Part 2

1.3K 125 6
                                    

"We might lose him."

"No. Hana! We need you."

Pantas Hana terduduk bangun dari tidur. Bunyi petir bergema kuat. Dadanya turun naik laju mengambil nafas seolah-olah baru sahaja habis berlari pecut. Kilat sabung menyabung diluar, sepatutnya malam itu tenang seperti biasa, namun entah kenapa seperti ada ribut kuat yang bakal melanda. Imej-imej mimpi petang tadi hadir semula dalam mimpinya pada malam hari. Tidak terlihat pula wajah-wajah mereka, hanya ditunjukkan belakang badan, suara serta baju yang dipakai.

Sedang Hana leka mengingati mimpinya dengan lebih lanjut, satu petir kuat pantas menyambar bumi. Hana segera menekup telinga, menutup matanya. Terkejut. Ketika keadaan kembali tenang, perlahan matanya dibuka, mengintai Awina yang sedang lena tidur. Seperti tiada apa yang terjadi, sedangkan Awinalah orang yang paling takut dengan kejadian alam seperti sekarang ini. Namun agak pelik apabila tidurnya lena seperti biasa.

Perlahan Hana bangun. Membuka pintu ingin keluar dari biliknya. Mahu memastikan keadaan cuaca yang agak aneh pada malam itu. Guruh masih berbunyi. Berhati-hati langkah Hana keluar mendapatkan beranda tingkat 3 blok kolejnya. Ruang koridor kolejnya ternyata sunyi sekali.

Ktingggg

Satu bunyi bingit menerpa telinga. Bunyi seperti dua bilah besi berlaga kuat. Berkerut dahi Hana menahankan bunyi sebegitu. Angin kuat menerkam gadis berbaju tidur yang kini berada betul-betul diberanda kolejnya. Langit bercahaya kebiru-biruan dipandang tepat.

"Apa tu?"

Hana meletakkan kedua tangannya dibesi penghadang saat matanya tertangkap untuk melihat suatu objek menyerupai manusia yang beterbangan pantas. Matanya dikecilkan. Cuba mengamati kelibat yang mencurigakan itu. Sekali lagi bunyi guruh bergema kuat diikuti angin sejuk kencang. Daun-daun berselerak melayang tinggi. Pokok-pokok bergoyang menahan kekuatan angin. Anak mata Hana masih gigih cuba untuk melihat situasi itu.

Kemudian, satu angin sejuk halus menyentuh nipis telinga Hana, segera dia menoleh. Lantas jantungnya seperti terhenti seketika. Anak mata hitamnya membesar tika terlihatkan seorang pemuda bersama dua bilah pedang hitam kemas dalam gengamannya meluncur laju kearah awan yang masih ganas memetir. Hana terpana. Bibirnya menggigil.

"Iqbal?"

***

"Hana?"

Sayup-sayup suara itu memanggil namanya.

"Hana, bangun."

Kepala Hana terasa agak berat. Pening. Namun perlahan matanya dibuka. Terlihat Awina mengejutkan dia supaya bangun.

"Kau tak ada kelas pagi ke?"

Hana bangun lemah lalu memegang kepalanya.

"Pukul berapa ni?"

"Pukul 9:30. Jadual kau, aku tengok ada kelas. Kau tak sihat ke?"

"Macam mana aku boleh balik malam tadi?"

"Hah?"

Wajah Awina berubah pelik. Langsung tidak memahami soalan rakan sebiliknya itu.

"Aku keluar malam tadi, ada ribut petir kilat angin kuat semua. Kau tidur lena gila. Kau tak dengar ke semua tu malam tadi?"

Dahi Awina berkerut lebih dalam. Dia cuma terdiam memandang Hana.

"Malam tadi mana ada ribut. Kalau ada pun ribut salji. Tapi mana ada apa-apa malam tadi. Kau mengigau ni. Tu yang pagi pun lambat bangun. Tak ada apa-apalah yang jadi malam tadi. Mimpi kau aje ni."

Buntang mata Hana mendengar penjelasan itu. Laju dia bangun lalu terus menuju ke luar bilik. Bersih. Tiada daun bersepah mahupun kesan basah dibawa angin malam tadi. Langkahnya terus menuju ke beranda kolej. Sama. Seperti tiada apa yang berlaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Mimpikah dia? Tapi mengapa semuanya terasa seperti nyata. Terasa dirinya seperti ditipu, Hana memandang tepat ke mata Awina.

