misi: override

1.4K 96 13
                                    



kau terlalu naif dengan dunia ni. Kenapa kau masih terlalu baik dengan mereka sedangkan mereka tak pernah layan kau dengan baik? Apa kau sudah lupa, kau pernah diketepikan?  Kau tak pernah terfikir, kau tu cuma timbulkan masalah je? Kau tu tak berguna! 

tolong.. jangan!





Atlas di atas meja diambil lalu ditekan punat kecil. Pancaran biru diakses pada irisnya sebelum muncul pancaran biru hologram dan menunjukkan data pada skrin hologram itu. 



S Y N C H R O N I Z I N G . . . 


Dia melihat sekeliling, mula terpancar data-data pada setiap objek yang dia fokuskan. Input dari impuls otaknya berjaya mengawal setiap data yang diakses pada Atlas itu. Dia tersenyum sinis. 





" Fit, tiada benda yang mencurigakan? " Ejen Fit terus berpaling ke belakang apabila Ejen Bobby menyoalnya. Boomerang booster dalam genggamannya disimpan dalam boomerang metal holder yang tersemat kemas pada sutnya. 

Jam pada tangan sudah menunjukkan pukul 3.45 pagi, tetapi keadaan dalam Base MATA senyap sunyi, seperti tiada apa-apa ancaman yang berlaku. Itu yang membuatkan kedua-dua ejen senior itu mula terfikirkan sesuatu. 

" takde. Kenapa aku rasa ceroboh semalam tu.. "

" hanya nakkan dokumen rahsia IRIS? " Ejen Bobby seolah-olah dapat membaca fikiran kawannya itu. " tapi, apa yang sebenarnya diorang nakkan? "

" seperti yang General Rama beritahu semalam. " Ejen Fit bersandar pada dinding Base MATA. Dia memeluk tubuhnya dan menyilangkan kaki sedikit. " IRIS tu ada override mode. Corak coding IRIS dan IRIS Neo berbeza, dan sebab tu IRIS lebih berbahaya dan menyebabkan ramai pengganas luar sana nakkan IRIS berbanding Neo. Mereka hanya nak musnahkan Cyberaya. " 

Ejen Bobby memegang dagunya sendiri dan mengangguk perlahan. Memang betul, mana-mana ejen yang memakai IRIS atau IRIS Neo akan menjadikan pemakainya super agent. Tetapi disebabkan override mode yang berbahaya itu akan menyebabkan pemakainya atau keadaan sekeliling akan berada di risiko tahap tertinggi.

Sedang Ejen Fit sedikit leka, tiba-tiba pancaran cahaya merah tanda amaran pada IRIS Neo nya muncul. Ini menyebabkan ejen senior itu terus bersedia dan mengelak satu serangan laju dan melantun-lantun pada dinding-dinding tersebut. 

" a-apakah?! " Ejen Fit terpaku pada sebiji bola ungu yang bergolek-golek lalu terhenti. 

" macam mana- " Ejen Bobby terus mengeluarkan boomerang booster supaya dapat terus menyerang penceroboh itu. " kenapa penggera kecemasan tak berbunyi? Kenapa tiada robot- "

" tengah gelabah ke tu? HAHAHAHAH! " muncul si kembar adik-beradik, Seis dan Siete dari balik dinding dan ketawa terkekek. Lucu melihat reaksi dua orang ejen senior itu sedang bersiap sedia untuk berlawan. " nampaknya sistem keselamatan kat sini memang tak kukuh eh? Senang betul kena godam! " Seis mengejek. 

" konco-konco Uno! " Ejen Fit mula marah. Dia mengetap giginya lalu terus mendekati Seis dan Siete yang masih bergelak ketawa. Sudah jelas lagi nyata ini semua rancangan Uno yang masih belum putus asa nakkan IRIS itu supaya dapat menguasai Cyberaya! 

" ops! Siete! Kau lawan dengan dia ni, aku uruskan si gemuk tu! " Seis terus mengelak dari sepakan Ejen Fit dan terus meluru ke Ejen Bobby yang sudah bersiap sedia dengan senjatanya. Tetapi Seis lebih bijak dan pantas, dia meluru ke arah bola dan mula bermain bola itu sebelum menyepak ke arah Ejen Bobby. 

Siete lebih pantas melompat dan mengelak dari serangan Ejen Fit. Bola yang disepak Seis tidak mengena terus pada Ejen Bobby tapi terus meluru ke arahnya. Dengan pantas, dia melompat ke arah dinding dan melompat tinggi untuk menyepak bola itu supaya mengenai Ejen Fit. 

Dengan senang Ejen Fit mengelak dari serangan itu. Dia tersenyum senget. " itu je serangan korang? Mudah. " senang baginya membaca rentak berlawan adik beradik tersebut kerana data pengimbas IRIS Neonya. 

" ish! Pakai IRIS, senanglah macam ni! " Siete mencebik. 

Ejen Bobby membalas serangan, membaling boomerang itu ke arah Seis, tetapi berjaya dielak. Dia ketawa sebelum kepalanya terkena sesuatu dan dia jatuh tersembam. 

Ejen Bobby ketawa sinis lalu menangkap kembali boomerang booster nya itu. Melihat pertahanan Seis sudah patah, dia meluru lalu memulakan serangan tumbukan dan tendangan ke arah Seis. Nasib baik Seis sempat elak semua serangan Ejen Bobby, melompat ke belakang. 

" cis! Main serang hendap! " 

" kenapa korang nak curi IRIS tu hah? " Ejen Fit bertanya garang. 

" untuk apa, kau tanya? Mestilah nak musnahkan korang dan Cyberaya, bukannya nak buat pakai sebab rabun! " Siete menjawab sarkastik. 

Mendengar jawapan Siete itu lagi buatkan Ejen Fit yang sememangnya seorang yang panas baran itu makin mendidih.  

" jangan harap! " Ejen Bobby mengeluarkan senjata lain; pistol. 

Serentak itu, lampu di Base MATA terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita. Semakin huru-hara dibuatnya. 

" apakah! " Ejen Bobby dan Ejen Fit mula panik dengan keadaan gelap gelita sebegitu. 

" night vision mode, on! " kedua-dua pemakai IRIS Neo mengaktifkan night vision mode pada gajet mereka. 

override mode, on.

Sebaik sahaja mod malam diaktifkan lalu skrin IRIS Neo mereka bertukar jadi hijau, tiba-tiba sahaja ianya menjadi glitch lalu kedua-dua IRIS Neo bertukar menjadi satu gajet yang berbentuk bulat; bentuk asal IRIS Neo. 

" apakah? Kenapa ni?! " keadaan mereka berdua menjadi kelam kabut. Dengan suara gelak tawa adik beradik itu membingitkan lagi keadaan dan menyebabkan mereka menjadi kurang fokus dan serabut. 

Lalu, bunyi berdesing kedengaran dan tanpa amaran, satu benda telah menyerang mereka berdua. 

Terlihat pada Ejen Fit, satu cahaya bulat mendekati mereka sebelum pandangannya gelap kerana diserang bertalu-talu oleh kelibat misteri tersebut. 




aku tak pandai sebenarnya nak buat fight scene. 







Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now