misi: reverse

1.4K 105 38
                                    

❛ tolong lepaskan aku! Jangan ambil badan aku! ❜

ini untuk kebaikan kau juga, budak. Kalau aku tak keluar oleh kerana racun yang diorang berikan pada kau, kau akan tetap lemah macam ni!

❛ a-aku bukan lemah! ❜

kau lemah, Ali. Kau lemah dengan perasaan kasihan kau tu!

❛ jangan musnahkan hidup aku.. jangan buat papa risau.. ❜

cakap dengan diri sendiri uh? Heh.

❛ aku tak faham... apa sebenarnya kau? ❜

aku, reverse kau. Darkside yang tersembunyi dalam diri kau. Aku penuh dengan dendam dan amarah- aku, alter ego.

Alicia mengerang sakit sebaik sahaja dia membuka kelopak mata dengan perlahan-lahan. Mula-mula terasa kabur, tapi makin lama makin jelas.

" t-tempat--ni... macam k-kenal." Alicia menggumam dalam sakit. Dia terasa pedih pada muka dan seluruh badannya.

Mungkin teruk kena belasah sebelum ni.

Dia ingin menggerakkan tangannya, tetapi terkunci. Seluruh tangan dan kakinya digari pada palang besi yang penuh dengan wayar-wayar berselirat pada sebuah mesin putih besar.

Dia menoleh ke arah kanan, terlihat Ejen Bakar dengan Ejen Karya juga digari sepertinya. Mereka masih tidak sedarkan diri.

" I-ini tempat di mana kitorang ditangkap Nikki haritu!" anak mata Alicia meliar seluruh tempat itu, masih tidak berubah sepertimana mereka pernah digari dulu, tetapi tanpa wayar.

" Ejen Bakar! Ejen Karya! Bangun! Bangun!" Alicia separa berbisik dan mengharap agar mereka bangun dari pengsan. Mendengar sahaja suara Alicia, mereka berdua bagaikan tergerak-gerak sedikit jari seolah memberi respons sebelum membuka mata sepenuhnya. 

" uh- uh- Alicia... kat mana? " soal Ejen Bakar dengan suara lemahnya. 

" kau tak ingat tempat ni?"

Suara Nikki yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan mereka bertiga. Munculnya dia bersama konco-konco Uno yang lain; Dos, Trez, Seis dan Siete.

Ejen Bakar terus meliar kan anak matanya untuk melihat sekeliling sebelum tersedar sesuatu.

" I-ini tempat kauㅡ"

Nikki tersenyum sinis. " tempat yang sama, dengan mangsa tambahan seorang lagi." dia menjeling ke arah Ejen Karya yang hanya merenung tajam ke arahnya.

" mana Ali?" Ejen Karya bersuara penuh serius. Selama ini dia hanya tenang dalam semua perkara, tetapi kali ini tidak. Dalam keadaan kritikal begini, dia tahu pasti ada benda berlaku.

Serentak nama Ali diseru, bunyi tapak kasut berbunyi, lalu figura yang amat dikenali mereka keluar dari bahagian gelap itu.

Iris merahnya merenung tajam, yang mampu menaikkan aura seram bagi sesiapa yang melihatnya.

Ali sedang memakai IRIS. Itu amat merisaukan ejen senior di situ.

" Ali.."

" tunggu apa lagi? Cepat, musnahkan mereka, Ali!"

Sejurus Nikki beri arahan kepada Ali, dua jari Ali menekan sisi IRIS dan skrin jernih IRIS bercahaya sebelum ada jalur-jalur kuning emas mula membuat lingkaran cahaya pada skrin itu.

" override mode.exe, on. "

" apakah.. " mata Alicia terbeliak bila perkataan akhir Ali itu amat mengejutkannya. Nampaknya mereka telah upgrade kan lagi override mode ke tahap yang lebih bahaya.

Hingga boleh bawa maut.

Lampu berkelip-kelip laju, membuatkan kawasan di situ huru hara dengan kehadiran cahaya yang menggila. Mesin besar itu mula hidup sendiri, hingga cebisan elektrik terpercik keluar menjadi api dari celahan mesin itu.

Aliran elektrik laju mengalir ke arah wayar hingga ke palang besi di mana telah di sambungkan wayar. Kejutan elektrik maha dahsyat itu membuatkan ketiga-tiga ejen itu menjerit sakit.

" AAARRRGGGGGHHHHHHHH!!!"

Tangan Ali menggigil kuat, hingga pada bahagian dahinya mula timbul urat-urat hijau. Peluh mula merenek dari dahi.

" cukup, Ali."

Serentak Nikki berkata, mereka bertiga berhenti menjerit sakit kerana renjatan elektrik bervoltan tinggi. Ali menggenggam tangannya dan tercungap-cungap mengambil nafas.

"

c-cukup! J-jangan sek-sa A-li lagi!" Alicia terbatuk-batuk hingga mulutnya mengalirkan darah pekat. Badannya rasa berbisa kerana renjatan itu.

" adakah ini adil kalau kami sebagai Pinggiran tak boleh seksa orang Cyberaya sedangkan selama ni orang Cyberaya banyak seksa hidup orang Pinggiran?"

" apa lagi yang kau tak puas hati, hah? Tak cukup ke apa yang Doktor Ghazali telah berkhidmat, bekerjasama dengan jabatan kebajikan untuk tolong orang Pinggiran haritu? " Ejen Bakar melepaskan keluhan berat. Badannya makin lemah.

Nikki tersenyum sinis. " khidmat? Tolong kami? Dengan hanya sekali tolong beri bantuan, itu cukup ke? Lepastu, lesap! Hilang! Wujud hanya bila ada kamera depan muka, sebab tu ke? Selama ni sebab nak tunjuk baik, lepastu populariti orang atasan tu akan mencanak naik?"

" tak fikir ke, apa yang Pinggiran nak adalah sambungan elektrik yang cukup dan sumber air yang banyak! Dengan ada Azurium, aku boleh cipta benda yang berkuasa tinggi! " Nikki menggenggam tangannya. Dia menjeling tajam ke arah Ali yang hanya berdiri.

Alicia melirik ke arah Ali.

" jangan cakap yang kauㅡ " Alicia mati kata di situ.

Nikki tersenyum senget dan memeluk tubuh.

" ya, aku letak cebisan Azurium dalam IRIS Ali dan Neonimus tolong upgrade kan kuasa penggunaan IRIS, terutamanya override mode."

" oh, damn." Alicia menggumam.

" ada sesiapa seru nama aku?"

Semua berpaling ke belakang apabila satu suara garau bersuara. Ejen Karya, Ejen Bakar dan Alicia serentak mengangkat muka apabila mendengar satu suara yang amat familiar.

Dos mencekak pinggang dan tersengih sinis. " oh, kau, Neonimus. "

Hud yang menutup wajah perlahan di selak ke belakang dan ketiga-tiga ejen yang dirantai semuanya terbeliak mata tidak percaya.

" Ejen- Bobby?!"



😱

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now