Episode Tiga Puluh Empat

6.3K 312 16
                                    

Aaron dah garu kepala tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menghalang Kierha dari mengikut mereka menjalankan misi. Padahal,terang-terang yang gadis itu masih lagi belum sihat dan larat untuk menyertai mereka. "Kau sengaja nak cari penyakit ke ikut kami?"

"Aku bukan mencari penyakit. Tak akan aku nak lepaskan kau dan budak-budak kita sahaja yang uruskan misi ini? Lagipun, Tom dah letakkan kepercayaan kepada aku untuk selesaikan hal ini."

"Dan, sekarang... kau kena letakkan kepercayaan kau kepada aku dan yang lain untuk uruskan hal ini."

"Aaron..."

"Tak ada alasan lain lagi, Kierha. Kalau Aaron tahu hal ini, pasti dia akan memarahi aku. Risiko tu tinggi lagi-lagi kau tengah mengandung sekarang ini."

"Fine."

"Kau tahukan yang aku tidak senang percayakan kau. Degil kau mengalahkan... malas aku nak cakap. Bagi sini aku, kau punya pistol dan pisau belati."

"Aaron, tak nak..."

"Kierha, now."

"Kalau aku tak nak bagi juga, kau nak buat apa? Kau tak boleh buat apa-apa, Aaron."

"Kau cabar aku? Aku boleh call Kiesha. Kiesha pun boleh laporkan terus kepada Naz."

"Ergh, fine. Aku tak restu kau jadi adik ipar aku."

"Aku sahabat kau. Kau sayang aku. Jadi, susah untuk aku percaya yang kau tak restui hubungan aku dan Kiesha."

Menyampah pula Kierha tengok muka berlagak bagus sahabatnya seorang itu. Tapi,apa yang dikatakan lelaki itu memang benar belaka. Bagi Kierha, dia percayakan Aaron dalam menjaga dan melindungi adik kembarnya. Dengan rasa berat hati, dia memberikan dua pucuk pistolnya serta pisau belati milik dia kepada Aaron. "Jaga harta aku ini elok-elok. Hilang... aku suruh kau ganti dengan yang baru. Custom made."

"Ya. Aku jaga elok-elok. Kau tu yang penting kena jaga diri sendiri. Balik sahaja aku dari misi ni, kau kena tunaikan janji kau."

"Janji apa lagi, lelaki?" Macam mak-mak pula si Aaron ni. Mama dia pun tak pernah bebel ke dia sampai tahap macam ini. Kierha memeluk tubuh ingin menunjukkan kepada lelaki itu yang dia sememangnya tidak berpuas hati dibebel sebegitu rupa.

"Janji kau nak call Naz dan minta maaf kepada dia. Lupa?"

"Tak. Dah,pergilah. Makin lama kau disini, kau membuang masa tahu tak?"

"Ya, ya. Jaga diri. Pape-"

"Pape terus call kau ada Kiesha. Ya, aku ingat. Dah... pergilah sana, pakcik." Aaron mengangkat kaki pergi diiringi konco-konconya yang lain dari belakang. Kierha mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja untuk pasukannya dalam menjalankan misi.

♡♡♡♡♡

Kierha menyarungkan jaket kulit hitamnya yang ada hoodie pada tubuhnya. Kain hitam segi empat dilipat jadi segi tiga dan diikat menutup separuh mukanya. Pisau belati seperti biasa disisip pada boot kasut hitamnya tapi kali ini disisipkan pada kedua-dua belah. Dua pedang diletakkan pada belakang tubuhnya menggantikan dua pistol dia yang sudah dibawa pergi oleh Aaron tadi.

"Sniper, jom."

"Kierha, aku sepatutnya jaga kau disini. Bukan bawa dan ikut kau ke sana."

"Alahai, janganlah nak ganti Aaron. Biarlah aku ikut misi malam ini. Lepas habis ini, aku janji aku akan cuti bersalin. Masa tu, Aaron nak buat apa... dia punya pasal. Selesai berpantang semua, aku join balik misi. Ada faham?"

"Nasib kau ketua aku. Kalau tidak, aku dah ikatkan kau dengan tali."

"Kalau kau tak ikut pun, aku tak kisah."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now