Part 12

894 84 3
                                    

Kringgggggggg

Bunyi bingit loceng sekolah bising memecah suasana dingin pagi. Kelihatan para pelajar bertempiaran berjalan mahupun berlari ke lelas masing-masing.

"Huarghhhhh!!"

Besar mulut Iqbal menganga menguap. Kerusinya ditolak kebelakang lalu tangan kanannya bersedia untuk 'mengukur' meja. Matanya semakin lama perlahan-lahan ditutup. Tetapi belum sempat Iqbal lena bermimpi, satu usapan kasar hinggap dikepalanya yang terus menyerabutkan rambut hitam kecokelatan itu.

"Ape dohhh!"

Dengus Iqbal menepis tangan tersebut. Mengekek ketawa tiga remaja yang lagaknya serupa samseng jalanan. Iqbal benar meluat dengan kehadiran 3 sekutu ini.

"Weyh, kau asal datang pagi je tidur. Jomlah, cari untung sikit pagi-pagi."

Johan mencekak pinggang tersenyum sinis. Dia tahu Iqbal tidak boleh berbuat apa-apa kerana amaran keras pada Iqbal pernah dikeluarkan sebelum ini dan dia cuba untuk mengambil kesempatan yang ada untuk memperkukuhkan dirinya sebagai ketua.

"Malas!"

Jawab Iqbal sepatah lalu kembali melunjurkan lengannya. Johan masih berlagak tenang walaupun hatinya agak panas. Dia memberi isyarat pada Shah berbadan agak besar yang duduk menghadap meja Iqbal.

Bammmm!!!!

Bergema satu kelas akibat bunyi meja diketuk kuat. Iqbal tersentak. Marahnya membuak. Pelajar lain mula memandang. Sudah seminggu lebih berturut-turut dia diganggu oleh remaja-remaja itu. Lebih kerap dari biasa. Kesabarannya makin menipis. Johan tersenyum megah melihat Iqbal yang perlahan bangun dari pembaringan atas mejanya.

"Kau akan ikut cakap kitorang. Kau tu tak ada kawan. Aku tengah offer nak jadi kawan kau ni."

Iqbal menggenggam kuat penumbuknya. Matanya memandang tepat ke arah Johan yang menyerigai tersenyum sinis. Ikutkan hati Iqbal, mau pecah kepala Johan ditumbuknya. Namun sebab tidak mahu memungkiri janji dengan penjaganya dan tidak mahu lagi berpindah sekolah, dia masih cuba untuk bersabar.

"Cikgu dah sampai!!!"

Jeritan pelajar lelaki yang tergopoh-gopoh masuk kelas mematikan suasana tegang. Pantas Johan berlalu sambil dua jarinya ditunding ke arah Iqbal, tanda amaran bahawa dia akan terus memerhati. Iqbal kembali duduk. Marahnya cuba diredakan. Dia tidak mahu berpindah sekolah lagi. Inilah pertama kali dia mampu bertahan selama 6 bulan disekolah yang sama.

"Bangun semua. Selamat pagi cikgu."

Lantang suara ketua kelas sebaik sahaja guru lelaki itu melangkah masuk bersama fail dan beg jinjitnya. Tangannya dinaikkan bagi menyuruh para pelajarnya kembali duduk.

"Selamat pagi semua. Hari ini kita ada pelajar baru. Dan cikgu harap kamu semua berkawanlah dengan dia."

Sambil tersenyum dia memandang ke arah pintu. Lama keadaan menyepi. Para pelajar sudah mula berbisik.

"Hmmm?"

Guru kelas itu menjenguk sedikit. Perlahan gadis mengintai disebalik pintu. Takut-takut mahu melangkah.

"Masuklah."

Sekali lagi dia dijemput masuk.

"Hitamnya rambut dia!"
"Comelnya. Jadi awek akulah."
"Malu-malu dah kenapa?"
"Boleh tahan budak perempuan nie."

Satu demi satu kata-kata halus menyusup masuk kedalam fikiran Iqbal yang memandang ke luar tingkap. Dia hanya mendengar suara hati pelajar lain. Cuba meneka rupa pelajar baru itu. Namun semuanya suara rakan sekelasnya. Dia langsung tidak mendengar keluhan pelajar baru itu. Iqbal mengerut dahi. Masih mencuba, namun tiada suara asing yang dapat didengari.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now