Part 35

231 22 1
                                    

Bilik tersebut langsung gelap gelita. Hanya lampu kecemasan menyala samar-samar. Arman dan Iqbal saling berpandangan. Tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Arman, Iqbal. Dengar sini baik-baik."

Suara Prof Asyraf bergema di telinga mereka berdua.

"Pusat kawalan dah terputus hubungan dengan bangunan tu. Kami cuma ada salinan plan bangunan sahaja. Tanpa bekalan kuasa, kesemua pintu tak boleh dibuka."

"Kita terperangkap."

Kata Arman didengari oleh professor itu.

"Ya. 30 minit lagi mungkin keadaan akan pulih seperti biasa. Waktu itu, bawa Hana keluar secepat yang mungkin."

Arman ligat berfikir.

"Can still guide us now with the copy of this building plan?"

"Yes, tapi takkan bawa kamu bertiga jauh kerana pintu besi automatik masih berkunci."

Jawab Prof Irfan pula. Keadaan semakin tegang. Dalam pada itu Prof Arhan bersuara lantang.

"Where's the other two Arman? Masih terlantar?"

Sindir Prof Arhan cuba menjolok kemarahan remaja itu. Iqbal mengetap bibir, marahnya berjaya dipancing oleh lelaki tersebut. Arman hanya diam. Masih tenang menganalisa situasi sekarang. Mereka terperangkap disitu dan marah tidak akan memberikan mereka peluang untuk melarikan diri.

Haziq tiba ditempat Prof Arhan dan Amirul berada. Kelihatan Prof Arhan tenang seperti biasa namun matanya tajam memandang bilik yang gelap tanpa cahaya lampu.

"Prof? Siapa?"

"Arman dan Iqbal."

Haziq terus bersedia untuk menyerang. Namun dia ditahan oleh Prof Arhan sendiri. Langkahnya terhenti. Prof Arhan bersuara lantang.

"I will let the three of you go, only if one of you give your own power to me."

Senyap, keadaan masih sunyi. Hanya Iqbal dan Arman berbalas pandangan.

"I'm sure you guys know there's no way out for both of you now. So give me one of your power and I will let you all go. You have my word."

"No harm on Hana and Iqbal!"

Sahut Arman. Hana dan Iqbal terkejut dengan sahutan tersebut. Prof Arhan tersenyum sinis. Amirul dan Haziq berbalas pandangan. Tidak memahami permainan Prof Arhan yang berjanji untuk melepaskan mereka semua. Lengan Arman dicengkam erat oleh Iqbal.

"Arman, apa kau buat ni?"

"Lebih baik aku, dari kau atau pun Hana."

"Arman, jangan. Kau tak akan dapat bertahan."

Hana bersuara. Disinar matanya merayu supaya Arman tidak meneruskan rundingan tersebut. Jejaka itu mengalihkan tangan Iqbal, dia nekad dengan keputusannya. Wajah Iqbal berubah serta merta.

"No! Arman!"

Satu tepukan gemuruh diberikan untuk Arman dari Prof Arhan yang tersenyum lebar melihat Arman yang berdiri menghadap dirinya.

"What a brave young soul."

***

"Eh, tak boleh buka pula."

Rungut Hafiz menekan-nekan papan kekunci yang hitam tidak bercahaya. Kepalanya digaru beberapa kali.

"Dah kau letupkan power source tu, memang tak boleh bukak lah Hafiz. Macam mana ni?"

Sindir Azra masih bengang dengan plan Hafiz yang melulu.

"Ahahaha. Sorrylah. Dah tu aje caranya. Oh ye! Aku try cara ni."

Dirapatkan ibu jari bersama jari hantu bersama lalu didekat pada papan kekunci hitam itu tadi. Petikan jarinya mengalirkan arus elektrik masuk menghidupkan sistem itu semua. Namun cuma sekejap sahaja. Hafiz mencuba lagi, dengan arus elektrik tersebut dia cuba memintas litar supaya pintu dapat dibuka.

