misi: misteri

1.2K 88 18
                                    


nampaknya.. permainan semakin menarik..





" tunggu.. macam mana kita nak tahu pengkalan baru Uno? Aku rasa last kita nampak dia kat Akademi dulu. " Alicia menyentuh lembut bahagian bawah dagunya dan berfikir. 

Tersedar juga tida orang ejen yang lain dengan fikiran logik Alicia itu. Mereka kini berada di atas bumbung salah satu bangunan pencakar langit di tengah bandar Cyberaya. Tetapi tanpa jejak Uno itu, di mana mereka mahu pergi sekarang? 

Ali tiba-tiba terasa ngilu pada bahagian kepalanya. Mula-mula dia mampu untuk biarkan, tetapi lama-kelamaan ianya semakin mencucuk. Ali berlari sedikit jauh daripada mereka bertiga lalu terjerit kecil sambil memegang kepalanya. 

" t-tolong.. jangan se-karang.. " Ali mencengkam rambutnya bila rasa sakit itu makin menyentak kepalanya. Bagai nak naik rasa gila bila asyik menderita sakit begini. 


  musnahkan mereka! ❜


biarkan aku keluar! Aku akan ambil alih badan kau! ❜


kau lemah.. kau terlalu lemah! ❜



" b-berhenti.. cukup.. cukup! " raung Ali sekuat hati sambil tangannya terus mencengkam dan menarik kuat rambutnya.

Sumpah dia nak tahu, dari mana punca semua ni dan kenapa seolah-olah ada suara.. dalam kepalanya? Dari mana ianya wujud? Siapa yang berbisik jahat padanya? Siapa gerangan manusia yang ingin mengambil alih badannya?

" tak! Aku takkan benarkan! "

" Ali! Ali! Kenapa dengan kau ni? " bahu Ali pada tika itu digoncang kasar oleh Ejen Bakar. Sedari tadi asyik melihat kelakuan Ali yang agak aneh; asyik menyentuh sisi kepala dan tiba-tiba sahaja menjerit sendiri. 

Apa sudah anak Ghazali ini sudah tak waras? 

Panik sebentar mereka bertiga yang lain bila mendengar Ali meracau sendiri. 

" Ali. kau kenapa ni? " Alicia menepuk lengan Ali dengan kasar. 

" k-kepala aku s-sakit sangat- a-ada orang dalam kepala aku- bisik- yang dia nak ambil alih badan aku- " terang Ali tersekat-sekat.

Tetapi respon mereka hanya diam apabila mendengar Ali berkata begitu. 

" wait.. apesal, kau demam ke? Sampai meracau benda bukan-bukan siang hari ni? Patutlah dalam kelas pun lain macam aku tengok. " Alicia memeluk tubuhnya dan menggulingkan matanya ke atas. 

" kenapa tak bagitau awal-awal, Ali? " Ejen Karya menyoal lembut. 

Ali diam. Suara itu sudah hilang. Rasa sakit mencucuk tadi makin surut. Cuma rasa berdenyut tu.. ada sikit. 

" aku tak demamlah. "

" kalau kau sakit, jangan ikut misi ni. Menyusahkan je. " Alicia mengeluh dan menjeling menyampah. Alat pengesan yang dari tadi dibeleknya tidak menunjukkan tanda-tanda Uno berada di sekitar kawasan itu. 

Mendengar cemuhan itu buatkan Ali geram. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa nak bagi je buku lima ni kat anak orang. Nasib baik anak angkat General  Rama, kalau kau anak jiran sebelah rumah dah lama aku bagi ni kat kau. Monolog jelah Ali mampu. Buat tak mampu, heh.

" dah, korang ni asyik gaduh je, eish! " Ejen Bakar mencelah. 

Skrin alat pengesan Alicia itu berbunyi, dan munculnya bintik hijau pada sudut atas paling hujung dalam peta bandar Cyberaya itu. Terbuntang mata Alicia. Bila masa  benda ni boleh muncul tiba-tiba?

" jap.. ini.. "Alicia terus tekan pada bintik hijau itu, sebelum beberapa dokumen seperti gambar beberapa kawasan terdekat itu terpapar. 

Dia baru perasan. Satu nama tempat yang terpencil di hujung Cyberaya.

" Pinggiran..." 





" Neonimus..? " Cinco muncul di sebelah figura misteri tersebut. 

" nampaknya mereka dalam perjalanan ke sini. Nampaknya kerja aku yang ni senang sangat, dah berjaya. " balas Neonimus dengan sinis. 

Ya, dialah figura misteri yang memberi lokasi semasa Uno pada alat pengesan Alicia. Entah kenapa dia tak boleh perasan yang warna hijau itu lambangnya Neonimus? Perangkap sudah mengena, kini nak tinggal baham je. 

" heh, nak kalahkan Uno konon, pastu sumbat kita semua dalam lokap. " suara asing yang tak pernah muncul sebelum ini, buat kemunculan pertama semenjak hilang dari Akademi. 

Rizwan. 

Lelaki itu tenang menyumbat lolipop dalam mulut dan memeluk tubuhnya. " setakat kalahkan Uno pakai override mode IRIS tu, bolehla sembang. Ini, super ejen diorang dah tak pakai IRIS, nak sumbat kita kat lokap mana ni? Lokap kertas? opps- " sinis betul ayatnya. 

Ya, mereka dengar segala-galanya. 

Semua yang mereka rancangkan dalam bilik kawalan tersebut. 




365 of 365 pages:

last update for 2019 ;) till we meet again next year buddies. 



Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now