misi : bertarung

1.3K 82 27
                                    

" jangan!"

ZASS!

ZHHOOMMMP!

Pedang azurium Uno terpelanting ke tepi apabila satu benda meluncur laju menendang pedangnya sebelum sempat pedang itu mengenai Dato Othman.

" apakah..?" Uno terkejut, lalu melilau mencari gerangan figura yang berani hentikan perbuatannya.

" yo, Uno. Cari saya?"

Jet terbang ke udara dengan berpusing-pusing sekitarnya. Niki dan Aaron juga terkejut dengan kehadiran mengejut Jet.

Uno mengertap gigi. Tangannya digenggam kuat hingga menimbulkan urat tangannya.

" serang budak hingusan tu!"

Menerima arahan, serentak Ali, Niki dan Aaron melancarkan serangan. Niki melompat menggunakan super aeroboots nya untuk menendang Jet tetapi Jet laju mengelak.

Aaron pula melancarkan serangan dengan mengangkat benda-benda di sekelilingnya dengan bantuan topi tarikan magnet yang diubai suainya. Objek itu kemudian dibaling ke arah Jet, dengan tangan Aaron mengawal graviti objek-objek tersebut.

Jet sedaya upaya mengelak dari serangan bertubi-tubi dari Niki dan Aaron yang masih belum putus asa.

" cis, dua lawan satu, mana aci!" Jet berpusing, terbang rendah dan meluncur laju menyerang Aaron yang galak mengawal objek-objek tersebut.

Aaron tersedar, cepat-cepat dia menarik objek supaya menjadi dinding pelindungnya. Jet tidak sempat untuk menyerang Aaron kerana pelindung tersebut. Dia berdecit.

Sementara itu, Dato Othman mula membuka langkah, ingin meninggalkan tempat itu. Uno yang perasan, terus mengejar Dato Othman yang keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

" kau memang tak boleh lari, Othman!" Uno muncul di hadapan Dato Othman yang ketika itu sedang kalut menuruni anak tangga.

Mungkin Dato Othman terlupa, yang Uno ini merupakan ketua teras MATA terbaik dulu kerana skill lawan dan ketangkasannya dengan menggunakan jurusan langkah asap.

Terkejut Dato Othman dibuatnya, hingga dia jatuh terduduk.

Pada anak tangga sebelah atas sana, kelihatan Ali sedang berdiri kaku dengan pandangan membunuhnya. Iris merahnya bersinar, tidak berkelip.

" Ali, aku arahkan kau bunuh lelaki tua ni!" Uno mencekak belakang kolar
Dato Othman. Lelaki tua itu langsung tidak boleh berbuat apa-apa, hatta meronta sekuat mana.

Ali tidak bereaksi, tetapi dia terus melompat dan meluncur laju menuju ke arah mereka berduaㅡ

DUSH!

Satu tumbukan padu hinggap di pipi Uno menyebabkan Uno menjerit sakit sekaligus tangannya melepaskan genggaman kolar Dato Othman. Dato Othman terbaring pada salah satu anak tangga sebelum dia perlahan lahan bangun untuk meninggalkan tempat itu secepat mungkin.

Ali melompat atas Uno, sebelum dia menendang belakang lutut Uno menyebabkan Uno melutut ke hadapan.

Ali dengan cekap menggapai tangan Uno lalu mengunci sesuatu padanya. Seperti gari, dengan nyalakan merah bertukar pada hijau dalam sekelip mata.

Uno terkejut dengan serangan Ali terhadapnya. " apakah? Kenapa kau serang aku?!"

" sebab kau pergunakan Ali." Ali kini berubah menjadi Rudy, dengan hud sutnya menutup kepala. Dia tersenyum sinis.

Rudy tidak berlengah, lantas tangannya digerakkan, seolah membaling sesuatu ke arah dinding menyebabkan gari yang dikunci di tangan Uno itu menurut perbuatan Rudy.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now