"Malam tadi betul ke ribut? Takkan aku tak sedar langsung? Hana ni biar betul. Dia je mengigau tak."

Kata-kata hati Awina dapat jelas didengari. Bukti Awina tidak berbohong. Hana mengalihkan pandangannya.

"Aku rasa, aku tak sihatlah. Hmmm, nanti aku whatsapp Miss Amal. Thanks beb tolong kejut."

Hambar senyuman Hana. Awina mengangguk. Lalu dicapai begnya dan terus keluar. Hana melihat sendiri pakaiannya. Tiada apa yang berubah. Mungkin memang benar semua itu cuma mimpi. Hana kembali duduk dibirai katilnya. Cuba mengingati semula kejadian malam tadi. Entah kenapa dia yakin, itu semua realiti meskipun kedengaran mengarut bagi orang yang tidak melalui kejadian seperti itu. Hana melepaskan keluhan keluhan kecil. Dia bangun mencapai tualanya lalu mengambil keputusan untuk mandi.

***

"Iqbal?"

Terkeluar nama itu perlahan dari bibirnya setelah melihat jejaka itu melintas laju dihadapannya. Hana segera berlari menuruni tangga. Dia ingin tahu lebih dalam lagi. Kakinya berlari menuju ke arah yang sama dengan Iqbal sebentar tadi. Pelbagai soalan bertubi-tubi hadir dibenaknya.

Boooommmmn!!!

Tiba-tiba satu bunyi dentuman kuat kedengaran. Angin kencang secara tiba-tiba menyerbu laju ke arah Hana. Hana terpempan. Matanya membulat. Terkejut dengan situasi itu. Jantungnya berdegup kencang.

Booommmm!!

Kedengaran lagi bunyi yang sama. Lantai dibawah pijak kaki Hana bergegar kuat. Dia mempercepatkan langkahnya sambil mencari-cari kelibat orang lain yang mungkin ada berhampiran. Namun lain yang dijumpai. Matanya terpaku melihat susuk tubuh seorang gadis didalam bebuli hitam keungguan terapung diudara. Bibirnya sedikit menganga. Tidak berapa pasti dengan apa yang dilihat.

Gadis itu menoleh ke arah Hana yang masih memandang ke arahnya. Mata gadis itu hitam sepenuhnya. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Tangannya diangkat perlahan ke udara. Membuka dua portal kebiruan di kiri kanan bahunya. Keluar pelbagai senjata tajam dari portal tadi yang diacu tepat kearah Hana yang masih terpaku. Tangan gadis itu tadi dihayun pantas membenarkan senjata tadi terbang laju ke arah Hana. Hana hanya mampu memejamkan mata. Pasrah.

Klink kcingg klinkk klinkk

Senjata tajam itu tadi jatuh bersepah seolah-olah ada perisai kebal yang melindungi Hana. Perlahan Hana membuka mata. Entah berapa kali jantung Hana seolah berhenti pada malam itu.

Iqbal. Iqbal lagi. Iqbal yang menyelamatkannya. Tangan kanannya menahan serangan tadi. Satu perisai berwarna putih kristal berada didepan mereka. Perisai milik Iqbal. Senjata tadi berjaya dihalang. Hana cuma mampu memandang. Kerlingan Iqbal tajam ke arah Hana yang terduduk kaku.

"Stay here!"

Ringkas arahan dia. Lantas dia menoleh kembali, berada dalam posisi bersedia untuk menyerang. Dia membuka kedua tapak tangannya. Muncul lagi cahaya putih bersinar terang membentuk dua bilah pedang hitam yang teramat tajam. Iqbal mencapai pedang itu lalu terus laju berlari ke arah perempuan tadi. Dia pantas melompat lalu menyerang gadis itu.

Booommmmm!!

Berdentum bunyi serangan mereka. Iqbal masih cuba menembusi bebuli kaca itu. Portal-portal biru terbuka dimerata tempat. Menyasarkan serangan tepat ke arah Iqbal. Gerakan pantas Iqbal mengelak dan menepis serangan musuh sangat mengkagumkan.

Bahu Hana disentuh lembut. Namun saat Hana menoleh,

"Amarinera."

Hanya suara seorang perempuan halus kedengaran sebelum semuanya gelap.

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now