misi: kembali

2.3K 132 24
                                    

" kau dah download game baru ni? "

" weh, ini bukan ke baru keluar semalamㅡ "

" mestilah! Kau dah download? Kalau belum mari aku tolong download kan,"

Tanpa berlengah, Ali terus menyerahkan tablet nya pada Viktor. Sahabatnya itu tesengih lalu mengambil gajet itu pada Ali.

" lepas ni, kita main sama-sama okey? Nanti kita ambil yang 2 player punya. Pastu sama-sama kalahkan boss dalam ni dan dapat grand prize Super Duper Split Mega Combo Award! "

Ali hanya tersenyum nipis melihat semangat Viktor yang sememangnya gilakan game , tapi sangat pandai dalam bab akedemik.

" nah, aku dah siap download untuk kau punya. Okey, sekarang jom kita main! "

" ahem! "

Terhenti terus perbuatan dua sahabat itu apabila mendengar bunyi seseorang berdehem. Serentak Ali dengan Viktor menoleh.

" Alicia? " Ali terkebil-kebil. Permainan yang baru bermula itu ditekan butang pause. Begitu juga dengan Viktor.

" Ali, kemas perpustakaan! " Alicia memeluk tubunya sambil mencebikkan bibirnya.  " sekarang! "

" eh, apa lagi yang Ali sudah buat? Peperiksaan besar sudah hampir! " Viktor mula mempertahankan Ali.

Sejak akhir-akhir ni, Ali semakin kerap kena kemas perpustakaan. Takpun, kelab setem. Entah apa yang Alicia dengan cikgu Bidin nak buat dengan Ali tu, entahlah.

Viktor pula asyik keseorangan. Main game seorang diri, makan punㅡ well, at least ada Mia yang menemani.

Alicia menjeling tajam ke arah Viktor sebelum dia melepaskan keluhan kecil.

" aku tahu. Tapi dah hampir dua minggu dia tak kemas perpustakaan atas kesalahan-kesalahan yang telah aku kumpulkan dari dua minggu lepas. " Alicia mengeluarkan tablet kepunyaan dan menunjukkan rekod disiplin Ali pada Viktor.

" Alicia, seriously? " Ali menjongketkan sebelah keningnya.

" ah, takde-takde. Baik kau pergi sekarang sebelum akuㅡ "

" ish, yelah! Aku tahulah! " Ali menggulingkan matanya ke atas sebelum dia menyimpan tablet ke dalam beg. " okey lah Viktor. Malam nanti aku free kita on, okey? "

Viktor hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Ali dan Alicia pula terus berjalan menuju ke perpustakaan.

" apahal ni? Kan aku dah takde IRIS, buat apa aku nak jalankan misi ni? " Ali keliru tetapi langkahnya tetap dibuka mengikut Alicia.

Semenjak kejadian Nikki serang bandar Cyberaya tersebut, kini sebahagian besar bandar itu kini sedang dibaik pulih. Ali pula redha dengan takdirnya bahawa data IRIS sudah dipisahkan darinya.

" siapa kata kau tak boleh jalankan misi kalau kau takde IRIS? " Alicia tersenyum sinis. Dia memandang Ali melalui ekor matanya.

" apa maksud kau? Aku mana boleh berlawan kalau takde IRIS! "

Dia mengeluh.

" jangan banyak bunyi. Ikut aku ke MATA. "





Pintu kapsul itu terbuka dan mereka berdua terus menuju ke ruang utama di mana General Rama dan beberapa ejen yang lain sedang menunggu.

" Ali,  " panggil General Rama.

" ya, general? "

Pandangan tajam lelaki bermisai lentik itu menusuk ke dalam anak mata Ali.

" bagaimana jikalau kamu berlawan tanpa IRIS? "

Ali mati kutu. Anak matanya meliar merata, mencari jawapan yang sesuai dan selamat.

" okey... kot? "

" apa kot-kot?! Seorang ejen perlu yakin dengan tahap kebolehnnya! " General Rama meninggikan suaranya menyebabkan Ali terkejut.

Ejen Bakar meraup mukanya selepas melihat Ali yang semakin gelabah itu.

" general, rasanya kebolehan Ali perlu diasah lagi. Tetapi kali ini, tanpa IRIS. Nampaknya selama ini dia terlalu bergantung pada IRIS. " Ejen Bakar mendekati Ali sebelum menepuk bahu budak belasan tahun itu.

Ali merenung anak mata pakciknya.

" t-tapi uncleㅡ "

" dey, jangan dibuat drama dekat sini. Saya panggil kamu semua kerana satu kes berlaku di utara bandar Cyberaya. Satu letupan besar yang memberi impak seperti kesan radioaktif telah menyebabkan tahap kesihatan penduduk Cyberaya akan merundum jatuh. "

Pancaran hologram menunjukkan satu lokasi di mana satu bangunan yang berdekatan dengan kilang bahan tenaga radioaktif telah diletupkan di bahagian utara bandar, yang hampir dengan Pinggiran.

" jadi, kamu semua harus mencari suspek utama yang melakukan semua ini. Selain itu, hapus semua kesan bahan radioaktif yang semakin merebak ini. Atau semua hidupan di bandar Cyberaya akan menjadi mutan. "

" mutan? " Ali memandang Alicia, seperti mengharapkan satu jawapan bagi perkataan yang tidak difahami.

" mutan tu kejadian hasil hidupan yang aneh kerana bahan radioaktif. Macam tikus bermata tiga, bayi lahir tak normal and so on. " Alicia menerangkan secara terperinci.

" oh, "

" dan kamu! Ali! " General Rama mentujukan ke arah Ali yang kurang fokus, menyebabkan dia mula gelabah.

" y-ya general! "

Dia meneguk liur.

" kamu tidak perlu ikut misi kali ini. Kamu akan diganti dengan Ejen Fit dan Ejen Bobby. "

Ali memandang ke hujung bilik itu, di mana Ejen Fit dan Ejen Bobby hanya tersenyum senget.

" tapi generalㅡ "

" kes ini bahaya, Ali. Kalau general kata jangan ikut, maksudnya jangan ikut. " Alicia menumbuk bahu Ali perlahan. Kadang-kadang geram dengan sikap degil Ali. " ini bahan radioaktif. Kau tu dah la kaki pendek, entah nanti tak tinggi langsung pulak nanti kalau dah terkena. "

Ali mencebikkan bibirnya, tak puas hati dengan ayat sinis Alicia itu.

" kenapa kau boleh pulak? "

" sebab aku tak menyusahkan berbanding kau! "

Ali mengalah, terus mengomel tak puas hati.

" Ali, atas ketiadaan IRIS, kamu perlu jalani latihan kemahiran asas tanpa gajet bersama mentor teras Akedemi. "  kata putus General Rama itu buatkan Ali terkelu lidahnya.

Dia menunduk dan mengeluh. Pasrah dengan takdirnya kini menjadi ejen muda tanpa IRIS.




ㅡ' end of misi: kembali '

|next|

ㅡ ' misi: atlas '

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now