"Apa kau jeling-jeling? Nak kena jolok mata tu?"

"Ish, disebabkan Cikgu Seo lah kita dah kalah tahu!" marah Mingyu. Cikgu Seo melihat Wonwoo dan Mingyu sebelum mengerling ke arah pasu bunga yang menjadi tempat Hoshi dan Woozi menyorok.

"Korang main sorok-sorok ke?"

"Iyalah! Wonu yang kena cari kita semua tapi disebabkan Cikgu Seo, Wonu jumpa kita!" Jawapan Mingyu membuat Cikgu Seo tersenyum senget. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Wonwoo.

"Kat belakang pasu tu ada dua ketul yang tengah menyorok. Pergi tangkap diorang." bisik Cikgu Seo. Tanpa berlengah, Wonwoo terus berlari ke pasu tersebut.

"Ochi! Woozi! Kita jumpa awak!" ujar Wonwoo, gembira. Woozi bercekak pinggang dengan muka masam mencuka.

"IHH, NI MESTI CIKGU SEO YANG BAGITAHU!"

"HAHAHAHAHA, WA CHAU LU!"

...

"Tinggal kita je ke yang Wonu belum jumpa?"

"Haah, hebat betul kita menyorok."

Jun dan Chan saling berbisik. Sekarang Wonwoo bersama sepuluh rakannya yang lain sedang menjejaki mereka berdua.

"Ish, mana diorang ni? Penatlah nak cari!" keluh Jeonghan. Wonwoo berhasil menemukannya yang sedang tertidur di dalam almari kelas.

"Awak baru berapa minit cari diorang, Hannie." ujar Joshua. Jika sahabatnya menyorok di dalam almari, dia pula memilih untuk menyorok di dalam timbunan beg-beg mereka. Ajaibnya dia adalah orang ketiga terakhir yang dijumpai sebelum Jun dan Dino. Itu pun kerana Vernon mahu mengambil botol minumannya dan secara tidak sengaja melihat Joshua di situ.

"Kenapa kamu semua macam sibuk cari sesuatu ni?" Suara Cikgu Kang meraih perhatian mereka semua. Tadi Cikgu Kang pulang ke rumah sebentar kerana mahu mengambil barang penting yang tertinggal.

"Kitaー"

"Jap! Jap! Asal tak cukup ni?" Cikgu Kang mengira anak-anak muridnya sebelum sempat Seungcheol menghabiskan ayatnya.

"Dua, empat, enam, lapan, sepuluh... sebelas... MANA LAGI DUA? HILANG KE? KAN AKU DAH SURUH JIHO TENGOK-TENGOKKAN KEJAP SI SEVENTEEN NI! OH GOSH, SIAPA YANG HILANG NI EH? HUHU NI LAH NASIB ADA ANAK MURID RAMAIー"

"CIKGU KANG!"

Jeritan Seventeen menghentikan Cikgu Kang dari terus meracau-racau.

"Kita semua tengah main sorok-sorok lah. Tinggal Junnie dengan Dino je kita belum jumpa!" ujar Wonwoo, menjelaskan punca dua orang anak murid Cikgu Kang tiada di situ. Cikgu Kang menghembuskan nafas lega.

"Oh, tak cakap awal-awalー"

"Cikgu yang tiba-tiba meracau! Tak sempat kita nak cakap!" marah Seungcheol sebelum memeluk tubuh. Cikgu Kang tersengih malu, bukan namanya perempuan jika tak mudah gelabah.

"Sorry lah hehe. Jom, kita cari diorang. Rasanya diorang ada dalam kelas je."

Sepuluh minit telah dilewatkan begitu sahaja untuk mencari Jun dan Dino namun kanak-kanak itu masih tidak ditemui.

"Mana pula diorang menyorok ni? Habis satu kelas aku geledah tak jumpa-jumpa." gumam Cikgu Kang.

Tok tok!

"Yeon, nak pinjam marker." pinta Cikgu Kim.

"Engkau ni kan! Asyik-asyik pinjam marker aku! Tulah, lain kali ada duit tu beli marker dulu bukan beli protein shake sampai habis duit kau!" bebel Cikgu Kang, dia mengambil sebatang marker pen sebelum menyerahkannya kepada lelaki itu.

"Bukan salah aku, aku dah beli dah marker tapi anak murid kau yang pergi hilangkan." balas Cikgu Kim.

"Anak murid aku?"

"Ya lah, si Jun dengan Dino tu. Kau lambat sangat masuk kelas sampai diorang pergi masuk kelas aku sebab nak belajar. Kau ni kan nama je cikgー"

"YAH, DINO! JUNNIE! MANA ACI MENYOROK KAT SITU!" Seventeen menjerit dan berlari menuju ke kelas Once. Merah padam muka masing-masing menahan geram apabila melihat Jun dan Dino sedang seronok bermain tanah liat bersama Twice.

"AWAK NI KAN! IHH, LAMA TAHU KITA CARI AWAK!" Jun dan Dino ketawa terkekeh-kekeh melihat Wonwoo yang sudah mengamuk.

"Haha. Siapa suruh awak tak cari kita kat sini?"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now