mula menunjukkan data-data terperinci. 

Beberapa ketika percubaan, tiba-tiba pancaran hologram pada Atlas terpadam. 

" eh-eh? K-kenapa ni? " 

Ali menekan punat kecil beberapa kali tetapi tetap tidak berjaya. Dia mengeluh berat. 

" nampaknya dah gagal.. " Ali mencabut Atlas dari sis kepalanya lalu diletakkan di atas meja. Kecewa dengan hasil kerjanya yang pada mulanya membuahkan hasil tetapi selepas itu tidak. " hmm, takpelah. Nanti boleh buat lain kot. Lepasni kena mintak tolong Khai rasanya. " dia monolog sendiri. 

Baru sahaja dia ingin bangkit dari kerusi, tiba-tiba kepalanya berdenyut dengan kuat. Ali terjerit kecil lalu dia duduk di atas kerusi kembali. Tangannya memicit pelipisnya tetapi sakit pada bahagian kepala tetap tidak berkurangan. 

" arghh! " rasa sakit itu bagaikan mencucuk setiap inci kepalanya. 

" meow! Meow! " Comot yang dari petang setia bersama Ali, melompat mendekati Ali lalu menepuk perlahan bahu tuannya. 

Ali memandangnya dan memberikan senyuman lemah. Kepala kucing itu diusap lembut. 

" a-aku okey Comot.. rasanya sebab penat sangat. " dia bangkit perlahan-lahan lalu menuju ke katil. Dia terus merebahkan badan dan menutup matanya. Mengharapkan rasa mencucuk kepalanya itu hilang. 

" s-sakit... "






Dia panjat atas bumbung lalu menghendap ke arah tingkap. Keadaan di dalamnya gelap gelita dan hanya sebahagian kecil dalam bilik itu dipancarkan dengan cahaya bulan. Senyuman sinis terbit pada wajahnya. 

Lantas dia mengeluarkan pistol laser lalu menembaknya pada sisi tingkap yang terkunci dari dalam itu. 

" budak tu dah tidur nyenyak. Rasanya kesan ubat tu dah merebak sepenuhnya. " laporan terus sampai ke Dos. 

" bagus. Sekarang, kau pindahkan dokumen tu ke dalam gajet dia. Pastikan semuanya berjalan seperti yang di rancang.

Arahan diterima baik. Tingkap itu terbuka sedikit sebelum dia mencapai gajet kecil yang berada di atas meja belajar itu. Satu kabel kecil dicucuk pada hujung gajet itu dari tabletnya lalu memindahkan dokumen rahsia itu ke dalam gajet kecil tersebut. 


Transfering the data . . .

70% . . .

85% . . . 

93% . . .

100 % . . . 

Successful

irissecretdata.exe.file is synchronizing . . .

Complete. 


" siap. "

" good. Sekarang, kau cepat lari sebelum penduduk di situ perasan.

" ah, itu aku pun tahu. "

" tunggu sampai diri lain budak tu ambil alih, dan curi target kita. Kau, Nikki, jaga dia dari jauh, protect budak tu supaya tak rosak plan kita. Aku, Trez akan jaga dari luar malam ni. Neonimus pula akan hack sistem CCTV MATA dan robot-robot diorang. 

" dengar cerita diorang dah start arahkan ejen senior untuk kawal dalam bilik projek IRIS tu. " 

" takpe, tentang hal itu, Seis dan Siete akan settle. Kau hanya perlu jaga dia dari jauh, tapi dalam Base MATA. Luar line clear, aku akan masuk dan tolong korang. " Dos ketawa sinis pada hujung kata sebelum talian pada alat komunikasi mereka terputus. 

Nikki terus melompat turun dari bumbung rumah dua tingkat itu dan terus berlari sebelum mana-mana penduduk pada waktu itu nampak kelibatnya. 

Senyuman sinis terbit pada senyumannya. 

" hebat jugak budak tu curi data ni semalam. Tak sesia aku ikut rancangan Uno. " rasa untung pula dia ikut rancangan gila Uno. " Ali, kita bekerjasama lagi pada kali ini. " 





🤭






Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now