misi: perangkap

1.4K 103 15
                                    

Malam minggu, Ali hanya baring di atas katil. Tangannya dilipatkan lalu diletakkan di bawah kepalanya sebagai pengampu. Anak matanya langsung tak kelip merenung siling putih biliknya. Satu keluhan panjang dilepaskan. 

Teringat pula pada latihannya dengan sut satria selama tiga hari berturut-turut ini. Dia asyik kalah dengan ejen-ejen muda yang lain. Dari Alicia, Moon, Jet, Roza, Mika dan seterusnya. 

Itu dia tak kisah sangat. 

Tapi yang buat dia rasa menjengkelkan... Rudy.

Ish, berlagak betul masa Ali kena beradu dengan Rudy dalam sesi latihan haritu. Kalah teruk dia dengan semua orang, terutama sekali dengan Rudy. 

" kot la nak bagi semangat, ini tak. Siap perlekeh aku lagi. " dia mengeluh lagi. " tak boleh jadi ni, aku punya skill masih rendah. Kena usaha lagi lepasni! " 

" meow? " Comot panjat atas katil Ali lalu mengusap lengan Ali dengan lembut. 

Tersentak Ali dibuatnya. Kucing peliharaannya itu dipandang sebelum Comot menunjukkan mulutnya yang ternganga. " meow. " lapar. 

Ali tersenyum kecil lalu bergerak menuju ke arah dapur. Comot yang mengikuti di belakang berjalan dengan penuh gembira. 

Tiba-tiba, terdengar seperti ada benda berlanggaran di dapur. Lantas, dia berlari ke arah dapur. Kelihatan tingkap gelunsur bahagian dapur terbuka luas, tetapi tiada sesiapa di situ. Ali terus merapati tingkap terbuka itu untuk meninjau keadaan luar. Tiada sesiapa. 

" apa benda tadi tu? " Ali menggumam sendiri. Dia dan Comot berpandangan sesama sendiri sebelum dia mengangkat bahu. 

" kucing liar kot. Nak kata penceroboh, tiada apa dalam rumah ni berselerak, bahkan tiada barang yang dicuri. " Ali memandang sekeliling, lalu berjalan ke arah ruang tamu. Seperti yang dikatakan, tiada apa-apa yang mencurigakan. Semuanya bersih dan tiada barang dalam rumah itu disentuh. 

" meow! meow! " Ali tersentak bila diseru Comot. Teringat yang dia belum beri Comot makan, lantas dia kembali ke dapur untuk memberi kucing peliharaan kesayangannya makan. 

Melihat Comot makan dengan berselera buatkan Ali tersenyum sendiri. Bulu kucing itu diusap lembut. 

" Ali! Ali! Ali! Angkat telefon ini! Ali! Ali! Ali! "

Bunyi penggera suara Viktor itu mengejutkan Ali. Lantas telefon pintar dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu ditekan butang hijau. Skrin mula berubah memaparkan pancaran muka Viktor yang tersenyum lebar itu. 

" hah, apa cer Viktor malam-malam ni? " Ali memulakan perbualan sebelum dia perasan akan sesuatu. " eh, apasal muka kau berpeluh-peluh ni? " 

Viktor kelihatan terkejut apabila ditanya sebegitu tetapi cepat-cepat dia ubah reaksi muka. " oh. Ali! Aku ikut mama aku pergi aerobik, meh! Itu yang berpeluh-peluh, " jelasnya. 

Ali hanya meng'oh'kan sahaja. 

" hah, alang-alang  aerobik dah habis, aku nak ajak kau main game terbaru Detektif Jebat ini lah! Level boss haritu kita tak sempat main kan?

" cun! Aku hampir terlupa yang level boss kita belum main! Okey, jom mula! " Ali dengan teruja mengajak Viktor. " eh, aku hampir lupa, main level ni mesti akan ambil masa yang lama. Aku nak amik air jap, takut haus. " 

Ali terus membuka peti sejuk. Pada bahagian rak yang menempatkan botol air, ada satu botol air bersaiz kecil di celahan botol air besar yang lain. 

" cun! Tak payah nak ulang-alik ambil air kalau botol besar ni, botol kecil ni mesti cukup punya! " 

Botol kecil mineral sejuk itu terus dicapai lalu dia bergegas menuju ke bilik untuk mengambil tablet. 

" cun! Jom main! "

" okey! "






" Neonimus, laporan. " suara Dos di hujung talian mengejutkan gerangan misteri yang sibuk dengan skrin tabletnya. 

" nampaknya dia dah masuk perangkap kita. Dia dah minum ubat tu. " suara separa berbisik seraya dia menjarakkan diri jauh dari tablet

" good job, Neonimus.

" sekarang, apa tindakan seterusnya? "

Talian senyap beberapa ketika. 

" tunggu masanya, dan lihat.

Ketawa sinis Dos jelas di hujung talian. 

Neonimus pula tersenyum sinis mendengar tawa Dos.




Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now