Part 9

829 83 1
                                    

Malam itu masih tenang seperti biasa. Iqbal duduk di atas dahan pokok yang berhampiran dengan tasik beku itu. Cuaca sejuk tidak sedikit pun mengganggu fokus Iqbal berkawal pada malam itu.

Jarum jam menunjukkan waktu 11:30 malam. Kawasan sekitar mulai sunyi kerana para pelajar lebih suka menghabiskan waktu sejuk begini didalam bilik memanaskan diri.

"Arghhh!!"

Jeritan seorang perempuan membuatkan Iqbal pantas berdiri. Matanya segera mencari.

"Haha! Janganlah."

Matanya terpandang satu situasi yang dibenci. Iqbal membuat muka menyampah apabila melihat drama Romeo dan Juliet free di tepi tasik. Si gadis yang berpura-pura jatuh inginkan si lelaki menyambutnya. Basi.

"Urgh, annoying lovebirds."

Gumamnya kembali duduk. Dia mendongak langit yang cerah berbintang terang. Fikirannya menerawang teringatkan sesuatu. Mengundang sedikit senyuman dibibirnya.

"Senyum sorang-sorang nampak."

"Whoahh!"

Tangan Iqbal tergelincir dek sergahan Azra yang tiba-tiba memunculkan diri. Terkejut sungguh. Hampir saja Iqbal jatuh menjunam dari dahan pokok tinggi itu tapi mujur tangannya sempat disambut oleh Azra.

"My. My. Did I startled you? Haha."

Gelak besar Azra melihat keadaan Iqbal yang benar-benar terkejut dengan kehadirannya. Azra menghulurkan sebelah tangan lagi lalu disambut Iqbal dengan muka yang sukar digambarkan.

"Don't make that face! I saved you. Hahaha."

Ujar Azra sebaik sahaja Iqbal mengukuhkan kembali kedudukannya diatas dahan itu.

"Yeah, right. Tch."

Menyampah saja nada Iqbal. Azra pula masih mengekek gembira disebelahnya. Ternyata kemahiran jejak senyapnya semakin mantap.

"So tell me. Fikirkan apa tadi sampai senyum sendiri."

Azra cuba mencungkil isi hati Iqbal. Sejak dia berkenalan dengan Iqbal, lelaki itulah yang paling sukar untuk didekati. Lebih suka menyendiri. Memendam segala perasaannya. Mukanya serius sentiasa. Namun sejak akhir-akhir ini, Azra dapat mencuri pandang senyuman-senyuman kecil dari Iqbal. Manis walaupun hanya seketika.

"Weyh! Aku tanya ni."

Desak Azra. Tidak puas hati apabila Iqbal mendiamkan diri.

"Nothing. Kau kenapa ada dekat sini? You're not incharge yet."

"Tukar topikkan kau ni. Suka macam tu."

"Tak ada la. Really, its nothing."

Balas Iqbal mematikan perbualan. Azra memuncungkan bibirnya. Dia tiada niat untuk terus memaksa. Jika Iqbal ingin bercerita, dia sedia mendengar. Jika tidak, itu pilihan Iqbal.

"Kau tak jawab lagi soalan aku tadi."

Kata Iqbal memecah hening suasana.

"Soalan mana ea? Kau ada tanya ke tadi?"

Tanya Azra semula. Jari telunjuknya diletakkan dihujung dagunya. Seolah-olah sedang berfikir. Iqbal sedikit berdecit sebelum bertanya semula.

"Kau kenapa ada dekat sini?"

"Ohhhh. Saja! Hahaha!"

Gelak Azra lagi. Bahagia sungguh dia malam itu entah kenapa. Mungkin hanya cuba menceriakan suasana.

"Tak ada la. Aku bosan duduk dekat bilik. Geng roommate aku ramai tengah buat kerja. Bising. Diorang bukan buat kerja pun, bercerita aje lebih. Belum lagi aku dengar suara hati masing-masing. Urgh, annoying aje. So aku keluar. Mula-mula ingat nak lepak sorang. Tapi macam bosan pulak. Jadi aku pun cari kau kat tempat biasa. Tak ada pula. Aku jalan-jalan sekejap. Lepas tu nampak kau. Rupanya tukar angin duduk dekat sini."

NOXIOUSWhere stories live. Discover now