"Haah. Kwannie ada buat hal lagi lah tu." jawab Seungcheol. Mereka tahu Minghao tidak akan menjerit sekuat itu jika tidak ada siapa yang mengacaunya. Seokmin menguis-nguis jari di lantai. Dia agak bosan duduk di bawah meja guru lama-lama.

"Ucheol, kita bosanlah duduk kat sini." ujarnya sebelum memuncungkan bibir.

"Samalah, tapi kita tak boleh keluar  dari sini. Nanti Wonu jumpa kita." balas Seungcheol.

"Hah, kalau kita main game nak tak?"

"GAME? GAME APA? NAK MAIN JUGA!"

"ARGHHH!" Seungcheol dan Seokmin menjerit apabila tiba-tiba Wonwoo menyergah. Habis kepala mereka terhantuk di meja guru.

Buk!

"IHH, WONU!"

Wonwoo ketawa.

Lima orang sudah dijumpai.

...

"Uji, awak yakin ke Wonu tak jumpa kita kat sini?" tanya Hoshi kerana mereka berdua sedang menyorok di sebalik pasu yang ada di luar kelas.

Woozi tidak menjawab, dia sibuk memerhatikan keadaan di dalam kelas. Seungcheol dan Seokmim telah ditemukan Wonwoo. Nampaknya kanak-kanak itu pintar dalam bab mencari. Woozi harus lebih berhati-hati.

"Ihh, Woozi... Janganlah abaikan kita." rengek Hoshi, Woozi memutarkan bola matanya. Gedik betul budak ni, asyik-asyik nakkan perhatian daripadanya.

"Awak diamlah, nanti Wonwoo tahu kita sembunyi kat sini." marah Woozi. Hoshi mencebik sebelum matanya terpandang seseorang yang berada tak jauh dari tempat persembunyian mereka.

"Woozi... Woozi..."

Bahu Woozi dicuit banyak kali.

"Ish, awak nak apa?" tanya Woozi, terganggu fokusnya memerhatikan gerak-geri Wonwoo.

"Woozi, cuba awak tengok sana tu." Mata Woozi mengikuti tempat yang ditunjukkan Hoshi. Dahinya tanpa sedar sudah berkerut-kerut.

"Kenapa Gyugyu menyorok kat situ?" tanya Woozi. Entah apa yang ada dalam fikiran Mingyu sehingga dia sanggup memanjat pokok di belakang tadika.

"Tak tahulah, dia fikir Wonu tak nampak dia agaknya."

Sementara itu, Mingyu tersengih-sengih sendirian. Dia sangat yakin dia adalah orang terakhir yang akan ditemukan. Wonwoo tentu akan sulit melihatnya yang bersembunyi di sebalik daunan pokok.

Namun itu hanyalah di fikiran Mingyu semata-mata. Yang nyatanya, sesiapa sahaja boleh melihat dia walaupun dari jauh. Tubuhnya terlalu besar untuk menyamar menjadi kerengga.

"Woi, budak! Kau dah buang tabiat ke tetiba panjat pokok rambutan? Jatuh nanti!" tegur Cikgu Seo. Mingyu jadi cuak kerana ketika itu Wonwoo sedang berada di luar kelas.

"Cikgu Seo, shh!"

"Apa kau shh shh? Pergi masuk kelas sana. Mentang-mentang cikgu kau takde kat kelas nak merayap pula kau ni!"

"Ihh, Cikgu Seo diamlah nantiー"

"Gyu, kita dah nampak awak." ujar Wonwoo. Mingyu merengus kesal, dia turun dari pokok lalu menjeling Cikgu Seo dengan tajam. Menyalahkan lelaki itu kerana sudah membongkarkan lokasi persembunyian dia.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now