Part 3

1.1K 116 6
                                    

Rambutnya yang hitam pekat diikat tinggi. Selendang merah tebal membaluti sekitar lehernya. Hana mencapai beg yang berada diatas meja lalu keluar dari bilik tepat jam 1:45 petang. Kelasnya bakal bermula dalam masa 15 minit lagi. Hana berjalan perlahan melalui tempat yang sama berlakunya pertempuran itu malam tadi. Dia meneliti setiap sudut yang ada.

Sama. Semuanya tiada apa yang berubah. Hana kini berputus asa. Dia mengeluh sendiri. Bibirnya dimuncungkan. Tidak puas hati. Sangkanya jika dia mempunyai bukti, mungkin dia boleh berdepan dengan Iqbal Azeem. Dia boleh bertanyakan tentang hal malam tadi dengan jejaka sedingin ais itu.

Sedang asyik meneliti kawasan, tiba-tiba nada dering telefon bimbit Hana berdering, segera Hana menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan telefon bimbit yang bingit berbunyi. Namun kemudian, panggilan itu mati sebelum sempat Hana mengangkatnya. Hana pelik, nombor yang memanggilnya adalah nombor yang tidak dikenali. Namun kemudian matanya membesar. Jam di telefonnya menunjukkan jam 2:15 petang. Dia sendiri lewat ke kelasnya!

***

Hana tiba di kelas mencungap-cungap. Ketika dia cuba sentuh lalu kad pelajarnya di kotak keselamatan itu, menyala lampu merah tanda dia tidak dibenarkan masuk ketika sesi pembelajaran. Hana terkaku didepan pintu, untuk pertama kalinya dia berdepan dengan situasi yang tak patut dia lalui. Hana tidak pernah lambat ke kelas. Namun hari itu, terjadi atas kecuaian dia sendiri.

"Padan muka kau Hana! Benda dah terang-terang tak jadi apa-apa, gatal nak tengok jugak. Urghh."

Hatinya agak kesal, dia memarahi dirinya berkali-kali sambil berjengket untuk cuba mengintai keadaan di dalam kelas. Namun kemudian pintu itu secara tiba-tiba terbuka sendiri. Muncul pensyarahnya disebalik pintu tersenyum manis ke arah Hana.

"Maaf Prof, saya tak berapa sihat hari ni. Terlajak tidur lepas makan ubat tadi."

"Okay, takpe. Masuklah."

Ringkas arahan Professor Amzar Afhad. Pensyarah bahagian teknologi sistem maklumat itu membenarkan Hana masuk ke kelasnya. Hana mengucapkan terima kasih lalu segera mencari tempat kosong untuk diduduki. Namun matanya hanya tertumpu pada satu-satunya meja kosong yang ada dan ianya betul-betul bersebelahan dengan Iqbal. Hana mengerut dahinya. Sebolehnya dia tidak mahu berjumpa dengan Iqbal selagi dia tidak mempunyai apa-apa bukti berkaitan dgn kejadian malam tadi. Namun begitu, digagahkan dirinya untuk tetap menyusun tapak ke meja kosong itu. Iqbal pula langsung tidak memandangnya sejak dari awal Hana masuk, pandangannya dibuang jauh ke luar tingkap kelas. Usai sahaja Hana duduk di mejanya, pembelajaran disambung semula.

***

Sesi pembelajaran selesai tepat jam 6 petang. Hana menggeliat bagi melepaskan ketegangan badannya akibat duduk terlalu lama. Kertas-kertasnya di masukkan kedalam beg. Bersiap sedia untuk pulang ke kolej. Hana menoleh, melihatkan Iqbal yang sudah siap mengemas melangkah berlalu pergi.

Semasa kelas pertama ketika Hana duduk bersebelahan dengan Iqbal. Iqbal tersangat tenang. Tidak menunjukkan tanda-tanda resah seperti Hana. Manakala Hana, babak-babak pertempuran antara Iqbal dan gadis bermata hitam itu bermain dimindanya berulang-ulang. Tumpuannya langsung tiada untuk kelas petang itu.

Namun pada kelas kedua, Hana berjaya mengembalikan fokusnya semula. Itu pun setelah dirinya tidak lagi duduk bersebelahan dengan Iqbal. Bukanlah Hana takut atau risau dengan Iqbal yang ternyata bersahaja, tapi entah kenapa seperti ada sesuatu yg menghalang bibirnya dari membuka kata. Lalu Hana mengambil keputusan untuk diam dan melupakan sahaja peristiwa yang telah berlalu. Mungkin, itu semua cuma mimpi yang seperti realiti.

Hana menghela nafas lega. Tangannya mengambil beg sandang hitamnya lalu menyusun langkah untuk pulang. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat salji putih masih lagi halus turun menyembah bumi.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now