Part 38

156 19 2
                                    

"Arhan. My love."

Prof Arhan yang sedang duduk memikirkan rancangan seterusnya terus menoleh. Kindoki melangkah ke arah Arhan dengan senyuman manis.

"You fail. Again?"

Arhan mengetap bibir. Tertunduk dia sendiri mengakui kegagalannya sekali lagi. Kindoki duduk bersebelahan dengan Arhan.

"Kau masih punya hati yang baik. Kau tahu Awina punca kegagalan kau. Tapi kau tak mampu nak hapuskan dia. Apa yang kau cuba lakukan sebenarnya, Arhan?"

Prof Arhan masih diam.

"Mereka masih setia dengan aku."

Kindoki mengeluh. Kemudian dia tertawa sedikit mengejek.

"Aku dah penat menunggu, Arhan. Dan kalau kau terus begini, Hasif akan ketawa berdekah mengejek kau yang takkan capai impian kau sampai bila-bila."

Tangan Kindoki dihayun gemalai. Memunculkan dua anak gadis Arhan dihadapannya.

"Tidak mahukah kau membela nasib mereka?"

Arhan memandang ke arah puteri-puteri kesayangannya. Sedaya upaya menahan sebak didada.

"Kau kata Asyraf gagal menjadi pelindung atau pun ayah yang baik pada Hana. Tapi sekarang mereka berjaya mendapatkan Hana semula. Kau pula kehilangan semuanya sekali lagi. Siapa yang gagal sekarang Arhan? Asyraf atau kau?"

Wajah Prof Arhan merona merah. Marah, malu, kesal, semuanya bercampur aduk.

"Diam!"

Jerkah Arhan lantas bangun meninggalkan Kindoki yang masih tersenyum mengejek.

"Just letgo of your human feelings. Let me help you, Arhan."

Kindoki menghulurkan tangan kanannya. Menanti Prof Arhan untuk menerima penolongan ikhlas darinya.

"What will you do?"

Pertanyaan Arhan mengundang senyuman lebar dari Kindoki.

"I'll get the Amordite myself, and you still can have both of your child, if you just let me control you."

Arhan diam. Tidak memberi jawapan. Kindoki menjeling menyampah dengan reaksi yang sama.

"Oh, Arhan. I'm tired of this."

Lantas bunyi desing yang cukup kuat kembali menyeksa pendengaran Prof Arhan. Membesar anak mata Prof Arhan saat bunyi itu kembali. Lantas kedua tangannya memegang kepala sendiri. Prof Arhan menjerit supaya Kindoki berhenti. Tetapi tidak diendahkan oleh wanita itu. Kesakitan yang menikam hebat memaksa Arhan jatuh melutut. Melangkah gemalai Kindoki malam berdiri megah dihadapannya.

"I shall take control. Don't try to fight it anymore, love."

Ucap Kindoki memegang kepala Prof Arhan.

***

Azra dan Hafiz masuk ke dalam bangunan UIPP itu dengan riak wajah yang cuba dibuat selamba. Mata masing-masing melilau liar mencari kelibat orang-orang atasan yang pastinya sudah menyedari tentang kehilangan mereka berdua.

Namun tiba-tiba langkah Azra yang berhati-hati tadi terus terhenti sebaik sahaja mata itu melihat Dr Zahran berlari anak bersama beberapa orang jururawat lain dengan membawa perkakas perubatan.

"Hana! They've must rescued Hana!"

Hafiz bersuara teruja melihat keadaan yang sedikit riuh dengan orang-orang atasan lain yang turut sama mengikuti langkah Dr Zahran sebentar tadi.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now