misi: bertindak

1.2K 90 12
                                    


tolonglah.. lepaskan aku-

tunggu.. aku nak tengok diorang menderita.





" Ali, kau okey tak ni? Muka kau pucat- " tegur Viktor pada Ali yang baru sahaja datang ke dalam kelas dengan langkah yang lemah. 

Anak matanya melirik ke arah Viktor dengan perlahan, sebelum dia menguap besar. " mengantuk.. "

" kau tak cukup tidur ke? Main game? " Tabletnya diletakkan di atas meja lalu dia menyentuh dahi Ali dengan perlahan. Tak panas, tak demam. Lihat pada bawah mata, agak sembap dan ada lingkaran hitam padanya. 

Ali menggeleng perlahan. Dia mengangkat bahu. Beg diletakkan pada sisi kaki meja lalu dia duduk. Tangannya sudah menampung kepalanya yang makin memberat, tetapi-

ZZAP! 

" opocot mak kau ninja! " terus segar mata Ali dibuatnya. Bunyi libasan rotan menghentam mejanya dengan kuat itu mematikan terus rasa kantuk yang ditahan-tahan. 

" apa mak-mak ninja? Amboi! Tak sedar diri ke kamu tu dah nak periksa ni? Sudahlah datang lambat, masuk kelas selamba badak je bila cikgu tengah mengajar di depan, lepas tu sampai-sampai je terus tidur? Apa kamu ingat sekolah ni tempat untuk kamu tidur je ke? " jerkahan Cikgu Maimunah itu memang kuat, silap haribulan boleh dengar satu sekolah rasanya. 

Ali mati kata. Anak matanya meliar ke seluruh kelas, nampaknya semua pelajar dalam kelas itu semua memandangnya dengan pandangan pelik. Ada sesetengah yang ketawa dan berbisik sesama sendiri; kebanyakannya adalah pelajar perempuan. 

Dan ada yang hanya menjeling sekilas lalu memandang ke hadapan semula. Tak lain tak bukan; Alicia. 

" err- err- m-maaf cikgu! Janji- "

" apa janji-janji? Takde, kamu berdiri kat luar sampai waktu rehat! " 

" t-tapi- "

ZZAP! 







" eh, kenapa dengan kau sejak dua menjak ni? Makin lama makin teruk aku tengok kau ni? " pada waktu rehat, Viktor menepuk belakang Ali yang asyik membisu sambil meletakkan kepala berbantalkan lengan. 

" aku pun tak tahu. Rasanya semalam takdelah lewat mana aku lena pun. Semalam kepala aku rasa berdenyut je, tidur pun rasa macam.. tak tidur. " matanya masih terpejam. 

Terangkat sebelah kening Viktor mendengar balasan sahabatnya itu. " tidur tapi tak tidur? Hmm, kau tidur-tidur ayam ke? "

" bukan.. "

" sleep paralyse? "

" bukan.. "

" lucid dr- "

" bukan, Vik.. " Ali memotong terus percakapan Viktor. Kadang-kadang mendengar suara banyak bercakap ni buatkan dia rasa nak marah je. 

Ini mungkin kesan dia tak cukup tidur. Nak baran je memanjang. 

Viktor terus diam. Ali menarik nafas lega. Bolehlah lelap sekejap masa rehat ni-

" Ali. " 

" jangan kacau aku Vik.. "

" Ali.. "

" please, Vik. Aku mengantuk.. "

" Ali! "

" Viktor! Aku dah cakap y- " terus terdiam Ali bila baru perasan yang memanggilnya sekarang bukan Viktor, tetapi Alicia yang bercekak pinggang di depannya. " oh, kau. " balasnya dingin. Sebelah kening dijongket tanda nak-apa? 

Alicia memberi isyarat anak mata ke sudut mata lalu kepala digerakkan sedikit sebagai balasan persoalan Ali tadi. ke-MATA-sekarang-atau-general-hukum-kau!

Anak mata Ali dijuling ke atas. Sejak dua menjak ni selalu sangat kena ke MATA. 

" aku pergi dulu Viktor. Cikgu Bidin nak jumpa aku. " Viktor hanya mengangguk tetapi matanya tetap fokus pada tablet. Rajin betul ulangkaji.

Terus, mereka berdua menuju ke pintu rahsia untuk ke MATA. 







" apakah?! " 

Mereka berdua terus pandang sesama sendiri dengan riak wajah yang terkejut, sangat-sangat. Dengan berita tergempar lagi gila dari general sungguh buatkan sesiapa yang dengar memang takkan percaya. 

" IRIS telah berjaya dicuri oleh Uno. Dan nampaknya ada orang lain yang telah bekerjasama dengan mereka. Antaranya ialah Nikki, Neonimus dengan.. seorang lagi masih tidak diketahui identitinya. Sekarang ini kami tengah siasat lagi seorang itu. " jelas General Rama lalu menunjukkan rakaman CCTV di mana Ejen Geetha telah menunjukkan padanya pagi tadi. 

Ali dan Alicia , ditemani Ejen Bakar dan Ejen Karya melihat paparan video pendek berdurasi 20 saat itu sebelum ianya berakhir dengan glitch dan terpadam terus. 

" tunggu.. pencuri IRIS tu.. fizikalnya macam budak.. " Alicia menggumam sendiri. Dia mula berfikir, mula membuat teori sendiri  sebelum dia buktikan sama ada itu sahih atau tidak. 

" tugas kamu berempat ke sini, adalah untuk ke pangkalan baru Uno, dan rampas kembali data dan IRIS itu. Jangan sampai mereka berjaya musnahkan Cyberaya dalam masa terdekat. Selain itu, bongkarkan identiti Neonimus dan budak jaket hitam ni. Tangkap semua konco, kalahkan Uno dan masukkan terus ke penjara. " 

" baik, jeneral! "

" bertindak segera! "





dalam plan nak perhabiskan ff ni sebelum 2020. Tapi nampak gaya macam tak boleh je heee. 

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now