Part 13

862 81 5
                                    

Suasana suram menyelubungi kawasan gua itu. Obor menyala sepanjang terowong menuju ke dewan utama. Seorang lelaki berbadan besar dan sasa berjalan melalui terowong itu. Pedang besar sepanjang tinggi lelaki itu dibawa dibelakang badannya. Pintu batu berukiran pelik terbuka sendiri setibanya dia disitu. Kakinya melangkah masuk.

"They have been gathered."

Suara garau itu bergema disegenap ruang besar itu. Dia melutut hormat kepada seorang lelaki berjubah hitam yang duduk dikerusi batu seperti seorang raja. Dia tersenyum sinis saat mendengar khabar dari utusannya lantas memandang seorang gadis yang berdiri setia disebelahnya.

"Well done, Awina."

Katanya memuji gadis itu. Awina menunduk sedikit tanda berbesar hati menerima pujian dari ketuanya. Dia tersenyum kerana misinya telah diselesaikan. Lelaki tadi menggenggam tangan kanannya.

"Soon. We take back what was ours."

***

"Haaa.. I'm starving!"

Hana meletakkan dulang makanannya diatas meja lalu menarik kerusi yang berdepan dengan Iqbal. Iqbal mengintai mangkuk besar Hana yang mengandungi mee kari.

"Banyaknya. Berapa hari kau tak makan?"

Sindir Iqbal. Dia ketawa halus. Hana memuncungkan bibirnya.

"Aku lapar laa. Kau apa tahu?"

"Aku tahu kau lapar. Kan aku tanya tadi, berapa hari tak makan?"

"Diamlah."

Bidas Hana sambil memulakan suapan. Iqbal hanya tergelak kecil sambil meneruskan suapan roti yang dibelinya tadi.

"Wuuuuuu. Wow! Makin mesra nampak."

Satu tepukan kuat kedengaran sambil Johan melangkah kearah mereka berdua. Iqbal tidak melayan. Dia terus makan tanpa mempedulikan mereka. Hana juga begitu. Shah dan Kamal duduk bersebelahan dengan Hana.

"Wahh wahh. Dah pandai pulak tak nak layan aku. Hei, Hana. Kau tu budak baru dekat sini. Takkan kau nak bercinta dengan budak yang banyak kes dekat sekolah ni?"

Hana mendongak memandang Iqbal.

"Kes?"

Tanya Hana melalui telepati. Mulutnya masih terus mengunyah. Iqbal memicit dahi. Pening dengan perangai Johan 3 sekawan.

"Kau nak apa Johan?"

Tanya Iqbal dengan nada menyampah. Hana mengambil cawan air sirap lalu menghirup bagi meredakan pedas mee itu.

"Tak ada apa. Just aku tak suka tengok kau lepak dengan bakal awek aku."

Purrffffffffffffff!!!!!!

Tersembur air sirap Hana tepat ke muka Johan. Dia sendiri tersedak sedikit dengan kata-kata Johan yang langsung baginya tidak masuk akal. Habis basah muka berserta baju samseng itu. Dia tercengang sendiri.

"Ehhh, sorryy!"

Hana pantas mencapai tisu lalu mengelap baju Johan. Iqbal cuba menahan ketawanya. Muka Johan mula berubah bengang. Ditepis kuat tangan Hana sehingga Hana terduduk semula.

"Kau cari pasal ke hah?!"

Jerkah Johan mula berang. Iqbal bangun. Mencengkam kuat baju Johan. Geram dengan tindakan kasarnya. Kamal dan Shah juga berdiri. Cuba mempertahankan Johan. Keadaan mula tegang.

Kringggggg!!!!!!!!

Bunyi loceng habis rehat tidak dipedulikan. Pertandingan merenung jauh ke dalam mata masing-masing masih lagi berjalan. Mencabar ego remaja.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now