Episode Tiga Puluh Lima

12.5K 386 28
                                    

"Cinta! Indra dan Indah-"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cinta! Indra dan Indah-"

"Abang, abang..." Kierha mampu geleng kepala sahaja melihat Naz yang dibawah. Indra dan Indah pula diatas katil seronok main campak-campak baju ke arah babbo mereka. "Indra, Indah..." kakinya memanjat naik keatas katil memeluk putera puteri kembarnya. "Siapa buli suami mamma ni?"

Indra dan Indah mengangkat tangan kecil mengaku menjawab soalan dia. Aduhai, comel sungguh kembarnya itu. Tak jadi nak marah sebab buli Naz tengok dua muka itu. Indra memang betul kopi pasta muka suaminya begitu juga Indah. "Abang pergilah mandi dahulu. Biarkan Kierha sahaja yang uruskan mereka."

"Are you sure,cinta?" Naz jadi serba salah pula nak biarkan kembar mereka kepada gadis kesayangannya. Kalau ikutkan tadi sepatutnya dia yang uruskan Indra dan Indah sementara Kierha memasak. "Ya, abang. Cinta tanya sekali sahaja ni..."

"Hehehe. Terima kasih, cinta.... I love you, cinta. Anak-anak babbo, please behave..." dia memanjat katil duduk sebelah Kierha. Dua tubuh kecil itu digomolnya sayang. Indra dan Indah ketawa seronok diusik babbo kesayangan mereka. "Abang, sudah tu. Nanti kita lambat pula."

"Kalau kita duduk di rumah sahaja, tak boleh ke?"

"Abang..."

"Ya, cinta sayang. Abang nak bangun dah ni." Chup! Mencium bibir Kierha, dia bangun bergerak masuk ke dalam bilik mandi.

♡♡♡♡♡

"Aaron mana Aaron?" Kierha yang sedang mendukung Indra mencari-cari kelibat sahabat baiknya. Sejak bila entah dia jadi wakil bahagian lelaki untuk hari ni. Nasib baik member, gigihkan jugalah nak menguruskan lelaki sengal seorang ni.

"Indra nak jalan sayang?" Tanya dia kepada anak lelakinya yang kini sudah mula boleh berjalan. Melihat anggukan Indra, Kierha menurunkan tubuh anak kecil itu. Tangan kecil itu dipimpinnya tetapi budak kecil katakan, asyik nak lari sahaja dari pegangan dia... tidak mahu dipimpin. "Jangan laju sangat, Indra. Nanti jatuh."

"Aduhai, mana pula Aaron ni?" Tanya dia kepada Harvind yang berdiri di depan bilik Aaron. "Dalam, boss. Gemuruh kot."

"Padan muka. Selalu, bukan main lagi sakat aku dengan lawak sengal bodoh kau. Ini dah kecut tak nak keluar sebab gemuruh." Terhambur ketawa besar Kierha terhibur.

"Cakap baik sikit. Aku ada ni, dekat sini. Tunggu apalagi. Jomlah."

"Tunggu engkaulah. Jom." Kierha berjalan di belakang Aaron bersama Indra. Konco-konco dalam pasukannya juga mengiringin sahabat baik dia kearah dewan resort milik pakciknya.

"Cinta sayang..." Pinggangnya dililit kemas oleh Naz yang ditemuinya di depan pintu dewan. Indra dan Indah sudah berjalan-jalan bermain dengan buih-buih yang dipasang di depan pintu sebagai hiasa. "Comelkan?" Soal suaminya kepada dia. Kierha mengangguk setuju. Itulah kebahagiaannya yang hadir dalam hidup dia selain lelaki yang sedang berdiri di sebelah dia ini.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now