Part 26

401 45 1
                                    

"Tolong saya."

Tangan Hana berhenti menulis sebaik sahaja telinganya mendengar suara itu. Suara seorang perempuan. Matanya memandang keluar tingkap. Mencari kalau-kalau ada kelibat sesiapa diluar biliknya.

"Tolong saya. Anyone, please."

Hana memandang Awina yang masih asyik mendengar lagu sambil menyiapkan kerjanya. Dia mula rasa tidak sedap hati. Dulu Hana pernah juga mendengar suara-suara seperti ini.  Tetapi diabaikan semua kerana menyangka itu semua mainan perasaan. Namun setelah pertempuran tempohari serta Hana juga sudah tahu kedudukan dirinya, suara seperti itu tidak boleh diabaikan lagi. Hana memejamkan mata. Cuba mendengar lagi suara itu.

BOOMMMMM!!!

Bergegar bumi dengan bunyi yang maha dahsyat. Awina segera menoleh ke arah Hana. Gegaran itu memeranjatkan mereka berdua. Hana pantas mencapai jaketnya yang tersidai kemas diatas katil.

"Hana!"

Jeritan Awina tidak dipedulikan. Hana terus berlari keluar bilik. Satu lintasan cahaya biru melepasi Hana. Dia tahu Arman telah membuka time circle bagi menyelamatkan keadaan.

"Iqbal? Jumpa tak lokasi dia?"

Tanya Arman melalui telepati. Iqbal masih memerhati keadaan sekeliling. Tangki air tempat paling tinggi yang boleh menampakkan seluruh kawasan universiti. Namun Iqbal masih tidak menjumpai lokasi letupan yang menjadi punca gegaran.

"Aku tak nampak apa-apa lagi."

Jawab Iqbal setelah dia tidak berjaya mengesan apa-apa yang pelik.

"Iqbal. Aku rasa dekat tasik. Air tasik melimpah teruk."

Kata Hafiz beberapa ketika kemudian. Iqbal pantas menuju ke arah tasik, begitu juga dengan yang lain. Kelima-lima mereka berada ditasik yang mula berkocak ganas. Habis basah sekitar tapak pejalan kaki yang mengelilingi tasik tersebut.

BOOMMMMM!!!!!

Satu lagi ledakan keluar dari tengah-tengah tasik. Air tasik melimpah keluar membanjiri kawasan tersebut. Mereka berlima pantas melarikan diri ke tempat tinggi. Kemudian perlahan muncul satu bebuli hitam keungguan yang lebih besar dari yang sebelum ini, dan perasaan berdepan dengannya juga agak berbeza.

Iqbal membuka genggaman tangannya, memunculkan dua bilah pedang hitam lalu digenggam kemas. Bersedia dengan serangan lawan. Namun kali ini berbeza, lama bebuli hitam keungguan itu terapung semata. Tidak bertindak, tidak menyerang. Hana pula kemudiannya melangkah mendekat.

"Hana!"

Panggil Azra melihatkan Hana mula mengatur tapak ke arah lawan. Hana mengangkat tangannya tanda dia tidak apa-apa. Arman memberi isyarat supaya masing-masing bersedia. Bimbang jika serangan mengejut di lancarkan secara tiba-tiba.

Hana tetap datang mendekat. Telinganya mendengar suara lain yang pastinya suara itu tidak dapat didengari oleh Arman, Hafiz, Iqbal dan Azra.

"Jangan! Aku tak nak. Cukuplah."

Suara yang masih merintih merayu.

"Berhenti! Berhenti paksa aku!"

Kedua belah tangan gadis itu menekup telinga. Seolah-olah tidak mahu lagi mendengar apa-apa. Mutiara jernih mengalir deras dipipi mulusnya. Hana memejamkan mata. Mindanya fokus cuma ke arah gadis itu.

"Awak."

Panggilan Hana membuatkan gadis itu tersentak. Dia segera bangun serta wajahnya lantas bertukar marah. Mata merah itu terpandangkan Hana yang berada tidak jauh darinya. Terus gadis itu terasa seperti nyawanya sedang terancam.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now