Part 16

714 56 3
                                    

Angin lembut menyentuh pipi. Professor Arhan membuka matanya. Kelihatan dirinya berdiri ditengah-tengah padang bunga yang mekar.

"Papa!"

Pantas Professor Arhan menoleh. Anak perempuan kecil yang berusia 6 tahun berlari kearahnya. Pantas memeluk kaki si ayah.

"Diana?"

"Diana rindu papa. Papa rindu Diana tak?"

Soalan yang mengundang mutiara jernih dimata lelaki itu. Tidak menjawab cuma pelukan erat yang menghuraikan segala rindu dan penyesalan.

"Bebaskan aku!"

Satu suara lain pula yang keluar dari bibir kecil itu. Professor Arhan segera meleraikan pelukan. Kelihatan anak kesayangan itu tadi merenung tajam kearahnya. Mata hitamnya bertukar merah. Senyum sinis diukir.

"Diana?"

"Bebaskan aku. Dan kau akan dapat semula anak kesayangan kau. Diana dan Farah."

Kabus hitam menyelubungi anaknya. Bertukar menjadi seorang wanita berkulit hitam yang tersangat cantik. Rambutnya panjang mengurai. Anak matanya semerah darah.

"Kindoki?"

Dia semakin tersenyum sinis saat namanya disebut oleh Professor Arhan.

"Aku boleh hidupkan semula anak-anak kesayangan kau. Dan kau akan dapat keluarga bahagia yang kau pernah ada."

Professor Arhan diam hanya memandang. Tawaran itu sedikit sebanyak menarik perhatiannya.

"Tapi aku perlukan bantuan kau."

Katanya lagi dengan nada mengoda.

"Bebaskan aku Arhan. And I shall grant every wishes you have. Kau takkan kehilangan isteri kau. Anak-anak kau akan kembali pada kau. Kau takkan hidup dalam desakan orang lain. Aku yang akan bebaskan kau."

Kindoki berjalan mengelilingi Professor Arhan yang sepertinya sudah termakan dengan janji hitam miliknya.

"Apa yang aku perlu lakukan?"

Tersenyum sinis Kindoki apabila mendengar pertanyaan itu. Dia tahu lelaki itu sudah termakan umpannya. Dia melangkah untuk berdepan semula dengan Professor Arhan. Jari-jemarinya menyentuh dahi lalu turun hingga ke dagu. Masih tersenyum, kemudian pantas tangannya ditekap ke muka Professor Arhan. Bayang hitam mula menjalar keluar melitupi muka dan seluruh badan Professor Arhan yang mula panik.

"Arghhhhhh!!!!!!!!!"

Matanya dibuka. Peluh menuruni dahi. Dia mengah sendiri. Berombak kencang dadanya cuba mengawal pernafasan. Professor Arhan terduduk. Dia meraup mukanya. Mimpi. Dia masih dipejabatnya. Tiada apa pun yang terjadi. Dia cuma bermimpi.

Matanya kemudian menangkap batu Amordite yang berada diatas mejanya. Batu itu diambil dari saintis yang berada dalam bilik mesyuarat pada petang tadi. Merah menyala dan terapung ditengah-tengah kotak kaca itu.

Tablet kaca disisinya dicapai. Skrin secara automatik menyala. Kelihatan beberapa panggilan tidak berjawab dari Dr Amelia, Professor Hasif dan Professor Asyraf. Namun dia abaikan semuanya. Jarinya membuka profile data tentang Amordite. Matanya mengamati setiap carta dan nombor yang tertera disitu.

"Come here Arhan."

"Free me now!"

"I'll give your daughter back."

Dia menggelengkan kepala. Suara halus itu berbisik disekelilingnya. Dia terdiam seketika kemudian lantas bangun lalu berjalan keluar, terus menuju ke arah ruang Amordite. Saat tiba kakinya disitu, dia ditahan oleh pengawal yang bersenjata.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now