misi: lepas

1.6K 130 8
                                    

" berapa lama lagi aku perlu hidup dalam tahanan ni? "

Dia mengeluh kasar dan asyik berjalan mundar-mandir. Dengan jari telunjuknya menyetuh dagu, memikirkan satu rancangan untuk melepaskan diri.

Hampir dua minggu dia hidup dalam bilik tahanan yang sememangnya kecil dan sempit ini sungguh buatkan dia terseksa.

" kau rasa, berapa lama? "

Dia menoleh ke arah pintu kaca itu itu. Seorang wanita, berkot putih dan berkaca mata sambil tersenyum sinis.

" a-apa yang kau nak? " dia menyoal kasar, mula terasa dirinya bakal diancam oleh orang-orang MATA ini.

Wanita berkot putih itu ketawa kecil dan menggeleng perlahan. " aku kagum dengan kau. "

" apa maksud kau?! " dia menggenggam tangannya dan mengetap gigi. Geram dengan wanita yang asyik bermain tarik tali dengannya.

" Ali, budak tu. " wanita itu menekan-nekan sesuatu pada tabletnya menggunakan stylus. Senyuman sinis langsung tak pudar pada wajahnya. " dia dah dapat kawal override mode tu dan tewaskan kau walaupun kau hampir menang. Dan MATA dah dapat pisahkan IRIS tu dari budak tu. "

Dia masih menunggu wanita itu habiskan ayatnya. Walaupun dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi pada masa terdekat.

" dan apa kata, " pintu kaca itu terbuka beberapa ketika. Wanita dalam bilik tahanan itu tercengang dengan benda yang terjadi. " kau bergabung dengan kitorang, dan musnahkan MATA. "

" apaㅡ siapa kau sebenarnya ni? " dia tak dapat proses lagi kejadian yang berlaku. Mengapa tiba-tiba orang yang dia tak kenal ingin mengajaknya bergabung... hapuskan MATA?

Wanita berkot itu segera menarik tangan orang tahanan itu dengan senyuman sinis makin melebar.

" aku, Dos. " Dos merenung tajam dalam anak mata wanita yang kini telah ditemuinya.

" selamat bertemu dengan kau, Nikki. "




" susahlah! Macam mana aku nak ubah suaikan benda ni tanpa pakai IRIS? " Ali melemparkan pemutar skru kecil itu dan meletakkan kepalanya di atas meja.

Sudah beberapa jam dia bertungkus lumus ingin mengubah suaikan peranti cip dalaman Atlas supaya berfungsi seperti IRIS, Ali berputus asa.

Comot yang tertidur terjaga kerana dengar Ali asyik mengeluh. Kucing itu menggulingkan matanya ke atas sebelum dia menepuk kepala Ali dengan tangannya.

" meow! Meow! "

" tak boleh, Comot... macam mana aku nak ubah suai dan coding benda ni seperti IRIS? "

Comot mengertap giginya. Kalau boleh, dia hampir sahaja ingin mencakar muka Ali itu kerana geram dengan perangai Ali yang cepat putus asa dengan benda macam ni.

" meow... "

Ali mengangkat mukanya memandang Comot.

Kaki kecil kucing itu menepuk perlahan permukaan skrin tablet Ali.

" kau... nak suruh aku cari maklumat pasal coding? " akhirnya Ali dapat tangkap dengan apa yang Comot ingin sampaikan.

" meow! " Comot mengangguk.

Ali ketawa kecil. " kenapalah aku tak teringat yang sekarang ni pun maklumat hujung jari hehehe. "

Comot menggulingkan matanya ke atas.

" dah pukul 12 lebih rupanya... patutlah aku mengantuk sangat. Nasib baik esok cuti. Bolehlah aku tidur lajak sikit. " melihat jam yang tertera pada skrin itu buatkan Ali tersedar dengan waktu sekarang.

Dia meletakkan kembali tablet nya di atas meja dan mengambil Comot dari meja belajar nya supaya dibawa ke katil.

" esok boleh sambung lagi. Takpe Comot, kalau aku takde IRIS tu sekalipun, aku tetap akan jadi ejen. Cuma... nanti? " Ali tersenyum kecil lalu mengusap kepala Comot. Kucing itu berasa selesa, dengan bunyi purr.

Baru sahaja Ali ingin baring di atas katil, secara tiba-tiba pintu biliknya dibuka.

Terkejut Ali dibuatnya hingga dia menggelabah.

" eh, Ali? Kenapa tak tidur lagi? Kan dah pukul 12 lebih? " Encik Ghazali, ayah Ali masuk ke bilik anak tunggalnya.

" eh, ayah... tadi Ali tengah- err- siapkan projek sains. Err, cikgu nak isnin depan, hehe. " Ali ketawa jengkel sambil menggaru belakang kepala yang tak terasa gatak itu.

Encik Ghazali mengeluh dan tersenyum segaris. Perangai anak tunggalnya ini walaupun kadang-kala agak menyerabutkan kepalanya, tetapi Ali tetap permata hatinya.

Tanggungjawabnya berganda selepas Aliya meninggal...

" hm, takpelah. Ali tidurlah dulu. Esok ayah kena kerja lagi, ada meeting. "

" memang selalu pun ayah ada meeting. " Ali menjawab perlahan sambil tersenyum sayu.

Rasa kesian bila tengok muka ayah yang penat itu. Siang malam bekerja demi menyara dirinya.

Ali baring di atas katil, lalu Encik Ghazali menarik selimut hingga ke paras dada.

Encik Ghazali mengusap kepala Ali dengan lembut. Kanak-kanak itu tersenyum bahagia sebelum kedengaran pintu bilik ditutup.


it's almost a week didn't update something and I'm here!



Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now