misi: atlas

1.7K 132 24
                                    

Malam itu seperti biasa Ali hanya terperap dalam bilik dengan meluangkan masanya dengan bermain game bersama Viktor seperti yang sudah dijanjikan.

Bukan, mereka bermain selepas pulang dari sekolahㅡ hingga malam.

" wuhu! Yeah, akhirnya kita dah dapat kalahkan boss dapat dapat grand prize Super Duper Split Mega Combo Award! " Viktor di talian menjerit gembira lalu ketawa.

Begitu juga dengan Ali.

" eh, sudah habiskan? Baiklah, aku mahu siapkan kerja sekolah yang Puan Munah bagi siang tadi. "

" eh, kan kerja sekolah tu cikgu nak minggu depan? Ala, kejaplah Viktor. Nanti kita buat sama-sama okey? " Ali mencebik bibirnya. Baru teringat tenang kerja sekolah yang guru kelasnya bagi tadi.

Ceit. Spoil mood betullah.

" haiya! Kau tu kalau bab-bab begini suka tangguh. Kerja sekolah tak boleh tangguh mah! Perlu habiskan cepat-cepat! Kau tahu kan nanti kita akan jalani peperiksaan besar? Atau kau nak stay lagi tahun depan macam Boy? "

Ali ketawa kecil mendengar bebelan Viktor itu. Bukannya malas, tapi- dia takdak mood nak buat semua ni.

Berbeza kan?

" ah, takpelah. Kau buat lah dulu. Nanti aku siapkan lah. " Ali mula mengubah posisi baringnya. " aku nak bagi Comot makan ni. Lapar pulak kucing aku tu. "

" ha okey, okey! Paper roger! Cau! "

Talian dimatikan.

Tanpa berlengah, Ali terus turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Kelihatan Comot sedang tidur bersebelahan mangkuknya yang kosong.

Rasa bersalah pula Ali dibuatnya. Sedar dari siang tadi, lepas pulang dari sekolah dia terlalu leka dengan game  hingga tak sedar dah malam.

" Comot, " panggil Ali lembut. Tangannya mengusap kepala kucing itu dengan perlahan.

Kucing kesayangannya itu terasa diganggu, terus membuka matanya. Melihat Ali kini dihadapannya, terus dia bangun dan menggeliat. Badannya kini bergesel dengan kaki Ali.

" maafkan aku Comot. Aku biarkan kau lapar dari siang tadi. "

" meow! "

Ali bangun lalu mengambil makanan kucing yang berada dalam kabinet. Dituangnya makanan kucing itu ke dalam mangkuk Comot.

" makan bagi kenyang tau Comot! Nanti naik atas, teman aku eh? "

Ali terus meninggalkan ruangan dapur. Sempat lagi dia menjeling ke arah jam dinding.

9.00 malam.

Ali mengeluh.

Sekarang ni mesti mereka tengah jalankan misi berkaitan letupan bangunan sana.

" takpalah. Lain kali jelah. "








" Comot, aku tahu kau pun bosan. Haih, bilalah aku boleh dapat balik IRIS tu? " Ali merenung siling dengan pandangan kosong. Satu keluhan kecil dilepaskan.

" meow? "

" aish, tapi... MATA dah dapat tarik balik IRIS tu dari aku. Tapi, kes dulu tu bukannya aku sengaja belot! Aku cuma nak tolong kawan mamaㅡ "

Imbasan memori lalu di mana dia bekerjasama dengan Nikki dengan mendapatkan Azurium untuk melengkapkan keperluan orang Pinggiran.

" tapi aku tak sangka pula jadi macam ni. Tak sangka dia yang bunuh mamaㅡ "

" meow... "

" jangan tengok apa yang kau dah hilang je! Tengok apa yang ada depan mata! Aku ni, mak ayah dua-dua dah takde! "

Suara Alicia terngiang-ngiang dalam memorinya. Ali tersentak.

" tapi aku bersyukur, General Rama jaga aku macam anaknya sendiri. "

Ali terus bangun dari posisi baringnya. Teringat kembali kata-kata Alicia yang sedikit sebanyak telah menyedarkannya, sekaligus membuka matanya.

" meow! "

Ali tersentak dan terus mencari suara Comot itu. Kucing bertompok pada bahagian kaki itu bertenggek di atas sebuah kotak bersebelahan rak bukunya.

Kaki depan kucing itu menepuk-nepuk permukaan kotak itu perlahan, seolah-olah memberinya satu petunjuk.

" Comot? Apa tu? " Ali terus bangkit lalu berjalan ke arah Comot.

Kucing itu melompat turun dari kotak untuk memberi ruang kepada Ali supaya membuka kotak tersebut.

" apa dalam ni, Comot? "

Kotak itu dibuka.

" A-atlas? "

IRIS Atlas.

Ciptaan Ali sendiri semasa di Akedemi dahulu.

Ciptaan kecil ini merupakan peranti sambungan bagi input utama pada Atlas, iaitu IRIS.

Tetapi alat itu hanya berfungsi apabila IRIS dihidupkan.

Sekarang, IRIS tak ada, bagaimana nak guna?

" kau nak suruh aku buat apa sebenarnya ni, Comot? "

" meow! "

Ali berfikir sejenak.

" oh! Kau nak aku ubah suai benda ni supaya berfungsi macam IRIS? "

" mEOW! " Comot mengangguk.

Ali tersenyum sendiri. Ada kucing genetik luar biasa ini sangat buatkan hidupnya mempunyai peneman, dan bagi idea!

" meow! "




buku aku ni, dia berkait rapat dengan EA musim 1, 2 dan Movie: Misi: Neo.

So, kalau korang tak tengok lagi movie or musim, takut tak faham and can cause this is A HELLA BIG SPOILER bagi sesiapa yang tengok movie lagi.

Sumpah best wey movie dia pergila tengok cepat ii 😭❤

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now