Part 36

298 30 4
                                    

"Arman, kenapa tu? Arman!"

Dalam panik Prof Asyraf bertanya namun hanya gema letupan kuat yang kedengaran.

"Asyraf! Azra dah hilang."

Cemas Dr Zahran sebaik sahaja pintu dibuka. Asyraf berkerut dahi.

"Cuba cek apa yang Hafiz tengah buat."

Jari jemari staff lelaki itu laju menekan ke arah cctv yang diberi angka 6. Paparan itu dibesarkan pada skrin utama.

"Hafiz!"

Panggil Asyraf pada microfon yang sama. Tubuh hafiz yang sedang baring sambil membaca tidak langsung menjawab panggilan Prof Asyraf.

"Ada glitch. Reset semula!"

Arah Prof Irfan setelah perasan garis-garis halus muncul pada paparan tersebut. Staf lelaki tadi segera menekan papan kekuncinya untuk memperbaiki semula cctv tersebut. Setelah beberapa saat, muncul semula bilik Hafiz yang tiada penghuni. Prof Irfan menumbuk meja.

***

"Awina?"

Terkejut Azra melihat Awina yang menarik tangan gadis demi menyelamatkan dirinya dari dibaham oleh serangan Prof Arhan. Hafiz yang kebingungan juga turut berlari bersama-sama Azra.

"Tunggu dekat pintu masuk tadi. Askar-askar korang dah kepung kawasan ni. Mustahil untuk Prof Arhan melarikan diri kalau dia bertangguh lagi. Pergi cepat. Aku akan pastikan Hana keluar dengan selamat."

Lantas Azra menarik semula tangannya. Wajah sangsi terpamer jelas. Apa agenda Awina yang dahulunya menangkap Hana tetapi sekarang memberi jaminan untuk menyelamatkannya.

"Apa yang kau cuba lakukan sekarang? Kau punca Hana ditangkap. Apa motif kau nak bagi jaminan pada aku bahawa Hana akan selamat."

Langkah mereka terhenti.

"Sebab aku silap. Hana kawan baik aku. Prof Arhan janji dengan aku dia tak akan apa-apakan Hana. Tapi aku salah sebab percaya dengan kata-kata dia."

Hafiz menarik tangan Azra. Mukanya yakin dengan cadangan Awina.

"Lets go."

"No! Aku takkan percaya dengan kata-kata perempuan ni."

Awina menunduk.

"Baik kau pergi cepat sebelum masa habis. Aku bekukan serangan tadi supaya kau ada peluang untuk selamatkan diri. Sekejap lagi kuasa tu akan hilang. Lebih baik kau pergi sekarang."

Hafiz mengangguk. Azra tercengang, patutlah dia tidak mendengar sebarang bunyi letupan tadi.

"Mari, Azra."

Awina berlari semula ke tempat tadi manakala Hafiz dan Azra berlari keluar. Walaupun Azra tidak berpuas hati, tetapi hakikat Awina telah menyelamatkan dirinya tidak boleh dinafikan.

"Kau tahu dia bekukan masa tadi?"

Hafiz mengetap bibir dan mengangguk perlahan.

"Itu rancangan dia."

"Kau ..."

Mati kata-kata Azra. Tidak menyangka Hafiz bersedia dengan rancangannya tersendiri dan rancangan itu melibatkan Awina sekali.

"Ya, dia ada datang jumpa aku. Itu rancangan dia."

"Bila Hafiz?"

Hafiz hanya diam meneruskan langkah mereka.

***

Asap hitam berkepul-kepul.

"A-Azra."

Menggigil nada Arman melihat letupan tadi. Hana menekup mulutnya terkejut dengan tindakan Prof Arhan yang terus menyerang Azra. Prof Arhan pula tersenyum lebar. Wajah Arman bertukar marah.

"Argh!!"

Kedua pucuk pistol neon hijau miliknya dikeluarkan dan Arman terus melepaskan tembakan bertubi-tubi. Terkejut dengan situasi itu, masing-masing segera berlindung kecuali Prof Arhan yang masih tegak berdiri disebalik perisai kristalnya. Dia tersenyum mengejek.

