Part 10

792 84 15
                                    

"Where is she?!"

Tempik Prof Asyraf mencengkam kuat kolar baju Prof Ammar.

"We'll find her. I promise you. Calm down. We just have to wait for the power supply."

Tenang Prof Ammar menjawab sambil melepaskan cengkaman kolar bajunya. Bunyi derap kaki laju kedengaran lalu Miss Amal memunculkan diri.

"Arman already activated the Time Circle."

"Good news then."

"But our power supply have been damaged. All of them already being cut off. We just have one left and it is very limited."

Senyuman Prof Ammar menghilang. Dia mengetap gigi. Susah kes kali ini.

"She can't be missing Ammar. This is serious!"

Prof Ammar mengangguk.

"Find everything you can, Amal."

Arah Prof Ammar sebelum dia dan Prof Asyraf mencapai kot masing-masing lalu berlari keluar.

***

Thummppp!! Degummmm!!!

Petir kilat memanah lawan Hafiz dengan kuat. Hafiz mendarat di atas salah satu bumbung yang berdekatan. Habis berlubang besar kawasan panahan itu.

Kelihatan Hana masih teguh berdiri meskipun muka dan tubuhnya penuh dengan luka dan calar.

"Aish. Janganlah bangun lagi! Rasa bersalah tahu tak!"

Omel Hafiz sendiri. Diperhatikan Hana berlari pantas menghunus pedangnya laju. Kemudian hilang saat debu tanah naik dibawa angin. Dia cuba bertenang.

Shingggghhh!!

"Urghhh!!!"

Hafiz pantas menahan serangan mengejut dari belakang dengan perisai kaca biru miliknya. Giginya diketap rapat bagi menguatkan lagi benteng pertahanan. Hana melompat kebelakang setelah serangannya berjaya ditepis.

"Iqbal! Hurry up man!"

Bisik Hafiz cuba melarikan diri semetara Hana gigih mengejarnya. Dia akan cuba bawa Hana yang bukan Hana ini sejauh mungkin.

***

"Arghhhh!!!"

Iqbal jatuh tersungkur. Dahinya basah dek peluh. Dadanya semakin perit. Ditarik kolar bajunya. Kelihatan garis-garis merah sudah mula menjalar keluar dari parut yang ada.

"Urgh! Where are you Hana!!"

Iqbal cuba bangun. Gigih dia cuba melangkah mencari Hana. Tangan kanannya menyapu peluh didahi yang kemudiannya terhenti. Dipandang tangan kanannya yang mula membiru kesejukan. Iqbal terbatuk beberapa kali. Dalam menahan pedih didada, fikirannya cuba mencari kawasan-kawasan yang lebih sejuk. Matanya dibesarkan. Tekanya itulah kawasan yang paling tepat.

Kakinya digagahkan untuk berlari. Menuju ke arah tasik yang membeku. Mata Iqbal menangkap dua susuk manusia sedang berlari kearahnya. Giginya diketap. Tangan kirinya dibuka lalu memunculkan pedang hitam berkilat ingin terus membelah lawan. Dia tiada masa untuk dibazirkan.

"Iqbal?!"

Jeritan Prof Asyraf memperlahankan langkah Iqbal. Muncul sekali Prof Ammar yang kepenatan berlari mengikuti langkah Prof Asyraf. Riak wajah Prof Asyraf sudah jelas mengharap agar Iqbal tahu di mana kedudukan Hana. Iqbal hanya mengangguk.

"Tasik."

Sepatah jawab Iqbal. Prof Asyraf memandang Prof Ammar yang mengangguk tanda faham isyarat itu. Dia memegang bahu Iqbal dan Prof Ammar dengan kejap. Matanya dipejamkan. Mindanya fokus ke arah tasik. Bersedia untuk teleportasi.

"Duranium Hesta Oragon"

Muncul bulatan magis bercahaya keungguan dibawah kaki mereka bertiga. Sesaat kemudian, mereka semua menghilang.

"Arghhh!!"

Iqbal terus rebah melutut sebaik sahaja sampai ditempat yang mereka tuju. Berkerut wajahnya menahan sakit. Tangannya menekan-nekan dadanya. Nafasnya laju tidak teratur. Garis-garis didadanya makin merebak.

"There!"

Lantang laungan Prof Asyraf sebaik sahaja dia melihat satu cahaya merah samar-samar di tengah tasik. Dia lantas berlari ke tengah tasik gigih demi menyelamatkan anaknya.

"Essenzo!"

Pecah ais setebal satu kaki itu setelah bulatan magis berwarna ungu itu diaktifkan. Membuak-buak air sejuk melimpah keluar. Prof Asyraf membuka jaket tebalnya lalu terjun ke dalam tasik tanpa berfikir panjang.

Prof Ammar pula memapah Iqbal ke tengah tasik. Masing-masing berharap agar Hana berjaya diselamatkan sebelum benda yang lebih teruk terjadi.

Prof Asyraf pantas berenang semula ke permukaan tasik sebaik sahaja tangannya dapat mencapai lengan Hana yang semakin tenggelam. Air sejuk yang gila menggigit tulang tidak dipedulikan. Fikirannya cuma tertumpu pada Hana.

Prof Ammar segera menarik Hana keluar dari lubang besar tadi setelah dia berjaya sampai ke permukaan.

"Warm her up!"

Arahan Prof Asyraf diterima jelas. Iqbal perlahan cuba untuk baring bagi menenangkan kesakitannya.

"Mevortae."

Mantera dibaca lalu cahaya berwarna jingga menyelubungi Hana. Prof Asyraf segera menjalankan prosedur CPR setelah dia memeriksa Hana yang tiada denyut nadi serta hembusan nafas. Dadanya langsung tidak berombak.

"Don't you die on me Hana. Wake up!"

Puas ditepuk-tepuk pipi yang sejuk bagi mengejutkan anak gadisnya yang pucat lesi tidak berdarah. Masih cuba untuk menyelamatkan Hana. Berkali-kali dia melakukan CPR meskipun keadaan Hana tidak seperti dia mempunyai harapan lagi. Namun Prof Asyraf yakin Hana masih boleh diselamatkan kerana Iqbal belum lagi hilang kesedarannya.

"Iqbal!"

Suara Azra kedengaran dari belakang. Bajunya rabak serta kotor dengan kesan tanah dan darah. Teruk juga luka yang ada pada tubuhnya. Terdengkot-dengkot dia berusaha mendapatkan mereka bertiga sesegera yang mungkin dengan tenaganya sudah tinggal sedikit akibat bertempur dengan Hana. Terus Azra duduk lalu kedua belah tangannya ditekap ke dada Iqbal, cuba untuk membantu. Iqbal tahu niat Azra, dia juga tahu batas kuasa Azra. Segera dia menghalang.

"I'll be fine."

Ucap Iqbal lemah. Pandangannya semakin kabur. Hana masih tidak sedarkan diri. Dia pula sudah tidak mampu lagi untuk bertahan.

"Iqbal! Iqbal! No! Stay with us!"

Bergema sayup-sayup suara Prof Ammar memanggil namanya. Wajah takut Prof Asyraf juga kelihatan semakin kabur. Dan akhirnya pandangan Iqbal gelap gelita.

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now