"Boleh ke?"

Sebaik sahaja Azra bertanya, pintasan Hafiz menunjukkan hasil. Pintu tersebut terbuka perlahan, sekadar memberi ruang yang cukup untuk mereka berdua menyelinap masuk.

"Gelapnya."

"Oh, kau tengok ni. Aku boring-boring dekat bilik aku hari tu, so aku try buat fireball."

"Hah? Kau gila ke? Kalau terbakar bilik tu macam mana?"

"Tapi sekarang tak terbakarkan? Hahaha. Nah tengok. Sinar kebahagiaan."

Jari telunjuknya diangkat lalu perlahan-lahan mengeluarkan api kecil.

"Ta-da."

Azra memandang Hafiz yang bangga dengan pencapaian tersebut. Muka gadis itu tidak sedikit pun kagum.

"Ni fireball?"

Hafiz mengangguk laju.

"Hafiz, kalau macam ni. Baik aku bawa lilin. Lilin lagi terang tau. Stop playing around please. We have friends to rescue."

Balas Azra maju ke depan. Meninggalkan Hafiz sedikit mencebik bersama api kecil miliknya.

***

Dr Zahran menyilangkan tangannya ke dada. Dia juga bimbang dengan situasi yang berlaku. Kemudian matanya melirik pada jam yang berada pada tangan kanannya. Baru tersedar dia telah terlalu lama meninggalkan Azra sendiri.

"Excuse me."

Dr Zahran menyelinap keluar dari ruang tersebut. Kakinya melangkah ke bilik Azra sementara kepalanya masih ligat memikirkan jalan keluar untuk Arman dan Iqbal. Dan kalau apa-apa terjadi pada mereka, bagaimana pula dia harus terangkan pada Azra jika adiknya tahu tentang misi hari ini.

Pintu dibuka saat Dr Zahran mengangkat mukanya hanya menemukan bilik yang kosong tiada penghuni. Jantung Dr Zahran berdegup laju. Dadanya berombak kencang.

"Azra?"

Sunyi.

"Azra!!!"

Kuat suara Dr Zahran memanggil nama adiknya, berharap gadis itu masih berada dalam bilik yang sama. Namun hanya sunyi yang dia dapat. Tiada suara yang menyahut.

"No, Azra."

Keluh Dr Zahran segera berlari semula ke arah bilik yang sedang mengawasi misi menyelamatkan Hana tadi.

***

Mereka melangkah masuk ke satu lorong lain. Lampu kecemasan samar-sama menerangi jalan mereka.

"Dyorang dekat mana, Hafiz?"

"Kalau ikut sini dekat bilik depan tu. Tapi aku tak berapa pasti sangat kalau ni aras yang betul."

Mereka terus melangkah ke arah pin merah di gps tersebut. Namun kemudian, kaki Azra berhenti. Dia menoleh ke arah pintu yang berada disebelah kirinya. Seolah-olah ada sesuatu yang memanggilnya dari dalam.

"Hafiz! Sini! Aku macam dengar suara orang."

Hafiz menoleh. Dahinya berkerut sedikit.

"Suara orang? Pintu setebal ni mana boleh dengar suara orang."

Dia berjalan ke arah Azra yang masih tepat memandang pintu tersebut seperti orang yang dipukau.

"Nak buka pintu ni?"

Azra mengangguk laju. Hafiz melangkah ke ke arah papan kekunci tersebut. Dengan cara yang sama dia cuba memintas litar pintu tersebut. Perlahan pintu itu terbuka. Anak mata Azra membesar sebaik sahaja wajah Arman dilihat berdiri seorang diri menghadap 3 orang lawan. Serta merta riak Prof Arhan berubah bengis. Dia menoleh ke belakang bersama tangan yang berkuasa untuk menamatkan nyawa Azra.

"Azra!!!! Lariii!!!"

Jeritan Arman seiring dengan serangan kuasa Prof Arhan.

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now