misi: menang

1.5K 95 24
                                    

ARRRRGGGGHHHHHHH!!!

urat-urat di muka dan leher mula menimbul. Ianya berwarna hitam, amat mengerikan bagi sesiapa yang tengok. Jauh beza warna ungu atau hijau yang biasa dilihat sebelum ini.

Semua ejen yang melihat mula ketakutan. Ejen muda nampaknya saling merapati dan memegang tangan antara satu sama lain. Ketua teras dan mentor, hanya tenang. Bersedia untuk bertindak.

" jangan seksa Ali lagi!" Mika menjerit.

" itu yang tujuan kitorang pun!" Niki mengeluarkan IRIS Ali dari dalam poket seluarnya, dan membaling ke arah Ali untuk ditangkap.

" jangan!" semua ejen muda menjerit apabila IRIS itu berterbangan, dalam jarak hampir beberapa meter sahaja akan sampai pada tangan Ali.

Dan mereka tahu, mod Override akan diaktifkan secara maksimum dan dunia Cyberaya akan musnah!

" mrrrreeeawww!"

Comot muncul dari penyamarannya, melompat sebelum dia menggigit untuk merampas IRIS tersebut. Comot mendarat di atas R-O dan dengan laju bergerak mendekati Khai di sisi Ejen Ganz.

" apakah?!" Uno mengertap giginya dan melibas pedang azurium ke arah satria. Sut besi itu pantas mengelak sebelum dia mengaktifkan peluru yang keluar dari lengannya dan menembak pada Uno.

Kelajuan peluru dalam kelajuan 0.07m sesaat itu tidak sempat dielak oleh Uno menyebabkan beberapa peluru itu terkena pada badannya.

Uno jatuh dan mengerang sakit.

Silap betul dia tak pakai topengnya dari awal. Satu, sebab topengnya ada sistem macam IRIS. Dan dua, keadaannya yang agak lemah kerana pernah dibelasah teruk oleh Rudy tadi.

Niki menrengus marah. Nampaknya hanya tinggal dia dan Ali untuk bertarung dengan mereka semua ni.

" Ali, serang!"

Ali memusingkan yoyonya lalu membaling ke arah target yang ada di depan mata.

Yoyonya mengenai Zass yang terleka. Jejaka kurus dan tinggi lampai itu pengsan di situ.

Niki mengambil peluang untuk mengaktifkan super aeroboots tersebut sebelum melompat untuk menyerang Mika.

Tangan kombat Mika pecah akibat tidak mampu menampung tekanan super aeroboots besi Niki. Mata Mika mengecil, tidak percaya.

Niki menumbuk muka Mika dengan kuat. Dengan sekali tumbukan, Mika tumbang. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Tumbukan kuat Niki kerana tangan besi nya memang tidak mampu ditanggung sakitnya oleh manusia golongan kanak-kanak.

" M-Mika? Zass..." Khai bersembunyi di belakang Ejen Ganz yang memeluk tubuh. Dia takut bila melihat keadaan semua kawan-kawannya pengsan tak sedarkan diri atas tanah.

" bagi balik IRIS tu.. atau.." Niki menghulurkan tangannya ke arah Khai, meminta kembali IRIS yang kini berada dalam genggaman Khai.

Ejen Ganz tidak lagi ingin berdiam diri, terus menangkap tangan Niki. Niki lebih laju, menahan tangan Ganz dari terus melakukan serangan.

Ejen Ganz sedikit terkejut.

" Dayang!"

Ejen Dayang mengangguk, lalu menghalakan tangannya ke arah Niki dengan bebola magnet tetapi dalam masa tiga saat, bebola magnet itu kerana tendangan Ali.

Ejen Dayang terkejut. Dia tidak sempat mempertahankan diri bila Ali melepaskan tendangan padu, dengan mengaktifkan aerobootsnya dan menendang muka wanita itu tanpa belas kasihan.

Niki mengambil peluang dengan memusing kan lengan Ejen Ganz ke belakang dan menendang belakang lutut lelaki itu hingga terjelepok ke depan. Ali memusing kan yoyonya dan membaling ke arah Ejen Ganz, bertalu-talu.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now