misi : penyelamat

1.2K 82 16
                                    

" menyerah diri, atau konco-konco kau semua akan kitorang musnahkan."

Rudy berjalan mendekati Uno yang terbaring lemah di atas lantai simen, dengan darah pekat mengalir dari kepalanya dengan banyak.

Uno bernafas berat, terasa kepalanya pening kerana teruk dibelasah dengan Rudy tanpa henti. Sebahagian sutnya pecah dan anggota badannya luka teruk.

" tak... akan! Selagi aku tak dapat IRIS tu, dan musnahkan MATA dengan Dato Othman, aku takkan menyerah!" Uno lantang bersuara.

Rudy mengertap gigi dan tangannya cuba diangkat, untuk membaling Uno dengan bantuan gari magnet nya.

" kali ni kau memang dah melampau. " Rudy berkata sinis.

" melampau mana pun aku, korang tetap akan kalah. " Uno ketawa sinis membuatkan Rudy tersentak mendengar ayat Uno.

DUM!

" argh!"

Rudy terpelanting ke tepi apabila letupan yoyo mengenai badannya. Terasa sakit dan lenguh satu badan kena yoyo Ali yang kini berdiri tak jauh dari Uno,

dan Niki... di sebelah Ali..

memandangnya dengan pandangan sinis, tanda kemenangan berpihak kepada mereka.

" masih nak lawan kitorang lagi, budak? " Niki tersenyum sinis, dengan tangannya menepuk lembut bahu Ali yang tidak bereaksi memandang Rudy dengan iris matanya berwarna merah yang bercahaya.

Rudy mengertap giginya. Dia pasti, Jet dan Iman pasti sudah tewas dikalahkan.

Tak boleh jadi, Rudy kena buat sesuatu untuk kalahkan Uno, dan pulihkan Ali balik.

Rudy perlahan-lahan bangun, dan mengepal penumbuknya. " selagi kudrat aku masih ada, aku takkan sesekali menyerah! "

" oh, cakap besar. " Niki mengerutkan dahinya.

" Ali, sekarang! "

Ali berlari menuju ke arah Rudy apabila mendapat arahan dari Niki. Yoyo di tangan dipusing laju hingga memancarkan cahaya neon biru sebelum dilemparkan ke arah Rudy.

Rudy laju mengelak dari serangan Ali.

" kau, jaga Ali. Aku cari Othman. " Niki mengangguk sejurus Uno berlari keluar dari bangunan itu untuk mendapatkan Dato Othman yang sudah terlepas.

" hiyargh! "

Rudy melompat ke atas palang besi tangan dan melompat ke atas, untuk menyerang balas. Kakinya dihayun sebelum mendarat mengenai bahu kanan Ali menyebabkan yoyo yang dipegang tercampak jauh ke tepi.

Ali mengertap gigi, lalu berlari untuk menyerang Rudy. Sebanyak mana serangan Ali pada Rudy, sebanyak itu Rudy berjaya mengelak. Walaupun tercungap-cungap mengambil nafas kerana sifat serangan Ali tidak henti.

Rudy ambil peluang untuk menggari sebelah tangan Ali dengan gari magnet. Dia melompat ke hadapan dan mencengkam bahu Ali sebelum dia berpusing dan mengunci garinya pada terget.

Ali terkesima, cuba untuk mencabut gari itu tetapi tidak sempat apabila Rudy melemparnya ke arah Niki.

Niki segera mengelak tetapi dia terleka sebentar.

Rudy curi peluang itu dengan menuju ke arah Niki untuk menggari sebelah tangan Niki.

Niki laju, mengelak dari tangannya digari. Rudy tidak putus asa, cuba serang Niki walaupun tidak berjaya.

Payah betul.

" nak tewaskan? Marilah, " Niki ketawa sinis.

Rudy tidak putus asa, berlari laju ke arah Nikki dan melompat untuk melancarkan tendangan. Niki sempat mengelak dan menarik hud Rudy dari belakang dan melemparnya ke arah dinding.

Rudy terhentak dan mengerah sakit. Badannya menggeletar dan terbatuk-batuk.

Bila Rudy mengangkat muka, anak matanya mengecil.

Ali mendekatinya dengan tendangan padu, mengenai pipinya kesan dari aeroboots nya.

DUMM!

Pandangan Rudy gelap.


Dato Othman tercungap-cungap tidak cukup nafas. Dia memegang dadanya kerana semput teramat. Berlari tidak henti dari tingkat atas ke tingkat paling bawah, memang kerja gila!

Dia menoleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa yang mengekorinya.

" takpe... MATA ada... selamatkan aku..."

Dato Othman berjalan perlahan, menuju ke arah pintu keluar. Baru sahaja tangannya ingin mencapai tombol pintu itu, satu cahaya neon biru memintas laju menyebabkan tombol pintu tercabut.

Dato Othman terkejut, dan terduduk.

" mana kau nak lari, Othman?"

Uno mendekati Dato Othman yang mengesot ke belakang hingga rapat ke dinding dengan riak yang cuak.

Pedang azurium di hayun depan mata Dato Othman, untuk menakutkan orang tua itu.

Uno tersengih sinis.

" aku akan pastikan Cyberaya dibaik pulih selepas kematian kau." pedang azurium diangkat tinggi.

BOOM!

Dinding di belakang Uno pecah dengan skala besar buatkan tindakannya berhenti secara serta merta.

Asap berkepul itu menyukarkan pandangan Uno untuk melihat gerangan siapa yang muncul di saat dia nak musnahkan Dato Othman.

Kacau line betul!

Bunyi tapak bergema sebelum satu kelibat asing di mata Uno muncul.

" s-siapakah?" Uno mengertap giginya.

Nampaknya, di situ bukannya seorang, tetapi ramai.

" sut baru ciptaan MATA." suara yang amat dikenali Uno. Muncul di sebelah kelibat asing itu.

Ejen Dayang.

" sut satria."



aku dah repeat EATM kat Telegram, dan oh, baru ku tahu rupa sut staria macam tu >3.

welp, sorry for the laatttttteeeeeeeeeee update sebab yes, cuti bersama corona mode, on. Hshshs.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now