misi: berjaya

1.3K 93 13
                                    


tolong jangan libatkan aku dengan semua ni..

kalau ubat itu sendiri tidak mengaktifkan aku dari dalam diri kau, sampai bila kau akan hidup dalam dunia penuh kejam ini? Aku buat untuk kebaikan kau..





Pintu besi bilik projek di mana projek IRIS dibatalkan itu terbuka luas. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan tenang. Diikuti Nikki, Seis dan Siete dari belakang. Seluruh Base MATA itu masih lagi gelap. Senyap sunyi.

" gunakan override mode kau untuk kawal sistem litar dalam ni. Terlalu gelap, aku tak nampak apa-apa. " Nikki menepuk perlahan bahu si kambing hitam nya itu sambil tersenyum sinis. 

Dia mengangguk perlahan lalu menekan Atlas supaya menghantar input kawalan mod override itu pada sistem litar. Beberapa ketika, lampu dalam bilik dan seluruh Base MATA terbuka. 

Jelas terpampang di depan mata mereka berempat, papan besar dan padanya terlekat blueprint mengenai pembaharuan pada IRIS. Segala dokumen rahsia yang mereka berjaya curi semalam, inilah yang sebenarnya. 

" nampaknya mereka cuba nak buat pembaharuan pada IRIS ni. " Nikki memeluk tubuh lalu mengangkat sebelah keningnya. " patutlah diorang nak tarik IRIS ni dari Ali rupanya. Kesian, dah pandai kawal override, pastu kena tarik. Dapat pula sut baru, entah apa yang mereka fikirkan agaknya.. " 

Nikki mencangkung, menghadap pembantunya yang masih tidak bersuara. Irisnya merah gelap dan pada bebola matanya bukanlah putih seperti manusia biasa, sebaliknya hitam. Anak matanya galak memerhati blueprint yang ditampal pada papan itu. Nikki mengusap kepalanya perlahan lalu senyuman sinis terukir pada bibir wanita itu. 

" kan.. Ali? " 

Ali tidak menjawab. Mulutnya menggumam sesuatu lalu dia merenung ke arah meja itu. Dengan kuasa kawalan override, muka meja itu terbelah dua lalu ianya berjarak hingga ada lapisan satu lagi permukaan meja tersebut. 

Hud kepala warna hitam ditarik lebih ke bawah hingga hampir menutup matanya. 

Satu bulatan mulai timbul pada permukaan meja itu lalu muncullah IRIS yang asli. 

" huh, senang betul kerja ni. " Siete berkata dan Seis di sebelahnya mengangguk setuju. 

" cepat, ambil IRIS kepunyaan kau tu. Lepas tu kita blah sebelum diorang sedar. " Nikki menolak perlahan badan Ali. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengangguk perlahan lalu terus mencapai IRIS yang berada dalam hologram sekuriti. 

Seperti yang disangka. penggera kecemasan bahagian bilik itu terus berbunyi dan lampu merah menyala bersilih ganti. Penjara laser muncul dari atas lalu memerangkap mereka berempat dalam bilik itu. 

" aduh! Takkan sistem penggera lain-lain kot! " Seis mengeluh. 

" Ali! Override! " Nikki terus mengarahkan Ali. Dengan sekali arah, Ali hanya menurut. 

Dua saat, lampu merah dan bunyi bingit terus hilang. Penjara laser merah terus terpadam. 

" jom, cepat blah! "



 ―




" macam mana boleh terlepas lagi? " 

Ejen Fit dan Ejen Bobby menunduk kesal apabila dimarahi General Rama pada pagi itu. 

" maaf, general. Mereka nampaknya lebih strategik dan nampaknya mereka dah pandai hack sistem dalaman kita. " Ejen Fit menjelaskan semuanya. " dan, nampaknya seperti mereka mempunyai ahli baru. "

General Rama memicit di antara matanya lalu merungut sesuatu. Nampak seperti tertekan dengan situasi yang lebih berbahaya sekarang. 

" Geetha, cuba cari suspek yang pandai menggodam dalam list wanted MATA. " Ejen Geetha mengangguk faham lalu menekan sesuatu pada pancaran hologram di meja bulat itu. Beberapa ketika, terpampang satu gambar berlogo hijau pada skrin. 

" Neo..nimus..? " Ejen Fit dan Ejen Bobby menggumam sendiri sebelum mereka berpandangan sesama sendiri. 

" ya, general. Neonimus, penjenayah yang paling berbahaya dalam bidang hacking sistem. " 

General Rama mengurut bawah dagunya seperti berfikir sesuatu. 

" nampaknya.. kerjasamanya bersama Uno tidak boleh dipandang remeh. Mereka kini bukan calang-calang musuh MATA. " 

" betul tu, general. Identiti Neonimus sehingga kini masih lagi misteri. Tiada siapa yang tahu tentang hacker ni. " Ejen Geetha mencari lagi beberapa dokumen dalam fail siasatannya itu. " tengok ni, general. Nampaknya... bukan Neonimus sahaja yang bekerjasama dengan Uno. "

Terpampang satu video pendek rakaman CCTV tersembunyi di sudut hujung bilik projek IRIS itu. 

Terkejut kedua-dua ejen senior, dan general apabila melihat rakaman pendek itu. Dalam video itu terpampang pada waktu bilik yang gelap kini menjadi cerah dan terlihat ada empat orang dalam bilik itu. Kelibat Nikki bercangkung di hadapan seseorang yang tidak dapat dikenali kerana memakai hud jaket hitam. 

Lalu figura berhud hitam itu terus mencapai IRIS dan mereka telah terperangkap dalam penjara laser. Keadaan pada masa itu agak panik, tetapi video itu terus menjadi glitch dan terpadam. 

" itu- "

" ya, general. Nampaknya Nikki, tahanan yang terlepas haritu sudah menjadi konco Uno. Tetapi yang berhud hitam ini.. identitinya masih tidak dikenal pasti, general. Fizikalnya seperti budak. " Ejen Geetha mengulang tayang video itu tetapi masih sama, glitch dan terpadam terus pada penghujungnya. 

Terdiam terus General Rama. Dahinya berkerut tanda tidak percaya dengan semua ini. 

Nampaknya.. musuh mereka kali ini sangat kuat. 




korang rasa sape Neonimus? ;))

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now