***

"Kau buat apa dekat sini?"

Tanya Amirul sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya sendiri. Mendengarkan pertanyaan itu, Haziq meletakkan semula rubik berwarna yang dipegang tadi ke atas meja. Matanya melihat nota-nota yang bertampal kemas sebelum dia bertanya,

"Kau ada nampak Awina?"

Dahi Amirul berkerut sedikit. Tiba-tiba saja Haziq bertanya soalan yang tiada konteks padanya.

"Tak ada. Kenapa?"

Langkah kakinya tadi diteruskan lalu dia melabuhkan punggungnya pada birai katil. Dia kembali memandang Haziq yang masih berdiri pada meja tulis yang tidak jauh darinya.

"Aku tak jumpa dia. Dah hampir tiga hari. Setahu aku, kita tak ada misi apa-apa."

"Misi sulit, mungkin?"

Sangkal Amirul menolak segala kemungkinan yang ada pada fikiran Haziq.

"Tak apalah."

Jawab Haziq yang kemudiannya pergi meninggalkan budak baru yang sudah tentu tidak tahu apa-apa. Haziq terus melangkah laju ke arah bilik Dr Asma. Mungkin doktor itu ada jawapan untuk dirinya.

"Dr Asma ada?"

Tanyanya sebaik sahaja dia sampai di bilik makmal dan ujikaji itu. Cik Sarah yang memegang dua tabung uji ditangannya hanya menggeleng laju. Tidak sempat dia bertanya lanjut, Haziq terus menghilangkan diri.

Langkahnya laju melewati koridor-koridor itu sehinggalah dia ternampak kelibat Prof Arhan dari jauh.

"Prof! Prof Arhan! Tunggu!"

Panggil Haziq berlari bagi mendapatkan ketuanya. Prof Arhan menghentikan langkahnya lalu berpaling menghadap Haziq. Keningnya sedikit terangkat seolah-olah bertanya apa yang Haziq mahukan.

"Bila kita akan selamatkan Imran?"

Soalan lain pula yang secara automatik keluar.

"Sejak bila kau mula kisahkan pasal dia?"

Tanya Prof Arhan sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. Haziq hanya diam tidak menjawab. Prof Arhan tidak bertanya lanjut.

"No need to save him. He'll return soon."

Prof Arhan terus menyambung langkah yang dihentikan oleh Haziq sebentar tadi. Haziq menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal. Soalan lain yang ditanya sedangkan dia sedikit pun tidak kisah dengan Imran yang sangatlah menjengkelkan bagi dirinya itu.

Haziq akhirnya mengubah tapaknya ke laluan yang bertentangan dengan Prof Arhan. Mindanya masih ligat memikirkan dimana keberadaan kakak kembarnya itu. Kakinya disusun ke arah bilik Awina.

GEDEBUK!

Bunyi barang jatuh dari bilik Awina membuatkan Haziq melajukan langkahnya.

"Awina!"

Panggil Haziq sebaik sahaja dia sampai dibilik itu. Kelihatan Awina berdiri menghadap meja yang ada namun habis segala buku-buku berterabur di atas lantai. Nafas Awina sedikit mencungap. Dadanya berombak kencang.

"Kenapa? Kau okay tak ni?"

Tanya Haziq datang mendekati. Cuba untuk menenangkan gadis itu. Awina mengangkat tangan kirinya bagi menutup pintu dengan mengunakan kuasa yang ada. Dia langsung terduduk pada tilam katilnya sambil memejamkan mata. Kadar penafasan masih sama. Laju dan berat.

"Wina. Kau kenapa ni?"

Haziq bingung melihat Awina yang masih mendiamkan diri tidak mempedulikan dirinya.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now