misi: Ali

1.7K 103 35
                                    

" l-lepaskan aku! " Ali tercungap-cungap. Badannya makin lemah, dengan keadaannya yang kaku, tidak boleh bergerak. Seperti ada rantai besi halimunan yang mengikat badannya. Nafasnya makin sesak. 

" diam! " suara garau itu mengherdik Ali. 

Itulah diri Ali yang lain, yang kini mengawal badan Ali. Pendek kata, itu sifat berlawanan Ali, yang penuh dendam dan amarah membuak-buak. Orang kata, reverse side

" apa yang kau dah buat dengan kawan-kawan aku? Lepaskan diorang! Kenapa kau perlu ikut cakap Nikki? " Ali menggenggam penumbuknya, berusaha untuk melepaskan diri tetapi tetap gagal. 

Diri Ali yang lain ketawa sinis. 

" 'kawan-kawan' kau? Orang yang selalu label kau tak guna, menyusahkan, mendesak kau keluar dari MATA dan marah kau selalu tu yang kau panggil kawan? Kawan apa yang layan  kau macam sampah?! " dia berpaling lalu mendekati Ali. Tangannya laju mencengkam pipi Ali. Jarinya menekan tulang pipi Ali hingga dia mengerang sakit. " kau soal kenapa aku ikut arahan Nikki? Bukan ke sebelum  ni kau sendiri yang nak ikut Nikki, berpakat nak curi Azurium tu dan kononnya jadi hero sementara pada Pinggiran?

Ali mati kata. Apa yang sifat dendamnya itu membalas semuanya betul-betul belaka. 

" kau tak ingat, bila mana aku mengawal kau masa gaduh dengan Alicia tentang Dato' Othman haritu? Kau siap kata tak nak jadi ejen lagi, end up kau sendiri yang back up Dato' Othman dan lawan Nikki?

" i-itu semua plan Nikki! Dia yang rancang pasang perangkap untuk aku! " 

" itu semua sebab kau yang terlalu mudah percaya pada orang luar! Kau tahu, dunia sekarang kau tak boleh percaya pada sesiapa lagi, kau perlu berdikari dari terus mempercayai orang lain! " cengkaman pada pipi dilepaskan kasar. " termasuk diri kau! Sifat kau! Personaliti dalaman kau! Apa yang kau fikir, badan kau cuma ada kau sorang untuk mengawalnya? Kau lupa, kau ada dark side yang tersembunyi Ali! Tapi sekarang, aku bebas! Aku bermaharajalela badan kau untuk membalas dendam untuk kau!

Air mata Ali mengalir deras. Tangannya cuba digerakkan untuk mencapai badan dirinya yang lain, tetapi tidak sampai kerana dirantai. Dia terkesan dengan perkataan dirinya yang lain pada dirinya. Ali akui, dia terlalu naif untuk jadi seorang ejen, untuk menjadi superhero di Cyberaya bilamana sifat dalaman sendiri tidak mampu dia kawal. 

Ali kalah. Kalah dalam sifat dendamnya kerana telah tersakiti. :v

" kau.. pengkhianat! " Ejen Bakar menghambur pada Ejen Bobby yang tersenyum sinis. Lelaki itu masih berdiri sambil memeluk tubuhnya.

" aku pengkhianat? Heh, selama ni aku tak pernah berpihak pada MATA pun, Bakar. Macam Cinco." dia menjeling Cinco yang juga menjelingnya.

" k-kenapa semua orang dalam MATA semua nak belot?! Lepas Jenny, Ejen Rizwan, lepas tu.." Alicia terdiam. Dia memandang Ali yang masih tidak bereaksi.

Alicia tahu, perbuatan Ali yang lepas bukanlah bermakna nak membelakangi MATA dan membantu Pinggiran, tapi cara dia tetap salah.

" kau tahu, MATA ada ramai musuh. Kadang, musuh yang berlakon sebagai ejen MATA hanya nak musnahkan dari dalam dan dapatkan semua rahsia mengenai MATA demi menghancurkan agensi Dato' Othman tu. Lelaki tua itu patutnya mampus dikerjakan Nikki haritu tapi tak berjaya. " Ejen Bobby mendekati Ali dan mengusap perlahan bahu kanak-kanak yang hanya diam. Iris merahnya tajam menikam pada ketiga-tiga musuh yang dirantai.

Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz