Part 28

418 50 11
                                    

"Urghhh!!!"

Arman jatuh melutut. Mulutnya menghaburkan darah pekat. Badannya penuh dengan jarum-jarum merah yang mencucuk dalam. Amirul tersenyum nipis. Memperlekahkan kekuatan Arman yang sudah sampai ke penghujungnya.

Jarum-jarum halus muncul semula. Kali ini perlahan-lahan bercantum menjadi menjadi tiga batang tombak yang tajam menghala tepat ke arah Arman. Arman menggagahkan dirinya untuk bangun. Amirul jauh berkali ganda lebih kuat darinya. Namun kuasa itu penuh dengan aura kegelapan yang amat menakutkan.

Tombak tajam tadi meluncur laju ke arah Arman. Tangan kiri Arman diangkat untuk membuka perisai kristal hijau miliknya. Mata Arman membesar. Jantungnya seakan terhenti saat kuasanya langsung tidak dapat disalurkan seperti biasa. Amirul tersengih mengejek. Jarum-jarumnya telah berjaya menghalang aliran-aliran kuasa pada badan Arman. Ketua mereka akan berjaya dihapuskan.

BOOMMMMMM!!!!!

Tiga tombak besi merah menikam kuat ke lantai bumi. Memecahkan tanah menjadi ketulan kecil dan besar yang tidak sekata. Debu-debu pekat terbang naik ke udara. Amirul tersenyum puas. Misinya berjaya. Namun sesaat kemudian, satu sinaran merah menyilaukan mata muncul membelah debu-debu tadi. Sebilah pedang laju terbang menerpa ke arahnya. Amirul panik, dia tidak sempat berbuat apa-apa. Dengan pantas pedang merah tu menusuk terus melalui dada Amirul. Tepat menembusi jantungnya.

"Releris!"

Habis hilang debu-debu pekat tadi sebaik sahaja Hana menyebut kata magis itu. Disebelahnya terpaut Arman yang juga masih terkejut dengan situasi yang berlaku. Amirul jatuh terbaring. Nafasnya berhenti. Sangkaan Arman yang berjaya dibunuh telah bertukar menjadi sebaliknya.

"Hana?"

Arman menoleh ke arah Hana yang cuma memandang kosong tidak berperasaan. Tangan Arman yang berpaut pada bahunya dialih perlahan. Hana berjalan ke arah tubuh Amirul yang kaku. Dicabut pedang merahnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kemudian dia berjalan semula ke arah Arman.

"Aku bawak kau ke tempat Azra."

Arman tidak menyahut. Tangan kanan Arman diambil lalu dipautkan semula ke bahunya. Dibawa ke tempat Azra yang terbaring lesu.

"Azra!!"

Pantas Arman menerpa ke arah rakannya. Hana cuma memandang. Kemudiannya dia berpaling semula ke arah lawan yang seterusnya.

"Siapa dia tu?"

Getus hati Arman sebaik sahaja Hana menghilangkan diri. Gayanya bukan seperti gadis yang pernah dia jumpa. Gadis yang hari itu lebih banyak kepada menyindir dan bermain-main dengan lawannya. Kali ini Hana itu lebih kepada menyerang dalam keadaan tepat dan pantas. Serta langsung tidak berperasaan.

***

Petir merah menerkam hebat Hafiz yang cuba melarikan diri. Renjatan bervoltan tinggi itu tepat mengenai Hafiz yang tidak sempat berbuat apa-apa.

"Arghhhh!!!!!!"

Suara Hafiz bergema menahan sakit panahan kuasa yang sama sepertinya tetapi sepuluh kali ganda lebih kuat dan hebat. Imran ketawa besar. Kuasa itu ternyata lebih hebat dari apa yang diperkatakan. Hafiz terbaring lemah. Mujur tubuhnya cuma kebas dan lumpuh seketika akibat serangan itu tadi, jika dia manusia biasa sudah tentu nyawanya telah melayang.

"Aku ada arahan supaya tak melebih-lebih dalam menggunakan kuasa ni. Tapi untuk kau, aku rasa tak salah aku kalau aku gunakan semuanya."

Dia ketawa lagi memandang rendah pada Hafiz. Hafiz mengetap bibir. Bengang dan geram namun dia tahu, kuasa Imran jauh lebih tinggi darinya. Hafiz cuba bangun. Badannya masih terasa berbisa. Darah merah pada hujung bibirnya dilap perlahan.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now