Part 17

650 55 2
                                    

Suasana sunyi menyelubungi ruang bilik mesyuarat itu setelah Professor Hasif menceritakan segala yang terjadi. Lebih 2 minggu telah berlalu selepas letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa tidak berdosa. Diameter letupan yang besar memusnahkan hampir segalanya. Mujur ahli tertinggi yang lain tidak berada dalam kawasan tersebut pada hari kemalangan. Namun keajaiban berlaku apabila Professor Hasif, Dr Amelia dan Professor Ashraf boleh terselamat dari kebakaran itu.

Tempat kajian itu ditutup serta merta. Pihak kerajaan meminta mereka supaya tidak menceritakan apa-apa pun yang pernah berlaku. Umpama Red Beryll dan Serendibite itu tidak pernah wujud dibumi Malaysia.

"Mana Arhan?"

Tanya Dr Azlina memulakan bicara. Professor Hasif hanya menggeleng.

"Polis kata, mereka tak jumpa apa-apa yang boleh melibatkan Arhan dalam situasi ni."

"Ya. Tapi mana dia?"

Desak Dr Azlina. Masing-masing diam seribu bahasa. Siapa sangka kuasa magis luar biasa ternyata wujud didunia nyata. Amordite sebesar biji manik yang dijumpai oleh Professor Hasif berada di tengah-tengah bilik. Masih menyala pekatnya semerah darah.

Tiba-tiba pintu dibuka, muncul Luna bersama seorang wanita tua berkulit hitam. Masing-masing menoleh. Pelik dengan kehadiran Luna bersama wanita asing itu. Professor Hasif mengambil kerusi menjemput mereka berdua untuk duduk. Masing-masing masih memerhati, tidak memahami apa kaitannya dengan perjumpaan hari ini.

"Chors seia.."

Kata wanita itu serak dalam bahasanya sendiri. Tangannya dihulur untuk mencapai kotak Amordite. Luna bangun, diambil lalu diserahkan kepada wanita itu tadi.

"Umm, siapa ni?"

Tanya Puan Khalida ingin tahu.

"Everyone, this is Searoma. She's a grandaughter of Thea, former guardian for Amordite. Amordite was lost during the past 60 years. Someone named Arakine attacked them by sending a fire tornado with hurricane just to destroy their village so the precious Amordite would become his own."

Sebaik sahaja Professor Hasif habis bersuara, Luna menerangkan pula sebab-sebabnya.

"Dia hadir ke sini untuk menilai kembali harta pusaka kepunyaannya. Kami percaya Professor Arhan telah membebaskan sesuatu yang tidak patut dibebaskan. Ini akan mengundang Arakine untuk kembali memburu Amordite yang dia idamkan."

"Thats not possible. Arakine dah mati. And even kalau dia hidup sekali pun, dia dah terlalu tua."

Cantas Dr Azlina. Mengikut logik akal rasionalnya. Perempuan tua tadi hanya memandang. Tidak memahami bait-bait patah pertuturan dalam bahasa.

"Amordite adalah batu permata yang mempunyai kuasa luar biasa. Pemiliknya tidak akan tua. Tidak akan dimamah usia. Maka Arakine tetap muda, begitu juga dengan Professor Arhan nanti. Pemilik kuasanya akan dapat kehidupan yang kekal abadi. Namun dia masih boleh dibunuh. Sebaik sahaja dia mati atau kuasa itu ditarik keluar dari tubuhnya, dirinya akan hilang seperti debu seolah-olah dia tidak pernah wujud dimuka bumi ini."

Terang Luna lagi. Dr Amelia bersuara sebaik sahaja bilik itu sepi semula.

"Kami yakin Professor Arhan telah mengetahui perkara ini terlebih dahulu dari kita semua. Sekarang nie, Arakine akan memburu Professor Arhan untuk mendapatkan semula kuasanya dan Professor Arhan akan cuba membunuh sesiapa yang ada kaitan dengan penyimpanan Amordite untuk melengkapkan kuasa terakhirnya."

"No! He's not like that. He wouldn't simply kill people as he wish. Arhan bukan macam tu. Hasif, you know better. Arhan bukan manusia macam tu."

NOXIOUSWhere stories live. Discover now