misi: satria

1.9K 134 4
                                    

" kita... kembali? Ke sini? "

Dos yang berjalan di hadapan Nikki hanya tersenyum segaris mendengar soalan itu.

" ya, Pinggiran. Lepas markas kitorang dah dimusnahkan, kitorang pindah ke sini sementara mencari tempat persembunyian yang lain. " Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah rumah usang di antara rumah-rumah tersebut.

Persekitaraan di kawasan terpencil itu lenggang. Tiada orang yang lalu di situ. Tak hairanlah kalau di situ merupakan tempat persembunyian mereka.

" tengok, lepas serangan pemberontakan kau, datuk bandar terbukalah mata sikit nak tengok kawasan pinggir bandar ni. Kau tengok, keadaan sini nampak sedikit berubah. "

Nikki tidak berkelip memandang keadaan sekelilingnya. Dia agak kagum dengan sedikit perubahan pada kawasan pinggiran ini.

Nampak tidak terlalu... kesian.

" itupun, hanya mampu beri bantuan keperluan hidup dan sambungan eletrik dengan air jelah. Aku rasa kalau kau memberontak lagi, heh, mesti diorang akan buka mata lagi pada tempat ni. " Dos ketawa sinis pada hujung kata.

Mereka sampai di tingkat dua pada rumah usang itu. Pintu di hadapan ditolak perlahan.

" dah sedia berjumpa ketua baru kau? " Dos tersenyum senget lalu memandang Nikki yang tidak bereaksi.

Tidak menunggu sebarang jawapan, Dos tidak mengendahkannya lalu pintu dengan luas.

" Uno, "

Satu nama asing pada pendengaran Nikki. " U-Uno? "

Kerusi yang membelakangi mereka berdua perlahan-lahan berpusing. Lelaki berbadan dengan dengan bertopeng kaca hitam itu perlahan-lahan menanggalkan topengnya.

" huh, bagus, Dos. " Uno itu tersenyum puas. Anak matanya galak merenung orang baru yang masuk ke dalam kumpulan mereka.

Dos tersenyum sinis. Dia berjalan menuju ke sebelah Cinco yang sibuk dengan tabletnya.

Nikki mengepal penumpuk. Peluh menitis dari dahi, giginya digertap. Dia sedia berlawan bila rasakan semua ini ada tujuan di sebaliknya.

" apa yang kau nak dari aku? " Nikki berani bertanya.

Uno tersenyum seperti puas hati dengan keberanian Nikki.

" aku berterus terang jelah. Kau memang berpotensi berlawan. " Uno bangun dari kerusinya lalu berjalan perlahan menuju ke arah Nikki.

Nikki pula berundur beberapa tapak apabila Uno semakin mendekati dirinya.

" kalau kau berganding bahu dengan kitorang, kau akan dapat IRIS tu, dan sama-sama akan dapatkan hak ke atas Pinggiran sepenuhnya. "



Deringan telefon mengejutkan lena Ali yang enak dibuai mimpi. Terkejut dia dibuatnya. Lantas, telefon dicapai dan melihat nama yang tertera pada skrin.

" A-Alicia? " Ali menggosokkan matanya tanda tidak percaya.

Butang hijau ditekan lalu ditekapkan pada telinganya.

" Ali! Mana kau? "

Jeritan Alicia itu buatkan Ali menjarakkan telefon dari telinganya . Bingit betul. Nasib baik tak pecah gegendang telinganya.

" eish, aku kat rumah lah. Kenapa kau kejut aku pagi-pagi macam ni? " Ali menguap.

" pagi kau kata? Ini dah nak dekat pukul 1 dan kau masih tidur di atas katil lagi? " suara Alicia yang menjerit di hujung talian terus menyedarkan Ali dari mamai nya.

Jam dinding dikerling sekilas.

12.45 p.m.

" oh shootㅡ " Ali menggumam.

" cepat bersiap, dan datang segera ke MATA! General dan ketua teras nak jumpa kau! Sekarang! "

TUTㅡ panggilan dimatikan.

" ge-general? Ke-ketua teras? Nak jumpa aku? " Ali meneguk liurnya yang terasa kesat pada kerongkongnya itu.

Tanpa berlengah, dia terus bangun lalu menuju ke bilik air untuk bersiap.


" dey! Sudah lambat mahu lenggang lagi ka? " suara General meninggi sebaik sahaja Ali sampai di bilik kawalan MATA dengan tercungap-cungap.

Pada masa yang sama, dia berasa gementar kerana di situ terdapat ketua teras, Ejen Dayang dan Ejen Ganz. Termasuk mentor-mentor setiap teras masing-masing.

" ini budak memang nak kena ajㅡ "

" sabar, Ganz. Jangan terlalu berkeras dengan dia ni. Kita datang sini untuk berikan dia sesuatu, bukannya menghukum dia lagi! " Ejen Dayang cepat-cepat meredakan api amarah Ejen Ganz yang sememangnya seorang yang cepat marah.

Ejen Ganz memeluk tubuhnya dan menrengus marah.

" err, maaf semua. " Ali pula takut-takut apabila hanya dia seorang ejen muda di situ.

Mana Alicia?

Adakah dia seorang sahaja di sini? Adakah dia akan dihukum lagi atas perbuatan haritu?

Tidak cukupkah mereka pisahkan IRIS darinya?

" sudah! Kamu diminta ke sini kerana kami ingin memberi kamu sesuatu. " General Rama mula berkata pada tujuan utama Ali ke MATA. " oleh kerana IRIS sudah kami pisahkan data dari kamu dan menghentikan projek itu, maka kamu tiada lagi gajet yang boleh membantu kamu. "

" tetapi! " General Rama memandang ketua teras dan mentor-mentor teras Akademi dengan pandangan penuh makna. Mereka yang faham, hanya megangguk.

Ejen Dayang menekan butang pada pancaran hologram.

Bebola besi muncul di sisi Ali. Cahaya biru itu mula memancarkan sesuatu pada badan Ali.

Sut merah yang dipakai bertukar kepada sut baharu.

Berwarna putih.

Terpampang Ali dibuatnya. Rekaan sut baru itu menarik perhatiannya dan terlihat sangat gah sekali.

" i-iniㅡ "

" Sut ini dilengkapi teknologi tambahan yang setanding dengan IRIS. Dengan ini, kamu dapat berlawan tanpa perlu bergantung pada IRIS lagi. " General Rama menerangkan semuanya. " sut ini boleh menajamkan skill lawan kamu. Supaya menjadi super ejen walaupun tidak memakai IRIS. "

" ini... Sut Satria. "



sut satria aku hanya gambarkan berdasarkan di Twitter dan cerita kawan aku. Err- aku tak tengok last scene haritu ha ha ha -

dan fungsi sut satria yang sebenarnya aku tak tahu. Ini hanya fiksyen dan dari pemahaman aku je. Just tunggu EA musim 3, adalah kot pakai sut tu gantikan IRIS.




Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon