Part 31

326 36 9
                                    

Mata Imran terbuka luas. Pantas dia terduduk memegang kepalanya. Nafasnya mencungap laju. Terasa sakit diseluruh badannya. Gambaran Hafiz menusuk kilat tajam kedalam tubuhnya mengganggu fikiran remaja itu.

"Arghhhhhh!!!!!!"

Jeritannya bergema memecahkan sunyi ruang biliknya. Berlari masuk dua orang lelaki berbadan sasa memegang lengan Imran yang meronta-ronta. Dr Asma masuk membawa picagari serta ubatan yang diperlukan.

"Shut up!"

Marah Dr Asma menyuntik cecair tersebut bagi menenangkan Imran yang meracau teruk.

"Dah pesan jangan guna kuasa tu sampai maximum. Kau patut bersyukur sebab hidup lagi sekarang."

Imran cuba menjawab kata-kata Dr Asma. Namun dia tidak mampu bersuara sebaik sahaja cecair itu melalui salur darah pada badannya. Dia perlahan kembali tidak sedarkan diri. Dr Asma mengeluh kecil, dia duduk dikerusi yang ada berhampiran sambil matanya melirik ke arah Imran. Tertanya-tanya mengapa Professor Arhan mengambil remaja bermasalah seperti ini.

***

Awina mengiringi Professor Arhan masuk ke dalam makmalnya. Tesergam gah satu peti besi hitam berkunci rapat sebaik sahaja pintu terbuka luas menyambut kedatangan mereka. Langkah kaki diteruskan lagi ke arah 2 monitor besar yang memaparkan tahanan di dalam peti besi itu. Kelihatan Hana hanya duduk berdiam diri disatu sudut.

Awina cuba menahan segala perasaan di dadanya apabila melihatkan rakan baiknya dikurung sebegitu. Walaupun berkalo dia cuba mematikan perasaan itu, kenangannya dengan Hana tak mungkin dapat dilupakan. Dia belot pada kawan baiknya sendiri. Professor Arhan masih dengan wajah seriusnya. Cuma memandang monitor itu tanpa berkata apa-apa.

"Now I will have all those amordites."

Awina memandang Prof Arhan, menanti penjelasan seterusnya.

"Her seperate identities are all amordite. She have all those power because she have all four main amordites in her. But what a shame she didn't use it well."

Barulah Awina mengerti maksud Prof Arhan yang selama ini menginginkan Hana berada dalam genggamannya.

"Extract them."

Arahan Professor itu membawa masuk 4 orang lelaki berbadan sasa ke dalam bilik kurungan Hana.

"Extract?"

"Jangan risau Awina. Kita hanya keluarkan semua amordites yang ada pada Hana. After that she's free to go. I wouldn't hurt my best friend's child."

Balas Prof Arhan tersenyum nipis melihat Hana diiringi masuk ke bilik yang lain.

"Well, it maybe hurt a bit."

Perlahan dia menyambung ayatnya tadi.

***

"Dah tiga hari, masih tiada tanda-tanda Hana?"

Tanya Azra duduk bersandar. Professor Asyraf menggeleng perlahan. Dia juga kecewa. Teknologi canggih yang dimilikinya juga tidak mampu mengesan kedudukan anak gadisnya.

"Iqbal. Anything?"

Azra memandang lelaki yang kelihatan cuma merenung meja. Iqbal juga menggeleng kepala.

"There's nothing we can do Azra."

Perlahan suara Arman memujuk Azra supaya bersabar. Dia juga risau akan keadaan Hana. Azra mengeluh kecewa. Iqbal mula melonggarkan tali leher yang kemas tersarung.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now