Part 14

753 72 3
                                    

"After 16 years. We finally get to meet each other again."

Ucapan permulaan dari Prof Ammar mematikan suasana sunyi di dalam bilik mesyuarat itu. Berkumpul kesemua penjaga mereka. Puan Aisyah dan Encik Zaini, ibubapa Iqbal. Encik Khairy dan Puan Aini, ibubapa Azra. Prof Asyraf, penjaga Hana. Dr. Azlina, kakak Hafiz. Puan Khalida dan Encik Fairuz, ibubapa Arman. Prof Irfan tidak terkecuali.

"Whatever happens, kita mesti lindungi Amordite tu. Once complete, destroys it. Jangan sampai terlepas ke tangan dia."

Dr. Azlina bersuara. Dia menyilangkan tangannya lalu bersandar kebelakang.

"Amordite dah bertebaran diseluruh kawasan ni. We are lucky enough to have arwah Hasif's lock on that day supaya dia tak tersebar jauh. The problem is, how are we going to find it before he does?"

Puan Khalida bersuara. Memandang wajah teman-teman seperjuangannya dulu.

"Is he really coming for it? Dia dah hilang macam tu saja. No trace of him throughout these 16 years."

"We don't know. We need to be extra careful from now on."

Pertanyaan Puan Aini dijawab pantas oleh Encik Fairuz. Masing-masing sudah tahu akan tibanya hari dimana anak-anak terpilih ini diuji dengan ujian yang sepatutnya bukan tanggungjawab mereka. Puan Aisyah memandang Prof Ammar, lalu bertanya.

"Berapa banyak yang dah terkumpul?"

"16."

"We still have lots of pieces to find. Mereka dah bersedia?"

"Well, the latest Amordite di keluarkan dengan mudah oleh Hana Adriana. Anak kepada arwah Amelia dan Hasif. She is the one that have power to see the Amordite and easily extract them from a human body."

"And then? Kenapa masih cuma 16?"

Prof Ammar terdiam, memandang Prof Asyraf memberi laluan supaya dia bersuara.

"Hana berdepan dengan light and dark magic. Kalau kita tersilap she would turns to dark. Hana adalah satu-satunya penjaga Amordite. She holds great power within herself. Dia sendiri dah ada 3 dark self that breaks when shes weak. Our top priority to protects her from him."

"It has been a long time since I used my magic."

Puan Aisyah bersuara gusar. Terkenang kisah lama sewaktu arwah suaminya dulu terkorban saat cuba menyelamatkan Iqbal dan juga dirinya. Encik Zaini mengusap lembut bahu isterinya, cuba menenangkan trauma yang muncul kembali. Meskipun dia cuma manusia biasa, tidak punya kelebihan istimewa.

"Kita perlu bertindak!"

Prof Irfan bersuara tegas.

***

"Sini. Cepatlah."

Azra menarik tangan Hana yang masih ragu-ragu mengikutinya. Sampai sahaja dikaki menara air Hana berhenti.

"Ni kawasan laranganlah Azra."

Tangannya ditarik semula. Azra berhenti melangkah. Dia berpatah semula ke arah Hana sambil senyuman manis diukir mesra.

"Tak ada kawasan larangan untuk kita. Jom. It will be fun."

"Naik tangga mana ada fun!"

"Okay, kalau macam tu kita naik ikut jalan lain."

"Jalan mana?"

"Just trust me. Okay?"

Janji Azra menghulurkan tangannya. Reaksi Hana sedikit cuak jelas terpamer diwajahnya. Takut-takut tangan Hana mencapai tangan Azra. Digenggam tangan Hana kemas lalu Azra membuka langkah bersedia.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now