Part 30

401 40 2
                                    

Pintu kaca hitam terbuka luas. Kaki Azra melangkah masuk perlahan diikuti dengan Miss Amal dan Dr Zahran. Setelah seminggu lebih baru dia berpeluang untuk bertemu dengan Hafiz. Itupun atas persetujuan Dr Zahran. Tenaga Azra sudah pun pulih seratus peratus, Iqbal juga sudah dirawat menggunakan kuasanya. Cuma Hafiz sahaja yang tinggal.

Sayu Azra melihat keadaan sahabat seperjuangannya itu. Kecederaan Hafiz jauh lebih teruk berbanding Iqbal dan Arman. Badan Hafiz penuh dengan wayar yang cuma bertindak bagi menampung jangka hayatnya. Azra memegang palang sisi katil Hafiz kejap. Marah dengan orang yang memperlakukan rakannya sebegini rupa. Lebih-lebih lagi Hana pula yang berjaya dilarikan oleh musuh. Azra mengetap bibir. Dia perlu jadi lebih kuat supaya kejadian seperti ini tidak akan lagi berulang. Nekad Azra dalam hatinya.

"Hafiz ditikam pada abdomen kanan. He was lucky because his kidney was untouch. But massive bleeding make it worse. Senjata dipercayai sebilah pedang tembus hingga ke belakang. We still didn't know who's sword it was as it also take Hafiz's ability to heal by himself. And dua tulang rusuk kiri Hafiz retak, making him hard to breath as usual. Kami dah cuba sedaya upaya untuk memastikan Hafiz selamat. Azra, are you sure you can do this?"

Azra menggangguk sebaik sahaja Miss Amal menerangkan setiap butiran yang perlu dia tahu sebelum memulakan tugasnya. Dia menarik nafas dalam, kedua tangannya diletakkan pada dada Hafiz.

"Medicivier."

Cahaya kuning emas muncul di celahan tapak tangannya. Perlahan tangan Azra beralih ke kiri dan ke kanan. Mindanya fokus bagi memastikan Hafiz pulih seperti sediakala. Namun kemudian Azra berhenti. Magisnya juga hilang. Dia memejamkan mata. Cuba memikirkan sesuatu.

"I need water."

Kata Azra sebaik sahaja dia selesai bermain teka teki didalam kepalanya sendiri. Arahan Azra diterima pantas oleh Miss Amal. Dia segera membawa sebekas air lalu diletak pada tepi meja. Azra menghentikan perubatannya. Tangannya direndam didalam air. Gemalai jari jemarinya mengalun air supaya menyelaputi keseluruhan tangannya.

"Desiveria."

Kedua tangan Azra diangkat keluar dari bekas tadi. Pada masa yang sama air jernih itu tadi melekat dan bersedia mengikut arahan untuk menjalankan tugas. Dr Zahran menahan tindakan Azra. Itu teknik terbaru adiknya. Masih tidak sempurna. Bimbang kalau-kalau bakal membahayakan nyawa Hafiz.

"Azra pasti?"

"Hafiz tak pulih dengan cara biasa. That is not normal. Azra kena cuba cara lain."

Balas Azra dalam nada yakin tetapi agak bimbang dalam masa yang sama. Dr Zahran terdiam. Tangannya ditarik perlahan, membenarkan Azra meneruskan proses rawatannya. Cahaya kuning keemasan muncul semula. Azra kembali fokus sementara Dr Zahran membantunya sebaim mungkin.

***

"Apa maksud Prof?"

Tanya Iqbal menginginkan kepastian. Professor Ammar menongkat dagunya lalu mengerutkan dahi.

"We can't locate Hana. Arhan cekap dalam menghapuskan jejaknya. Jadi kita tak tau dimana lokasi Hana yang sebenar."

"Polis pun dah serbu tempat terakhir dia tapi tak jumpa apa-apa. Sekarang ini tak ada cara lain melainkan menanti tindakan mereka yang seterusnya."

Professor Irfan pula bersuara. Iqbal menggenggam penumbuknya padu.

"Lagi satu Iqbal perlu dalam keadaan berjaga-jaga sentiasa. Any slightest pain you felt, you must immediately inform us. You're linked to Hana. If she's in pain, we will know."

NOXIOUSWhere stories live. Discover now