Part 33

278 36 8
                                    

"Jumpa apa-apa?"

Tanya Arman yang masih terus mencari. Tangannya mengusik segala benda yang berhabuk penuh debu kotor. Sepertinya tempat tersebut memang benar-benar telah ditinggalkan sekian lama. Iqbal fokus tidak menjawab, matanya meneliti setiap inci setiap sudut bahagian pencariannya. Sehinggalah dia terpegang besi rak hitam yang mempunyai suis dibelakangnya.

"Arman! Sini."

Panggilan Iqbal mematikan pencarian Arman. Dia terus menuju ke arah Iqbal. Suis tadi ditekan. Lantas rak besi itu perlahan beralih ke tepi. Membuka satu pintu masuk ke tempat yang lain.

"Pintu masuk ke makmal telah dijumpai."

Kata Arman memaklumkan ibu pejabat. Semua yang berada disana melepaskan nafas lega. Arman dan Iqbal terus masuk melalui lorong gelap itu.

***

Azra meletakkan dulang berisi pil-pil kajiannya yang pelbagai saiz itu di atas meja. Dia mengeluh kecil, menggeleng perlahan. Masih gagal, ada bahan yang kurang namun Azra tidak tahu bahan apakah yang diperlukan lagi.

Pintu automatik itu terbuka lalu memunculkan Hafiz dengan senyuman yang lebar bersama tongkat yang setia pada kiri dan kanannya. Azra menoleh tergelak kecil.

"Hafiz, kau dah boleh pakai sebelah tongkat aje kan? Saje je gatal nak pakai sampai dua lagi."

Tergelak besar Hafiz mendengar kata-kata Azra.

"Aku saja je, berlakon sakit. Kalau tak, aku tak dapat nak jumpa kau. Kau buat apa sebenarnya ni?"

Kerusi pusing ditarik oleh Hafiz lalu duduk menghadap bahan-bahan ujikaji yang ada. Jarinya sesekali mengusik-usik balang kaca yang tersusun rapi. Azra menghadap pil kajian itu tadi. Wajahnya sedikit sunggul. Hafiz lantas memandang Azra yang tiba-tiba sahaja mendiamkan diri.

"Azra?"

Azra menoleh saat namanya dipanggil.

"Kau okay?"

Azra mengetap bibir. Cuba mencari ayat.

"Aku tak sedap hatilah, Hafiz. Aku cuba panggil Arman dengan Iqbal. Tapi tak ada jawapan. Kosong. Bukan sebab dia berdua tak jawab aku, tapi seolah-olah mereka tak ada berdekatan."

Wajah Hafiz berubah serius.

"Sejak bila kau cuba?"

"Sejak tadi. Lepas abang aku ambil handphone aku."

"Hmmm. Aku terdengar tadi dekat koridor, ada pegawai tu cakap harini ada misi penting tengah dijalankan."

"Misi apa?"

Hafiz mengangkat bahu tanda tidak tahu. Azra mengeluh lagi. Dia tahu abangnya pasti ada merahsiakan sesuatu. Abangnya memang tidak pandai menipu sejak dari dulu lagi.

"Um, apa kata kau tolong pulihkan dulu kaki aku?"

Hafiz menunjukkan kakinya pada Azra. Gadis itu terus duduk lalu memulakan perubatannya. Tinggal sedikit saja lagi retakan yang ada, jadi Azra segera membantu Hafiz supaya retakan itu pulih semula seperti biasa. Hafiz mengeluarkan telefon bimbitnya sebaik sahaja Azra menghabiskan rawatan.

"Aku tak tahu mereka buat apa dekat sini. Tapi kau tak rasa ke yang kita berdua pun patut ada dekat situ sekali?"

Skrin telefon ditunjukkan pada Azra. Bulat mata gadis itu melihat dua titik merah berada pada tempat yang sama. Lebih jauh dari tempat mereka berdua sekarang.

"Yang ni..."

"Yes. Its them. Mereka berdua nampak agak pelik sejak kejadian hari tu. Jadi aku rasa, mereka berdua ada rancangan sendiri tanpa melibatkan kita."

NOXIOUSWhere stories live. Discover now