misi: prologue

3.7K 148 3
                                    

once a cheater, always be a cheater
ㅡ 'æ


Kamera siap dipasang, diletakkan di atas meja. Lensa kamera di adjust supaya jarak yang dirakam tepat pada suspek yang disiasat.

Dia yang duduk di atas kerusi kayu, dengan tangan bergari padanya. Kepalanya hanya ditundukkan di bawah. Pandangan matanya lesu, cukup menunjukkan bahawa dia penat dengan semua ni.

" baiklah, aku dah mula rekod ni. Ceritakan pada aku, semua peristiwa malam tu. " Suara lelaki garau itu bergema, membuatkan dia mengangkat kepalanya sedikit. Anak matanya melorot memandang kamera sebelum dia melepaskan keluhan berat.

" k-kebanyakannya... aku tak ingat apa jadi malam tuㅡ " dia mula berbicara. Walau bibir bergetar, cuba untuk memberontak dalam diam tetapi dia tahu, dia takkan terlepas.

" kenapa kau boleh tak ingat sedangkan kau yang buat semua tu? " Lelaki itu berjalan perlahan di belakang kedudukan kerusi kayu itu.

Tapak kasut bergema memenuhi ruang bilik tahanan diperbuat daripada besi itu.

" b-bukan akuㅡ "

" jangan menipu! Atau kau nak aku ceritakan balik semuanya pada kau? " Meja dihentak kuat, membuatkan kamera bergegar. Suspek di hadapannya hanya mampu menelan liur.

" b-baiklah. Aku ceritakan dari mula tapi- " dia beranikan diri untuk memandang anak mata ejen dewasa itu. " -malam tu, panggil saksi yang boleh ceritakan segalanya pada aku. "

" baiklah. " Lelaki itu tersenyum sinis.
" shoot. "

Kamera dibetulkan semula.

Dia menarik nafas dalam. Tangannya digenggam.

" malam tu; aku tak sepatutnya ikut korang ke misi dua minggu yang lepas, dan curi IRIS tu dari MATA. "



ㅡ' end of misi: prologue '

| next|

' first chap of misi: kembali '





Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now