Part 23

520 50 3
                                    

Suasana riuh rendah di sekitar kawasan cafe. Hana membawa dulang makanannya sambil mencari-cari kelibat Hafiz dan Iqbal. Setelah beberapa langkah jauh dari keriuhan tadi, barulah Hana terpandang akan lambaian Hafiz yang tidak jauh dari situ. Segera dia mara ke arah mereka berdua.

"Beli apa Hana?"

Seloroh Hafiz terus mengintai dulang Hana. Hana tersenyum kecil.

"Nasi goreng tomyam dengan hot mocha. Minum air panas aje lah malam ni."

Iqbal juga secara tak langsung juga turut sama mengintai makanan Hana.

"Kenapa tak beli mee kari?"

Tiba-tiba Iqbal bersuara. Hana berpaling memandang barisan panjang di kaunter sup.

"Aku nak mee kari tapi beratur panjang sangat. Letih nak tunggu. Semua orang nak makan mee kari kot malam ni."

Sungut Hana sebaik sahaja dia memandang semula ke arah makanan yang sedia terhidang. Hafiz tergelak sendiri melihat Hana memuncungkan bibirnya.

"Takpe lah. Malam esok ada lagi."

Pujuk Hafiz mencapai sudu garfu lalu terus menceduk bagi memulakan suapan pertamanya. Iqbal menjeling. Kedua tangannya diangkat paras bawah dada.

"Baca doa makan dulu."

"Hehehe. Okay-okay."

Balas Hafiz meletakkan sudu garfunya semula. Iqbal memulakan bacaan doa. Sesudah itu mereka bertiga meneruskan suapan masing-masing.

***

"Arman!"

Panggil Azra dari jauh. Melihatkan Arman tidak menoleh, dia tahu Arman pasti sedang leka menghafal nota ataupun mendengar lagu. Langkahnya dilajukan bagi setanding dengan langkah Arman. Namun secara tiba-tiba Azra mendapat satu idea. Bibirnya segera mengukir senyuman nakal.

Arman leka mendengar lagu sambil menghafal notanya. Ujian malam ini merangkumi 5 bab sekali gus. Pasti soalan-soalan tersebut kebanyakkannya susah. Dia perlu lulus ujian ini bagi menstabilkan semula markah penilaian yang sedia ada. Namun kemudian dia terasa seperti ada seseorang sedang mengekorinya. Arman terus mematikan langkah. Diturunkan headphonenya lalu menoleh kebelakang. Sunyi. Tiada sesiapa pun dibelakangnya. Lalu dia memandang kedepan semula.

"Warghhhhh!!!!!!!!"

Jerit Arman menginjak setapak ke belakang. Kedua tangannya terus bertindak sebagai pertahanan. Terkejut melihat lembaga berambut panjang menutupi muka tepat berada dihadapannya.

"Hahahaha!!"

Lembaga tersebut meletup ketawa melihat aksi terkejut Arman. Tangannya menguis rambut hitamnya kebelakang telinga mendedahkan rupa sebenarnya sambil galak ketawa.

Nafas Arman sedikit mencungap kerana masih terkejut. Hilang terus ke-macho-an yang sering ditunjuk apabila Azra bertindak menakutkannya sebegitu.

"Azra!"

Marah Arman bengang. Azra masih tidak boleh berhenti ketawa. Pertama kali dia melihat wajah terkejut beruk milik Arman. Namun gadis itu perlahan-lahan cuba menghentikan tawanya.

"My. My. Did I scare you?"

Tanya Azra setelah tawanya reda. Arman berpura-pura membetulkan rambutnya lalu melangkah pergi. Segan dengan reaksi spontan tadi. Azra ketawa lagi lalu terus berjalan disebelah Arman.

"Arman? Marah aku ke?"

Tanya Azra setelah Arman hanya diam tidak bersuara. Soalan Azra dibiarkan berlalu. Langkahnya tetap diteruskan menuju ke kelas. Azra mula dihurung rasa bersalah.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now