Part 32

284 30 3
                                    

Azra meletakkan fail merah yang penuh dengan kertas-kertas kajian ubatan, lalu duduk bersandar. Matanya menjeling keluar tingkap. Melepaskan keluhan kecil.

"Azra? Macam mana?"

Dr Zahran masuk terus bertanya setelah melihat adiknya duduk bersandar sebegitu. Dia tahu Azra sedang memikirkan tentang benda lain.

"Tak cukup. Ada bahan lain yang tak ada. Pil tu memang akan bagi tenaga semula tapi cuma bertahan dalam 10 minit. Masih ada bahan yang kurang."

"Any side effect?"

Azra mengangguk. Kedua tangannya meraup muka.

"Unconcious after 10 minutes."

Dr Zahran mengerut dahi. Bahaya jika pengsan setelah 10 minit dan lawan masih belum dikalahkan. Tetapi dalam masa 10 minit juga macam-macam boleh berlaku.

"I didn't see Arman and Iqbal for the whole day. Where are they anyway?"

Azra mencapai telefon bimbitnya lalu mencari nombor Arman. Dr Zahran yang mengetahui keadaan Arman serta Iqbal sekarang terus mengambil telefon tersebut dari tangan Azra. Jika adiknya menghubungi Arman, pasti nyawa mereka berdua dalam bahaya. Azra memandang abangnya dengan perasaan sedikit bengang.

"Sorry, my dear. But I need you to focus. Can you do that?"

"Fine."

Senyuman manis diberikan oleh si abang sebelum berpaling untuk berlalu pergi.

"Abang?"

Panggilan itu menghentikan langkahnya. Dia menoleh, memandang adik yang paling disayangi.

"Abang tak ada sembunyikan apa-apa bukan?"

Dengan senyuman dia menggeleng.

"Hmm. Okay."

Kata Azra menyambung semula kerjanya, kali ini membiarkan Dr Zahran benar-benar pergi.

***

"Nah."

Arman menghulurkan satu peranti kecil pada Iqbal sementara dia memasukkan peranti kepunyaannya di dalam telinga. Iqbal memandang hairan. Mengapa perlu ada peranti sedangkan mereka boleh berkomunikasi melalui telepati? Persoalan yang bermain dalam fikiran Iqbal dijawab oleh Arman.

"Aku tak nak kita habiskan tenaga untuk telepati. Main point kita nak selamatkan Hana. So we both need all the energy we have."

Huluran Arman disambut Iqbal setelah mendengar penjelasan itu. Peranti tadi disumbat pada telinganya.

"Iqbal?"

Suara Prof Ammar bergema seolah-olah berada disebelahnya.

"Yes."

Sahut Iqbal memberi isyarat balas pada pusat kawalan. Professor Ashraf menarik nafas lega. Dibilik yang penuh dengan skrin-skrin pengawasan mereka berdua, berdiri Professor Ashraf, Professor Irfan, Professor Ammar, Miss Amal dan Dr Azlina serta beberapa kakitangan teknikal yang lain.

"Pasukan khas dah bersedia?"

Prof Irfan memandang pemuda yang ligat menekan papan kekunci sambil bercakap melalui headsetnya. Ibu jarinya dinaikkan tanda semua telah bersedia. Pintu besi dibuka perlahan lalu muncul Dr Zahran disebaliknya. Masing-masing lantas menoleh ke arah doktor muda itu. Anggukan perlahan darinya melengkapkan sesi persediaan.

"Iqbal. Arman. Proceed. I'll guide."

Kata Prof Ammar memberi arahan supaya misi diteruskan. Iqbal dan Arman laju merentas hutan menuju ke satu gudang lama. Sebaik sahaja tiba disana, mereka bersembunyi disebalik dinding.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now