Part 20

552 65 6
                                    

Iqbal melangkah ke tengah gelanggang, sama sekali tidak membantah arahan Professor Irfan. Hana pula masih ragu-ragu.

"Hana, get in."

Arah Professor Irfan memandang tepat kepadanya yang masih berdiri kaku diluar gelanggang. Professor Asyraf memegang lembut bahu Hana. Memberikan semangat supaya Hana meneruskan langkahnya. Kekuatan Hana perlu diuji. Perlahan Hana melangkah masuk. Sebaik sahaja Hana tiba dihadapan Iqbal, jejaka itu terus membuka kekudanya dalam keadaan bersedia.

"Just copy me."

Suara Iqbal bergema melalui telepati. Jejaka itu memandangnya tepat. Kepalanya dianggukkan sedikit hanya Hana yang nampak. Hana meniru gerak sedia Iqbal. Cuma tangannya kirinya diangkat kedepan paras dada manakala tangan kanannya menggenggam penumbuk diletakkan disisi pinggangnya. Iqbal tersenyum sedikit.

"Ready?"

Tanya Professor Irfan apabila melihatkan kedua-duanya dalam keadaan bersedia.

"Fight!"

Pantas Iqbal memecut kearah Hana. Tangan kanannya lantas menghayunkan penumbuk padu.

Pappp

Tumbukan padu Iqbal berjaya ditepis oleh tangan kiri Hana. Senyum sinis jejaka itu jelas terpancar dibibirnya manakala Hana cuma tersenyum ringan.

Hana lantas membalas serangan Iqbal, tangan kanannya laju dihayun hampir mengenai dagu Iqbal, namun pemuda itu lebih pantas. Iqbal menggunakan kelajuannya menggenggam kemas penumbuk Hana dengan tangan kirinya lalu menarik tangan gadis itu ke belakang manakala tangan kanannya laju menghampiri bahagian sisi pipi kanan Hana. Sikit saja lagi penumbuk Iqbal hampir menghampiri wajah gadis itu namun berjaya dihentikan oleh Hana. Hana tersenyum puas.

"Okay enough."

Kata Professor Irfan menghentikan perlawanan. Professor Asyraf dan Professor Ammar menepuk tangannya tanda berpuas hati dengan reaksi tangkas Hana. Iqbal perlahan melepaskan genggaman tangan Hana lalu terus keluar gelanggang. Hafiz dan Azra pula bersorak gembira melihat pelawanan yang pantas namun cukup padu. Arman memandang Hana, sangka Arman pada mulanya Hana tidak berjaya menangkis serangan Iqbal, namun kesudahannya amat menakjubkan.

Dr Azlina mencatat sesuatu di atas fail yang dipegang kemas sebelum memberi komen.

"Hana ada gerakan yang pantas. Incredible intuition. Just lack on focus. Untuk tempur tangan, it should be no problem with her. Macam mana Hana boleh kuasai gerakan tu without any practice?"

Hana terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang perlu dijawab. Matanya dialih ke arah ayahnya. Professor Asyraf mencelah setelah keadaan sunyi seketika.

"Its okay, yang penting Hana tahu apa yang perlu dibuat jika diserang. Cuma perlu diperbaiki lagi tahap kekemasan lawan."

"Okay. Next, we'll test your force field."

Dr Azlina lantas memandang Professor Irfan. Terdengar nada serius dalam arahan tadi.

"Sekarang?"

Tanya Hana tatkala Professor Irfan terus berpaling menuju ke ruangan bertutup tidak jauh dari situ. Langkah Professor Irfan berhenti lalu berpaling memandang Hana tajam.

"Yes. Ada masalah ke Hana?"

Hana memandang ayahnya. Arman, Hafiz dan Azra lantas berdiri.

"Bukan sepatutnya test force field dibuat bila kita tahu Hana betul-betul dah bersedia kan?"

Professor Ammar sedikit membantah. Terlalu awal untuk Hana menjalani ujian tersebut. Meskipun kemahiran tempur tangan Hana agak baik, tetapi untuk menguji medan kuasanya, mungkin terlalu awal. Professor Irfan memandang Professor Ammar.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now