Iqbal juga mengeluarkan sebilah pedang hitamnya lalu keluar menyerang Prof Arhan sebaik sahaja Arman berhenti menembak. Pedang Iqbal mengenai perisai Prof Arhan, cahaya elektrik mengalir keluar apabila Iqbal menekan kuat pedangnya bagi memecahkan perisai itu.

"Iqbal!"

Jerit Arman tanda menyuruh Iqbal untuk berundur. Kedua kaki Iqbal melonjak pada perisai tersebut, memberi peluang untuk Arman kembali menyerang. Tembakan bertubi-tubi dari Iqbal yang telah menukar kedua pucuk pistol neonnya kepada tahap yang lebih tinggi.

"Prof!"

Cemas Amirul sebaik sahaja ternampak retakan kecil pada perisai itu berjaya dibuat oleh Arman. Prof Arhan masih tenang, budak-budak itu tidak akan mampu mengatasi kuasa yang ada padanya. Tembakan bertubi-tubi masih berterusan.

"Prof Arhan!"

Jerit Awina berlari masuk terus kepada Prof Arhan.

"Kita perlu beredar sekarang! Kawasan ni telah dikepung oleh tentera mereka."

Prof Arhan menoleh ke belakang, melihat kawasan yang masih ada bersisakan api kerana serangannya tadi. Tapi matanya membesar sebaik sahaja melihat kawasan itu tiada mayat gadis itu tadi. Hatinya sakit. Bagaimana gadis itu boleh sempat melarikan diri?

"Amirul! Serang keseluruhan kawasan."

Amirul mengangguk. Dia pantas berdiri dibelakang Prof Arhan. Kedua tangannya diangkat ke depan.

"Antregun!"

Muncul beribu jarum halus yang bersedia untuk menyerang disebalik perisai kristal milik Prof Arhan. Awina lantas memegang tangan Haziq. Matanya seolah-olah berkata bahawa mereka perlu segera pergi dari situ. Dahi Haziq berkerut. Apa lagi yang telah kakak kembarnya lakukan tanpa pengetahuan orang lain? Lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan Prof Arhan.

"Hapuskan mereka Amirul."

Kata Prof Arhan lalu berpaling meninggalkan mereka. Bila-bila masa sahaja perisai itu akan hilang.

Hana mengintai sedikit sebaik sahaja Iqbal mendarat beberapa tapak dibelakang Arman. Disebalik tembakan padu dari Arman, Hana jelas melihat sesorang masuk dan menuju ke arah mereka. Prof Arhan yang kemudiannya melangkah keluar juga dapat dilihat oleh Hana.

"No."

Bisik Hana apabila matanya melihat beribu bilah-bilah jarum sudah tersedia disebalik perisai kristal itu.

"Now."

Prof Arhan melenyapkan perisai miliknya dan terus menghamburkan sejumlah jarum kepada mereka bertiga. Arman dan Iqbal terpempan. Mereka tidak sempat untuk membuka perisai pertahanan masing-masing.

***








//--- Nota Penulis --//

Holla my dearest beloved readers! Omg! Dua bulan tak update tp masih ade yang setia menunggu. Thank you semua. Menangis terharu lah I. Dah dua tahun cerita Noxious berada di wattpad dan kali ni dah kali kedua beraya dengan wattpad. Maaf sangat-sangat sebab lama tak update, semua tu sebab sekarang ni tengah fokus pada cerita yang akan diterbitkan tak lama lagi. Kalau yang cerita ini tajuknya Noxious, cerita yang akan diterbitkan tu pulak tajuknya ENIGMA. So kalau nampak buku ENIGMA ni nanti, jangan lupa support, beli dan baca okayy. 😘❤️ Jadi dikesempatan yang ada ni, I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengguna wattpad dan pembaca setia Noxious 💞 Maaf zahir batin sebab Noxious slow update. Hehehe. Oh ye u guys beraya kat mana tahun ni? Cuba share sikit.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now