Part 6

961 91 4
                                    

Hana melangkah menuju ke biliknya setelah dia selesai membersihkan diri. Tualanya mengusap lembut rambut hitam yang masih kebasahan.

"Hana!"

Langkah Hana terhenti. Matanya melirik perlahan ke arah Awina yang bermasam muka memandang ke arahnya.

"Kau pergi mana semalam? Aku tunggu lama tau. Malam pun tak balik. Dah petang baru muncul. Call pun tak angkat. Text tak reply. Chat tak online."

Bulat mata Hana. Dia langsung lupa tentang Awina pada malam itu yang menunggu dirinya.

"Errr, aku ada hal penting dengan errr kawan kelas aku. Aku tak sempat nak bagitahu kau. Sorry Wina. Aku tak sengaja laa. Aku tak ada niat nak tinggalkan kau macam tu aje."

"Haish, kalau ye pun penting. Bagitahulah dulu. Buat aku risau aje. Sepanjang malam aku cari kau. Kau tidur mana?"

"Aku tidur dekat, err blok Meranti. Bilik kawan aku tu lah. Sorry Wina, aku tak sengaja. Lain kali aku bagitahu kau dulu. Sorry."

"Hmmm, ye lah. Malam ni aku nak pergi library lagi. Nak ikut tak?"

"Tak kot. Aku nak lepak kat bilik aje. Letih semacam laa harini."

"Okay, dah lah. Aku nak mandi lepas tu siap-siap. Bye."

Awina berlalu membawa tuala mandinya. Hana menghela nafas lega. Sangkanya Awina akan terus memarahi dirinya, namun hanya teguran seketika yang diterima. Hana mencapai telefon bimbitnya. Jarinya menyentuh permukaan telefon bimbitnya lalu matanya menatap nombor asing yang meninggalkan panggilan tidak berangkat. Tangannya mendail semula nombor tersebut.

Tuttt tutt tuttt tutt

Lama Hana menunggu, namun panggilan tidak berjawab. Hanya operator sahaja yang bersuara. Hana meletakkan semula telefon bimbitnya diatas meja.

***

Sudah seminggu sejak kejadian hari itu. Hana mengelakkan diri setiap kali Iqbal cuba menghampirinya. Hana juga jarang menghadirkan diri ke kelas. Dia membuat keputusan untuk tidak lagi mencampuri urusan mereka mengenai batu Amordite itu. Hana tekun menyiapkan tugasan yang dikirim rakan sekelasnya petang tadi. Sesekali matanya menatap permandangan luar bilik yang hitam pekat. Cuaca pula semakin sejuk. Hana mencapai selimutnya yang berlipat kemas di atas katil. Selesai berselubung, dia kembali menyambung kerjanya. Namun matanya terhenti melihat ke luar tingkap biliknya. Satu susuk tubuh lembaga hitam sedang memerhati ke arahnya. Selepas perjumpaan tempohari, kerap kali Hana terpandang lembaga yang sama. Seolah-olah dirinya sedang diperhatikan.

Knock knock

"Hmmm?"

Hana pantas menoleh memandang ke arah pintunya.

Knock knock knock

"Siapa tu? Masuklah."

Jerit Hana mengalihkan badannya menghadap ke pintu biliknya yang diketuk. Pen ditangannya diletak perlahan. Lama Hana menunggu, akhirnya masih tiada siapa yang membuka pintu biliknya. Hana bangun, berjalan menuju ke arah pintu lalu dibuka luas. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan mencari si empunya tangan yang mengetuk. Sunyi tiada sesiapa. Pintu ditutup semula lalu hana melangkah menuju ke mejanya. Hana kembali memandang orang yang masih berdiri dan memandang tepat ke arah Hana dari luar tingkap biliknya. Mata Hana dikecilkan untuk melihat si empunya badan yang berselubung dengan kain hitam di kesamaran malam.

Bunyi telefon bimbitnya memeranjatkan Hana. Tertera diskrin nama "Abah" sedang memanggil, pantas Hana menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Hana."

NOXIOUSWhere stories live. Discover now