Part 42

140 17 6
                                    

"Kalau apa-apa jadi masa tu macam mana?! Kau faham tak apa yang kau buat, boleh buat Azra tercedera!"

Marah Dr Zahran meninggi suara pada Hafiz yang hanya mendiamkan diri. Tahu dirinya bersalah.

"Abang. Sudahlah. Its my fault too. Jangan salahkan Hafiz je."

Dr Zahran menarik nafas dalam. Cuba meredakan api kemarahan. Prof Irfan pula menghampiri mereka.

"How did you two escape?"

"Awina yang selamatkan kitorang." Jawab Azra.

"Speaking of which. Hafiz, kau ada cakap dengan aku yang kau ada jumpa Awina."

Hafiz berkerut dahi dengan kenyataan dari Azra yang mengundang 3 pasang mata berpangkat tinggi itu kembali padanya.

"Well, we're not exactly jumpa depan mata."

Jejaka itu cuba menyusun ayat untuk penjelasan selanjutnya.

"She speaks to me. Telepati."

"Bila?" Tanya Dr Zahran.

"Right after I wake up. Seolah-olah macam dia tahu. Or maybe she knows because she's able to control time."

"Apa?" Prof Asyraf terkejut dengan kenyataan itu.

"Awina boleh bekukan masa untuk seketika. Kuasa tu yang bagi kitorang peluang untuk melarikan diri dari terkena serangan Arhan." Terang Azra pula.

"Dia boleh bekukan masa?"

Balas Prof Irfan sambil mencekak pinggang. Azra mengangguk laju.

"Itu bermakna kita boleh diserang in any time."

Prof Ammar pula menzahirkan kebimbangannya saat berita itu disampaikan oleh Hafiz.

"I don't think so. Sebab kuasa dia cuma boleh bertahan beberapa minit je."

Hafiz kembali cuba menenangkan situasi yang hampir tegang kerana maklumat yang baru sahaja diberikan tadi.

"Lagipun, melalui telepati dia dengan aku, macam dah dirakam dan dimainkan semula berulang kali. Sampailah aku kata okay. Baru dia berhenti. Aku tak bercakap terus dengan dia."

Masing-masing diam. Ligat minda memerah otak mencari jalan bagi memastikan mereka sentiasa berada setapak dihadapan Prof Arhan, atau setidaknya boleh diteka apa rancangan Prof Arhan selepas ini.

"What did she says, sampai kau boleh setuju dengan rancangan dia."

Prof Asyraf bertanya lagi.

"Dia cakap, dia sedar yang dia tersilap. Kuasa Hana tak boleh jatuh pada Arhan. Dia akan bantu untuk lepaskan Hana pergi. Dengan syarat Azra perlu ikut sekali. Tapi bukan untuk dia, untuk keselamatan Hana sendiri."

"And the plan?"

"Dia akan lawan Arhan supaya kita berdua sempat keluarkan Hana. Dia tahu kelemahan Arhan."

"Macam mana kau tahu rancangan dia bukan perangkap untuk korang berdua?" Prof Irfan pula bersuara.

"Dia akan serah diri dan minta perlindungan dari pihak kita sekiranya Hana berjaya dibebaskan."

"Tapi rancangan itu tak menjadi sebab Iqbal dan Arman telah dihantar terlebih dahulu." Azra yang telah faham apa yang Awina mahu terus menghabiskan keseluruhan kronologi.

"Hana bebas dan kami selamat sebab Awina masih tunaikan janji untuk melindungi kita berdua walaupun rancangan berubah pada saat akhir."

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now